Buka menu utama

Aceh

provinsi di Indonesia
(Dilencongkan dari Acheh)

Aceh atau disebut juga "Acheh" adalah sebuah provinsi Indonesia dengan kekuatan autonomi yang lebih besar di penghujung Pulau Sumatera. Aceh terletak di barat laut Sumatera dengan kawasan seluas 57,365.57 km per segi atau merangkumi 12.26% pulau Sumatera. Aceh memiliki 119 buah pulau, 73 sungai yang besar dan 2 buah tasik, Tasik Laut Tawar di Takengon, Aceh Tengah dan Tasik Aneuk Laot di Kota Sabang. Aceh dikelilingi oleh Selat Melaka di sebelah utaranya , Provinsi Sumatera Utara di timur dan Lautan Hindi di sebelah selatan dan baratnya . Ibu kota Aceh adalah Banda Aceh yang dahulunya dikenali sebagai 'Kutaradja'. (id)

Aceh

Daerah Istimewa Aceh
Negeri Istimewa Aceh
Special Region of Aceh
Transkripsi Other
 • Jawiاچيه دارالسلام
Meuseujid Raya Baiturrahman, Aceh.jpgDanau Laut Tawar.jpg
Rubiah Island Aceh.jpgTaman nasional gunung lauser. Aceh.jpg
Seulawaih Agam.jpgAceh Tsunami Museum.JPG
Bendera Aceh
Mohor rasmi Aceh
Panggilan: 
Serambi Makkah
Moto: 
Pancacita (Lima Matlamat)
Peta menunjuk lokasi daripada provinsi Aceh
Lokasi Aceh (hijau) di Indonesia
Koordinat: 5°33′N 95°19′E / 5.550°N 95.317°E / 5.550; 95.317Koordinat: 5°33′N 95°19′E / 5.550°N 95.317°E / 5.550; 95.317
Negara Indonesia
Ditubuhkan1496, Sebagai Kesultanan Aceh
Diberikan taraf Negeri7 Disember 1956
DiasaskanSultan Ali Mughayat Syah
Ibu NegeriLambang Kota Banda Aceh.png Banda Aceh
Kerajaan
 • GabenorIrwandi Yusuf
 • Timbalan GabenorNova Iriansyah
Keluasan
 • Jumlah58,376.81 km2 (22,539.41 batu persegi)
Kedudukan keluasan11th
Ketinggian
125 m (410 ft)
Ketinggian maksimum
3,466 m (11,371 ft)
Ketinggian minimum
0 m (0 ft)
Penduduk
(2016)
 • Jumlah5,096,248
 • Kedudukan14th
 • Kepadatan87/km2 (230/batu persegi)
 • Kedudukan
   kepadatan
20th
DemonimAcehnese (en)
Bangsa Aceh(ms)
Rakyat Aceh (id)
Kawom Aceh (ace)
Demografi
 • Kumpulan Etnik dan Suku70.65% Suku Aceh
8.94% Suku Jawa
7.22% Suku Gayo
3.29% Suku Batak
2.13% Suku Alas
1.49% Simeulue
1.40 Aneuk Jamee
1.11% Melayu Tamiang
1.04% Orang Singkil
0.74% Minangkabau[1]
 • UgamaIslam 98.19%
Kristian 1.12%
Buddha 0.16%
Katolik 0.07%
Hindu 0.003% Konfusianisme 0.0008%
Others 0.006%
 • BahasaBahasa Indonesia (official)
Bahasa Aceh (regional)
Zon waktuUTC+7 (Bahagian Barat Indonesia)
Poskod
23xxx, 24xxx
Kod Panggilan(62)6xx
Kod ISO 3166ID-AC
Plat KenderaanBL
GRP per capitaUS$ 2,239.49
GRP rank26th
HDI (2016) 0.700 (High)
HDI rank12th (2014)
Laman webacehprov.go.id

Isi kandungan

SejarahSunting

Rencana utama: Sejarah Aceh

Pedagang Cina pada awal kurun ke-6 Masihi telah menyatakan mengenai kewujudan sebuah kerajaan di bahagian hujung utara Pulau Sumatera yang mereka gelar sebagai Po-Li. Naskhah Arab dan India kurun ke-9 juga telah mengatakan perkara yang sama. Menurut kawasan-kawasan sekitar Indonesia yang lain, Aceh merupakan daerah pertama yang mempunyai hubungan diplomatik dengan dunia luar.

Aceh memiliki sejarahnya yang tersendiri. Aceh memainkan peranan penting dalam perubahan yang dialami di daerah ini sejak didirikan.

Marco Polo pada tahun 1292 semasa dalam pelayaran ke Parsi dari China telah singgah ke Sumatera. Beliau mendakwa terdapat enam pelabuhan yang sibuk di bahagian utara pulau tersebut termasuklah perlabuhan Perlak, Samudera dan Lamuri.

Kerajaan Islam pertama yang dibina di Aceh adalah Kerajaan Perlak pada tahun 840 Masihi (225 Hijrah). Sultan pertama Kerajaan Perlak yang dipilih ialah Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah (kacukan Arab Quraisy dengan puteri Meurah Perlak) dan digelar Sultan Alaiddin Saiyid Maulana Abdul-Aziz Syah. Kerajaan ini berdiri sekitar 40 tahun selepas Islam tiba di Bandar Perlak yang dibawa oleh saudagar dari Teluk Kambey(Gujarat) pimpinan Nakhoda Khalifah. Kerajaan kemudiannya dikenali sebagai kerajaan Islam pertama di Nusantara.

Penguasaan pelabuhan di Melaka oleh Portugis pada tahun 1511 telah menyebabkan banyak pedagang Arab dan India memindahkan perdagangan mereka ke Aceh. Kedatangan mereka membawa kekayaan dan kemakmuran kepada Aceh, dan menandakan mulanya penguasaan Aceh dalam biang perdagangan dan politik di utara Pulau Sumatera. Keadaan ini bertahan hingga ia mencapai kegemilangannya antara tahun 1610 dan 1640.

Kejatuhan Aceh bermula sejak kemangkatan Sultan Iskandar Tsani pada tahun 1641 disebabkan oleh penguasaan perdagangan oleh Inggeris dan Belanda. Hal ini juga menyebabkan mereka berlumba-lumba menguasai banyak kawasan di Nusantara untuk kegiatan perdagangan mereka. Perjanjian London 1824 yang ditandatangani pada tahun 1824 telah memberi mandat kepada Belanda untuk menguasai segala kawasan British di Sumatera sementara Belanda akan menyerahkan segala kekuasaan perdagangan mereka di India dan juga berjanji tidak akan bertelingkah dengan British/Inggeris untuk menguasai Singapura.

Belanda mendapati lebih sukar untuk melawan Aceh dari apa yang mereka sangkakan. Perang Aceh, yang berlansung pada tahun 1873 hingga 1942 (tetapi tidak berlanjut-lanjut), merupakan sebuah peperangan paling lama dihadapi oleh Belanda dan meragut lebih 10,000 orang tentera mereka.

Gerakan Aceh Merdeka (GAM) kian rancak menuntut kemerdekaan Aceh selepas pelucutan Daerah Kegiatan Tentera (Daerah Operasi Militer (DOM)) atau sering dikenali sebagai Kegiatan jaringan Merah (Operasi Jaring Merah) pada 7 Ogos 1998 yang sudah berlangsung selama 10 Tahun sejak 1989. Selain itu, muncul juga tuntutan pungutan suara sebagai mekanisme rasa kekecewaan rakyat Aceh terhadap pemerintah Jakarta. Tuntutan itu disuarakan oleh para intelektual muda Aceh yang menyertai Organisasi Sentral Informasi Referendum Aceh (SIRA). SIRA yang didirikan di Banda Aceh pada 4 Februari 1999 berjaya merealisasikan keinginan rakyat Aceh untuk menentukan nasib mereka sendiri. Misalnya satu perhimpunan raksasa yang dianjurkan oleh SIRA pada 8 November 1999 yang dihadiri oleh 2 Juta rakyat Aceh dari berbagai-bagai kabupaten di Aceh. SIRA yang dipimpin oleh Muhammad Nazar berjaya menyunting semangat perjuangan rakyat Aceh untuk mendapatkan hak-haknya sebagai sebagai sebuah bangsa.

Keinginan rakyat Aceh untuk menentukan nasib mereka sendiri semakin rancak dengan penubuhan berbagai-bagai pertubuhan di Aceh, seperti KARMA, Farmidia, SMUR, FPDRA, SPURA, PERAK, dan HANTAM dengan mengemukakan pelbagai jenis isu. HANTAM misalnya, dengan mengemukakan isu Antitentera berjaya membuahkan hasil pada tahun 2002 kerana dalam menuntut gencatan senjata antara RI dan GAM. Selain itu HANTAM juga bertindak memperkenalkan empat bendera, seperti bendera GAM, RI, Referendum dan Bendera PBB. Rusuhanyag berlansung pada 6 Mei 2002 itu berakhir dengan penangkapan semua pengikut HANTAM seperti Taufik Al Mubarak, Muhammmad MTA, Asmara, Askalani, Imam, Habibir, Ihsan, dan beberapa orang lagi. rusuhan itu secara tidak langsung memberikan maksud bahawa campur tangan PBB untuk adalah untuk menjadi perantaraan dalam konflik di Aceh tidak dapat dinafikan lagi.

Tetapi, Saat ini GAM telah di bubarkan mengikuti MOU yang di sepakati di Helsinki, dan aceh telah di berikan autonomi khusus, sehingga aceh kembali kepada Indonesia.

Sultan AcehSunting

 
Luas Wilayah Kekuasaan Kesultanan Aceh Darussalam

UgamaSunting

Majoriti penduduk di Aceh memeluk agama Islam. Selain itu provinsi Aceh memiliki keistimemawaan dibandingkan dengan provinsi yang lain, kerana provinsi ini menjadi modal untuk Indonesia dan syariat Islam diperlakukan kepada sebahagian besar warganya yang menganut agama Islam. Pihak berkuasa Aceh memperkenalkan undang-undang Syariah pada 2001 yang mewajibkan wanita bertudung. Berpuluh-puluh wanita berusia antara 15 hingga 40 tahun kerana bertudung atau tidak memakai pakaian ketat – bukti kesungguhan wilayah itu mempraktikkan undang-undang Syariah.[2], [3]

BahasaSunting

Bahasa yang digunakan untuk bertutur adalah Bahasa Aceh dan Bahasa Indonesia, walaupun banyak yang menggunakan bahasa Aceh dalam pergaulan sehari-hari, namun tidak bererti bahwa corak dan ragam bahasa Aceh yang digunakan sama. Tidak saja dari segi dialek yang mungkin berlaku bagi bahasa di daerah lain; bahasa Aceh bisa berbeza dalam pemakaiannya, bahkan untuk kata-kata yang bermakna sama. Kemungkinan besar hal ini disebabkan banyakya percampuran bahasa, terutama di daerah pesisir, dengan bahasa daerah lainnya atau juga kerana kelestarian bahasa aslinya

Adat Resam, Seni, Budaya dan SasteraSunting

Aceh ialah daerah di Nusantara yang mempunyai kekayaan khazanah dan aneka seni budaya yang khas seperti tari-tarian, dan budaya lainnya seperti:

TradisiSunting

  • Meuseuke Eungkot (sebuah adat di wilayah Aceh Barat)
  • Peusijuek (atau adat Tepung tawar dalam tradisi Melayu)

SasteraSunting

  • Bustanus Salatin
  • Hikayat Prang Sabi
  • Hikayat Malem Diwa
  • Hikayat Raja-raja Pasai
  • Lagenda Amat Rhang Manyang
  • Lagenda Putroe Neng
  • Lagenda Magasang dan Magaseueng

TarianSunting

Aceh yang memiliki setidaknya 10 suku bangsa, memiliki kekayaan tari-tarian yang sangat banyak dan juga sangat mengagumkan. Beberapa tarian yang terkenal di tingkat nasional dan bahkan dunia yang diakui oleh UNESCO merupakan tarian yang berasal dari Aceh.

Tarian Suku AcehSunting

  • Tari Laweuët
  • Tari Likok Pulo
  • Tari Pho
  • Tari Ranup lam Puan
  • Tari Rapa'i Geleng
  • Tari Rateb Meuseukat
  • Tari Ratoh Duek
  • Tari Seudati
  • Tari Tarek Pukat
 
Pertunjukan Tari Saman terbesar di dunia.

Tarian Suku GayoSunting

  • Tari Saman
  • Tari Bines
  • Tari Didong
  • Tari Guel
  • Tari Munalu
  • Tari Turun Ku Aih Aunen

Tarian AlasSunting

  • Tari Mesekat
 
Sebuah koleksyen Rencong Pusaka Aceh di Muzium Tropen, Amsterdam

Tarian Melayu TamiangSunting

  • Tari Ula-ula Lembing

Senjata TradisionalSunting

Rencong atau dalam bahasa Aceh biasa disebut Rincoeng ialah senjata tradisional khas Aceh.

Rumah TradisionalSunting

Rumah adat Aceh disebut dengan Rumoh Aceh

GeografiSunting

Aceh memiliki wilayah seluas 57,365.57 km persegi, yang terdiri atas kawasan hutan lindung 26,440.81 km persegi, kawasan hutan budidaya 30,924.76 km persegi dan ekosistem Gunung Leuser seluas 17,900 km persegi, dengan puncak tertinggi pada 4,446 m diatas permukaan laut.

  • Sempadan utara dengan Laut Andaman
  • Sempadan timur dengan Selat Melaka
  • Sempadan selatan dengan Wilayah Sumatera Utara
  • Sempadan barat dengan Lautan Hindi.
  • Daerah Melingkupi : 119 Pulau, 35 Gunung, 73 Sungai
  • Kabupaten : 18
  • Bandar : 5
  • Jumlah Kecamatan : 228
  • Mukim : 642
  • Kelurahan : 111
  • Gampong (Desa) : 5.947

Ibu kota dan bandar terbesar di Aceh ialah Banda Aceh. Bandar besar lain ialah seperti Sabang, Lhokseumawe,Kota Subulussalam dan Langsa.

Aceh merupakan kawasan yang paling dahsyat dilanda gempa bumi 26 Disember 2004. Beberapa tempat di persisiran pantai dilaporkan musnah sama sekali. Malah Banda Aceh turut hampir musnah dilanda tsunami. Aceh merupakan yang sangat banyak menjadi mangsa tsunami 2004.

PendudukSunting

Penduduk Aceh merupakan keturunan berbagai-bagai suku kaum dan bangsa. Bentuk fizikal mereka menunjukkan ciri-ciri orang Nusantara, Cina, Eropah dan India. Leluhur orang Aceh dikatakan telah datang dari Semenanjung Malaysia, Cham, Cochin China dan Kemboja. Kumpulan-kumpulan etnik yang terdapat di Aceh adalah orang Aceh yang terdapat di merata Aceh, orang Gayo di Aceh Tengah, sebahagian Aceh Timur, Bener Meriah dan Gayo Lues, orang Alas di Aceh Tenggara, orang Tamiang di Aceh Tamiang, Aneuk Jamee di Aceh Selatan dan Aceh Barat Daya, orang Kluet di Aceh Selatan dan orang Simeulue di Pulau Simeulue. Aceh juga mempunyai bilangan keturunan Arab yang tinggi. Ada juga sebuah suku Aceh yang berkacukan orang Eropah yang terdapat di Kecamatan Jaya, Aceh Jaya. Mereka dipercayai adalah dari keturunan orang yang bekerja sebagai askar dan lain-lain dari Empayar Uthmaniyah yang dihantar oleh Sultan Empayar Uthmaniyah dalam abad 1600'an dalam 19 kapal.

No Etnik Senarai Peratus
1 Aceh 3.160.728 70,65
2 Jawa 399.976 8,94
3 Gayo 322.996 7,22
4 Batak 147.295 3,29
5 Alas 95.152 2,13
6 Simeulue 66.495 1,49
7 Jamèë 62,838 1,40
8 Tamiang 49.580 1,11
9 Singkil 46.600 1,04
10 Minangkabau 33.112 0,74
11 Lain-lain 89.172 1,99

AgamaSunting

Aceh merupakan tempat pertama kali masuk dan berkembangnya agama Islam di Nusantara dan Aceh bermula berdirinya Kesultanan Islam di bumi Nusantara. Sehingga Aceh sampai saat ini 98,87% beragama Islam di Aceh.

Menurut data dari bancian 2010, peratus agama di Aceh adalah 98.87% Islam, 0.87% Protestanism, 0.15% Buddha, Katolik 0.09% dan Hindu 0.02%

Aceh hingga saat ini menerapkan hukum Syariat Islam yang dilaksanakan untuk yang beragama Islam. Aceh beragama Islam Sunni dan bermazhab Syafie dalam fiqah.

PendidikanSunting

Kolej / Universiti AwamSunting

  1. Universiti Syiah Kuala, Banda Aceh
  2. Universiti Malikussaleh, Aceh Utara
  3. Universiti Samudra, Langsa
  4. Universiti Teuku Umar, Meulaboh
  5. Universiti Islam Negeri ar-Raniry, Banda Aceh.
  6. Institut Agama Islam Negeri Lhokseumawe
  7. Institut Agama Islam Negeri Langsa
  8. Institut Agama Islam Negeri Lhokseumawe
  9. Institut Agama Islam Negeri Meulaboh
  10. Institut Seni dan Budaya Indonesia, Aceh Besar
  11. Sekolah Tinggi Agama Islam Takengon
  12. Politeknik Negeri Lhokseumawe

Kolej / Universiti SwastaSunting

  1. Universiti Abulyatama, Aceh Besar
  2. Universiti Al-Muslim, Bireuen
  3. Universiti Iskandar Muda, Banda Aceh
  4. Universiti Gajah Putih, Takengon
  5. Universiti Gunung Leuser, Kutacane
  6. Universiti Jabal Ghafur, Pidie
  7. Universiti Muhammadiyah, Banda Aceh
  8. Universiti Sains Cut Nyak Dhien, Langsa
  9. Universiti Serambi Mekkah, Banda Aceh
  10. Politeknik Indonesia Venezuela, Aceh
  11. Politeknik Kesehatan Aceh


GabenorSunting

Berikut ini adalah senarai Gabenor Aceh sejak 1945 hingga saat ini.

No. Foto Nama Mula Jawatan Akhir Jawatan Prd. Ket. Timbalan Gabenor
1
  Teuku Nyak Arif
3 Oktober 1945
1946
1
[ket. 1]
2
Teuku Daud Syah
1946
1947
2
[ket. 2]
3
  Teungku Daud Beureu'eh
1947
1950
3
1950
1951
4
4
  B. M. Danubroto



1951
1953
5
5
  Teuku Sulaiman Daud


Mei 1953
September 1953
6
 
  Abdul Wahab
1953
1954
 
6
  Abdul Razak
1954
1956
7
 
7
  Prof. Ali Hasjmy
1957
1959
8
1959
1964
9
[ket. 3]
8
  Nyak Adam Kamil
10 April 1964
30 Ogos 1966
10
 
9
  Hasby Wahidi
30 Ogos 1967
15 Mei 1968
11
[4]
10
  Abdullah Muzakir Walad
15 Mei 1968
27 jun 1973
12
 
27 jun 1973
27 Ogos 1978
13
11
  Prof. Abdul Madjid Ibrahim
27 Ogos 1978
15 Mac 1981
14
 
  Eddy Sabara
15 Mac 1981
27 Ogos 1981
12
  Hadi Thayeb
27 Ogos 1981
27 Ogos 1986
15
 
13
  Prof. Ibrahim Hassan. MBA
27 Ogos 1986
25 Mei 1993
16
[5]
14
  Prof. Syamsudin Mahmud
26 Mei 1993
26 Mei 1998
17
Zainuddin AG
26 Mei 1998
21 jun 2000
18
[ket. 4]



[6][7][8]
  Ramli Ridwan



21 jun 2000
25 November 2000
15
  Abdullah Puteh
25 November 2000
19 Julai 2004
19
[ket. 5]



5][ket. 6]



[9][10]
Azwar Abubakar
  Azwar Abubakar
19 Julai 2004
30 Disember 2005
[ket. 6]
  Mustafa Abubakar
30 Disember 2005
8 Februari 2007
16
  Irwandi Yusuf
8 Februari 2007
8 Februari 2012
20
[ket. 7]
Muhammad Nazar
  Tarmizi Abdul Karim
8 Februari 2012
25 jun 2012
 
17
  Zaini Abdullah
25 jun 2012
25 jun 2017
21
[11]
Muzakkir Manaf
  Soedarmo



28 Oktober 2016
11 Februari 2017
[ket. 8]



[12]
  Dermawan



25 jun 2017
5 Julai 2017
[ket. 9]
(16)
  Irwandi Yusuf. M.Sc
5 Julai 2017
5 Julai 2018
22
[13]
Nova Iriansyah
  Nova Iriansyah
5 Julai 2018
Petahana
[14]

Kabupaten dan BandarayaSunting

Nama Ibu kota Ditubuhkan Statut Luas (km²)
Kabupaten Aceh Besar Jantho 1956 UU 24/1956
Kabupaten Aceh Barat Meulaboh 1956 UU 24/1956 2,927.95
Kabupaten Aceh Barat Daya Blangpidie 2002 UU 4/2002 1,490.60
Kabupaten Aceh Jaya Calang 2002 UU 4/2002 3,812.99
Kabupaten Aceh Selatan Tapaktuan 1956 UU 24/1956 4,946
Kabupaten Aceh Singkil Singkil 1999 UU 14/1999 2,185
Kabupaten Aceh Tamiang Karang Baru 2002 UU 4/2002 1,956.72
Kabupaten Aceh Tengah Takengon 1956 UU 24/1956 4,318.39
Kabupaten Aceh Tenggara Kutacane 1974 UU 7/1974 4,231.41
Kabupaten Aceh Timur Idi 1956 UU 24/1956 6,286.01
Kabupaten Aceh Utara Lhoksukon 1956 UU 24/1956 3,477.92
Kabupaten Bener Meriah Simpang Tiga Redelong 2003 UU 41/2003 1,454.09
Kabupaten Bireuen Bireuen 1999 UU 48/1999 1,901.21
Kabupaten Gayo Lues Blangkejeren 2002 UU 4/2002 5,719.58
Kabupaten Nagan Raya Suka Makmue 2002 UU 4/2002 3,363.72
Kabupaten Pidie Sigli 1956 UU 24/1956 3,086.95
Kabupaten Pidie Jaya Meureudu 2007 UU 7/2007 1,073.6
Kabupaten Simeulue Sinabang 1999 UU 48/1999 2,125.12
Bandaraya Banda Aceh * 1956 UU 24/1956
Bandaraya Langsa ** 2001 UU 3/2001 262.41
Bandaraya Lhokseumawe ** 2001 UU 2/2001 181.06
Bandaraya Sabang **
Bandaraya Subulussalam ** 2007 UU 8/2007 1,391

Notes:

  1. (*) adalah bandaraya dan juga ibu kota provinsi dan (**) adalah bandaraya.
  2. UU adalah kependekan daripada Undang-Undang Dasar Negara Republik Indonesia.

Tokoh asal AcehSunting

Pautan luarSunting

  1. ^ Aris Ananta; Evi Nurvidya Arifin; M. Sairi Hasbullah; Nur Budi Handayani; dan Agus Pramono (2015). Demography of Indonesia's Ethnicity. Institute of Southeast Asian Studies dan BPS – Statistics Indonesia. 
  2. ^ 89 wanita ditahan tak tutup aurat, (B Harian, 22.09.2005)
  3. ^ 89 wanita ditahan tak tutup aurat.
  4. ^ http://sipuu.setkab.go.id/PUUdoc/14243/KP1171968.pdf
  5. ^ "Wawancara Prof. Dr. Ibrahim Hasan: Yang Ganas itu GPK Generasi Kedua". Tempo Edisi 23/03. Tempo Interaktif. 8 Agustus 1998. Dicapai 23 Desember 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  6. ^ BUR; RUL; KAN (21 Juni 2000). "Tugas Utama Ramli Ridwan Antarkan Suksesi Daerah". Dicapai 23 Desember 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  7. ^ MIS. "Prof. Dr. Syamsuddin Mahmud: Jabatan Gubernur Bukan Harta Warisan". Tempo. 
  8. ^ Mahmud, Syamsuddin; P., Sugiono M. (2004). Biografi seorang guru di Aceh: kisah Syamsuddin Mahmud kepada Sugiono M.P. Aceh: Syiah Kuala University Press. ISBN 9789798278150. 
  9. ^ NJ (5 November 2000). "Abdullah Puteh Terpilih sbg Gubernur Aceh". Kompas. Aceh: Ohio University. Dicapai 23 Desember 2015.  Check date values in: |access-date= (bantuan)
  10. ^ "PN Jakarta Pusat Siap Adili Puteh". Suara Merdeka. 9 Desember 2004. Dicapai 23 Desember 2015.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  11. ^ LH (25 Juni 2012). "Mantan Petinggi GAM Resmi Jadi Gubernur NAD 2012-2017". detikNews. Dicapai 25 Juni 2012.  Check date values in: |access-date=, |date= (bantuan)
  12. ^ "Profil Plt Gubernur Aceh, Mayjen TNI (Purn) Soedarmo". Website Resmi Pemerintah Provinsi Aceh. 3 November 2016. Dicapai 5 September 2018. 
  13. ^ Suara.com. "Tunjuk Pejabat Gubernur Aceh, Mendagri Non Aktifkan Irwandi Yusuf". suara.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai 2018-07-07. 
  14. ^ "Resmi, Mendagri Tunjuk Nova Iriansyah Jadi Plt Gubernur Aceh, Tgk Syarkawi Plt Bupati Bener Meriah - Serambi Indonesia". Serambi Indonesia (dalam bahasa Indonesia). 2018-07-05. Dicapai 2018-07-07. 
  15. ^ http://sanusijunid.blogspot.co.id/2010/01/kuasa-bahasa.html
  16. ^ http://notarfs.blogspot.co.id/2010/01/tokoh-malaysia-keturunan-aceh_12.html


Ralat petik: Tag <ref> untuk kumpulan "ket." ada tetapi tag <references group="ket."/> yang sepadan tidak disertakan