Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah

Sultan Terengganu
(Dilencongkan dari Sultan Mizan Zainal Abidin)

Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah (Jawi: الواثق بالله سلطان ميزان زين العابدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاه; diputerakan pada 22 Januari 1962) adalah Sultan Terengganu yang ke-18. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-13, ketua perlembagaan Malaysia mulai 13 Disember 2006 hingga 12 Disember 2011.

Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
الواثق بالله سلطان ميزان زين العابدين ابن المرحوم سلطان محمود المكتفي بالله شاه

Yang di-Pertuan Agong XIII
13 Disember 200612 Disember 2011
Pertabalan 26 April 2007
Negeri Terengganu
Pendahulu Tuanku Syed Sirajuddin
Pengganti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah
Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah
Perdana Menteri Tun Abdullah bin Ahmad Badawi
Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Razak

Timbalan Yang di-Pertuan Agong XI dan XII
26 April 199912 Disember 2001 dan

13 Disember 2001 - 12 Disember 2006

Negeri Terengganu
Pendahulu Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
Pengganti Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah

Sultan Terengganu ke-18
15 Mei 1998 – kini
Kemahkotaan 4 Mac 1999
Pendahulu Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Pewaris takhta Tengku Muhammad Ismail
Menteri Besar Dato' Seri Amar Di Raja Tan Sri Haji Wan Mokhtar Wan Ahmad
Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Dato' Seri Idris Jusoh
Dato' Seri Ahmad Said
Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman
Dato' Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar

Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Tengku Mahmud
Keputeraan (1962-01-22) 22 Januari 1962 (umur 61)
Istana Al Muktafi, Kuala Terengganu, Terengganu, Malaya
Kemangkatan
Pemakaman
Tempat persemayaman Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu, Terengganu
Ayahanda Sultan Mahmud al-Muktafi Billah Shah ibni al-Marhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Bonda Sharifah Nong Fatimah binti Sayyid Abdullah Al-Sagoff
Sultanah Tuanku Nur Zahirah (k. 1996)
Putera-Puteri Tengku Nadhirah Zahrah
Tengku Muhammad Ismail (Yang Di-Pertuan Muda Terengganu)
Tengku Muhammad Mua'az
Tengku Fatimatuz Zahra'
Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Rekod pingat
Equestrian
Mewakili  Malaysia
Sukan Asia Tenggara 2017
Pingat emas – tempat pertama 2017 Kuala Lumpur Jarak Jauh Individu

Kehidupan dan pendidikan awal كهيدوڤن دان ڤنديديقن اولSunting

Baginda telah diputerakan pada 22 Januari 1962 di Istana Al-Muktafi, Kuala Terengganu, ibu negeri Terengganu. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman dan kemudiannya di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman, baginda kemudiannya melanjutkan pelajaran di luar negara di pusat pendidikan berprestij iaitu Geelong Grammar School di Geelong, Australia. Pada tahun 1988, baginda menghabiskan pembelajarannya di Universiti Antarabangsa Amerika Syarikat-Eropah (kini dikenali sebagai Universiti Antarabangsa Alliant) di London, baginda memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang pengkhususan Hubungan Antarabangsa pada 9 Jun 1988.

Baginda telah melibatkan diri dengan kursus ketenteraan PRE SMC (E) 33 di Army School of Languages daripada 2 November 1982 hingga 31 Mei 1983, dan kemudiannya menghadiri kursus ketenteraan SMC 33 di Akademi Tentera DiRaja Sandhurst di England daripada 3 Mei 1983, menghabiskan kursus Pegawai Kadet pada 9 Disember 1983. Baginda telah dikomisyenkan pangkat Leftenen pada 1 Mac 1984 dan telah memberikan khidmatnya di Askar Berkuda DiRaja.

Pemerintahan Terengganu ڤمرينتاهن ترڠڬانوSunting

Baginda telah dilantik sebagai Yang Dipertuan Muda bagi Negeri Terengganu Darul Iman pada 6 November 1979, dan kemudiannya di lantik sebagai Pemangku Raja pada 20 Jun 1986 dan kali keduanya dari 20 Oktober hingga 8 November 1990.

Pada 28 Mac 1996, baginda telah diijabkabulkan dengan Sultanah Nur Zahirah. Istiadat Perkahwinan Diraja ini telah dilangsungkan di Istana Maziah, Kuala Terengganu.

Pada 15 Mei 1998, baginda telah dimasyhurkan sebagai Sultan dan Yang Dipertuan bagi Negeri Terengganu Darul Iman serta segala jajahan takluknya.

Timbalan Yang di-Pertuan Agong تيمبالن يڠ دڤرتوان اڬوڠSunting

Tuanku Mizan telah dilantik secara rasminya sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 26 April 1999 selepas Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Sultan Selangor dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-11 oleh Majlis Raja-Raja. Namun, selepas kemangkatan Sultan Salahuddin, Tuanku Mizan telah dilantik menjadi YDPA pada 21 November 2001.

Namun atas dasar kerjasama dan permuafakatan Majlis Raja-Raja Melayu, Tuanku Mizan bersetuju untuk kembali menduduki kerusi Timbalan Yang di-Pertuan Agong pada 13 Disember 2001 selepas Persidangan Majlis Raja-Raja sebulat suara melantik Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis sebagai YDPA yang ke-12.

Tuanku Mizan pertama kali dilantik sebagai Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dari tahun (2001–2006).

Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠSunting

Pada 3 November 2006, Tuanku Mizan telah dipilih untuk menduduki takhta Yang di-Pertuan Agong oleh Majlis Raja-Raja Melayu sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-13 selama 5 tahun, bermula 13 Disember 2006 dan berakhir pada 13 Disember 2011. Persidangan Majlis Raja-Raja Melayu pada ketika itu dipengerusikan oleh Sultan Abdul Halim, Sultan Kedah yang juga merangkap sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong. Tuanku Mizan sebenarnya telah diletakkan sebagai orang keempat dalam Kitaran Sembilan Raja-Raja Melayu yang ke-2 yang secara lazimnya pemilihan Yang di-Pertuan Agong adalah mengikut hukum kitaran ini. Namun, pemilihan Raja-Raja lain dalam negeri-negeri Melayu untuk menjawat jawatan tertinggi di Malaysia Yang di-Pertuan Agong masih boleh diperbincangkan. Mengikut hukum kitaran, setiap Raja-Raja Melayu yang dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memerintah Malaysia selama 5 tahun, dan inilah membuatkan Malaysia sebagai sebuah negara mengamalkan konsep Raja Berpelembagaan yang unik.

Pada 26 April 2007, Tuanku Mizan secara rasminya ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.[1][2]

Tuanku Mizan, yang berusia 44 tahun ketika ditabalkan, ialah Yang di-Pertuan Agong yang ketiga termuda yang dilantik selepas Tuanku Syed Putra, Raja Perlis dan Tuanku Abdul Halim sebagai Sultan Kedah yang kedua-duanya mula dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong pada umur 40 dan 43. Tuanku Mizan ialah Raja Melayu pertama yang dilahirkan selepas Hari Kemerdekaan Malaysia yang jatuh pada 31 Ogos 1957.

Sebagai Ketua Negara Malaysia, Tuanku Mizan banyak mengadakan majlis rasmi dan lawatan kerja. Antaranya, baginda telah bersemuka dengan Presiden China, Hu Jintao[3] ketika Sukan Olimpik 2008[4], mengadakan lawatan ke Pusat Kajian Saintifik Antartika [5] dan menghadiri Perkahwinan Diraja Putera William dan Kate Middleton di London, England.[6]

Pada 12 dan 13 Oktober 2011, Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke-225 telah memutuskan bahawa Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah bakal menggantikan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong yang ke-14 mulai 13 Disember 2011.[7]

Demi meraikan berakhirnya pemerintahan baginda, Tuanku Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Tuanku Nur Zahirah berkenan untuk berangkat menghadiri majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13, di Istana Negara pada 10 Disember 2011. Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua disambut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Dr Rais Yatim selaku Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia dan juga Pengerusi Jawatankuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 bersama isteri masing-masing. Turut hadir bersama bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang diiringi isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, dan Tun Abdullah Ahmad Badawi serta isteri Tun Jeanne Abdullah[8].

Istiadat Keberangkatan Balik Tuanku Mizan dari Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur ke Istana Maziah, Kuala Terengganu juga disiarkan secara lintas langsung di RTM 1 pada 12 Disember 2011.

Sukan dan hobi سوكن دان هوبيSunting

Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dari dulu lagi dan baginda sendiri telah mangadakan pertandingan berkuda tahunan di Malaysia dan pertandingan itu di sertai oleh pelbagai atlet berkuda dari segenap pelusuk negara terutamanya dari negara-negara Eropah. Baginda sememangnya meminati sukan berkuda dan menyukai makanan barat kerana baginda amat menitik beratkan soal pemakanan baginda.

Pembedahan lutut ڤمبدهن لوتوتSunting

Baginda telah mengalami kecederaan di lutut dan terpaksa menggunakan tongkat semasa Istiadat pemakaman Sultan Iskandar Johor pada 23 Januari 2010. Pada 24 Januari 2010, baginda berangkat ke Munich, Jerman bagi menjalani rawatan fisioterapi di Medical Park, St Hubertus, Bad Wiessee. Rawatan pakar diketuai Prof Andreas B.Imhoff. Pegawai pengiring baginda ialah pakar perubatan Hospital Putrajaya, pakar ortopedik Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur serta seorang pakar perubatan sukan. Sepanjang tempoh keberangkatan Baginda, Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang juga Sultan Kedah akan menjalankan tugas-tugas rasmi Yang di-Pertuan Agong.

Kelahiran كلاهيرنSunting

1. Sultan Mizan Zainal Abidin (dilahirkan pada (1962-01-22)22 Januari 1962 (Umur 61 tahun, 4 bulan dan 15 hari) di Kuala Terengganu).

2. Sultanah Nur Zahirah (dilahirkan pada (1973-12-07) 7 Disember 1973 (umur 49) (Umur 49 tahun, 5 bulan dan 30 hari) di Alor Setar).

3. Tengku Nadhirah Zahrah (dilahirkan pada (1996-12-18)18 Disember 1996 (Umur 26 tahun, 5 bulan dan 19 hari) di Kuala Terengganu).

4. Tengku Muhammad Ismail (dilahirkan pada (1998-03-01)1 Mac 1998 (Umur 25 tahun, 3 bulan dan 5 hari) di Kuala Terengganu).

5. Tengku Muhammad Mua’az (dilahirkan pada (2000-12-22)22 Disember 2000 (Umur 22 tahun, 5 bulan dan 15 hari) di Kuala Terengganu).

6. Tengku Fatimatuz Zahra’ (dilahirkan pada (2002-04-19)19 April 2002 (Umur 21 tahun, 1 bulan dan 18 hari) di Kuala Terengganu).

Terasul dan Gelaran تراسول دان ڬلرنSunting

Gelaran hormat bagi
Sultan Mizan Zainal Abidin
File:Bendera Sultan Terengganu.jpg
Gaya panggilan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Gaya pertuturan Kebawah Duli Tuanku
Gaya pilihan Tuanku
  • 22 Januari 1962 - 21 September 1979: Yang Amat Mulia Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Tengku Mahmud.
  • 21 September 1979 – 6 November 1979: Yang Amat Mulia Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
  • 6 November 1979 - 15 Mei 1998: Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mizan Zainal Abidin ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Yang di-Pertuan Muda Terengganu.
  • 15 Mei 1998 - 8 Oktober 2001: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.
  • 8 Oktober 2001 - 12 Disember 2001: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu, Pemangku Yang di-Pertuan Agong.
  • 12 Disember 2001 - 13 Disember 2006: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.
  • 13 Disember 2006 - 12 Disember 2011: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Yang di-Pertuan Agong XIII.
  • 12 Disember 2011 - kini: Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, Sultan Terengganu.

Rujukan رجوكنSunting

  • Mohamed Anwar Omar Din, Nik Anuar Nik Mahmud dan Jawatankuasa Teknikal & Sidang Editor Yayasan DiRaja Sultan Mizan (2011). Dirgahayu Tuanku:Sejarah Kesultanan Terengganu 1708-2008. Yayasan DiRaja Sultan Mizan.

Lihat juga ليهت جوݢSunting

Nota kaki نوتا كاكيSunting

Bacaan lanjut باچاءن لنجوتSunting

Didahului oleh
Tuanku Syed Sirajuddin
(Raja Perlis)
Yang di-Pertuan Agong
(Sultan Terengganu)

2006-2011
Diikuti oleh:
Tuanku Abdul Halim
(Sultan Kedah)
Didahului oleh
Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Sultan Terengganu
1998-kini
Diikuti oleh:
Pemegang jawatan kini