Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Timbalan Perdana Menteri Malaysia ialah jawatan politik kedua tertinggi Kerajaan Malaysia. Bilangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia adalah seramai 12 orang. Penyandang terkini ialah kosong berikutan tiada keperluan untuk melantik Timbalan Perdana Menteri berkuat kuasa 9 Mac 2020.[3]
Timbalan Perdana Menteri Malaysia
تيمبالن ڤردان منتري مليسيا | |
---|---|
![]() | |
![]() | |
Jabatan Perdana Menteri | |
Gelaran | Yang Amat Berhormat |
Ahli kepada | Kabinet Malaysia |
Lapor kepada | Parlimen Malaysia |
Kediaman | Sri Satria |
Pusat | Perdana Putra, Putrajaya |
Pelantik | Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri Malaysia |
Pemegang sulung | Abdul Razak Hussein |
Pembentukan | 31 Ogos 1957 |
Gaji | RM18,168.15 sebulan[2] |
Laman sesawang | www.pmo.gov.my/tpm |
Era Kemerdekaan Malaysia (1957-1970)Sunting
Mantan Perdana Menteri Malaysia pertama iaitu Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan.Timbalan Perdana Menteri yang pertama ialah Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein.
Era Pembangunan Malaysia (1970-1976)Sunting
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-2 iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak bin Dato' Hussein mempunyai seramai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-2 Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato' Abdul Rahman merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meninggal dunia sewaktu dalam perkhidmatan iaitu pada 2 Ogos 1973. Kekosongan jawatan tersebut diisi oleh Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-3.
Era Perpaduan Malaysia (1976-1981)Sunting
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-3 iaitu Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Hussein Onn dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-3, jawatan Timbalan Perdana Menteri menjadi kosong selama kira kira 2 bulan. Kemudian pada 2 Mac 1976, Tun Dr. Mahathir bin Mohammad mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-4.
Era Pemodenan Malaysia (1981-2003)Sunting
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad mempunyai seramai empat orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Timbalan Perdana Menteri ke-5, Tun Musa bin Hitam merupakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang pertama meletakkan jawatan. Timbalan Perdana Menteri ke-6, Allahyarham Tun Ghafar bin Baba meninggal dunia pada 23 April 2006. Manakala Timbalan Perdana Menteri ke-7, Dato' Seri Anwar bin Ibrahim pula merupakan Timbalan Perdana Menteri yang pertama yang dipecat daripada Kerajaan. Susulan daripada pemecatan Dato' Seri Anwar bin Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri, Tun Abdullah bin Ahmad Badawi menggantikan tempat beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-8.
Era Pembangunan Modal Insan Malaysia (2003-2009)Sunting
Mantan Perdana Menteri Malaysia ke-5 iaitu Tun Abdullah bin Ahmad Badawi hanya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Sewaktu Tun Abdullah dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-5, jawatan Timbalan Perdana Menteri mejadi kosong sekali lagi tetapi hanya selama 68 hari sahaja. Kemudian pada 7 Januari 2004 Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mengisi jawatan tersebut sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-9.
Era Transformasi Malaysia (2009-2018)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-6 iaitu Dato' Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak mempunyai dua orang Timbalan Perdana Menteri sepanjang beliau memegang jawatan pucuk pimpinan Kerajaan. Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan timbalan beliau yang pertama tetapi disingkirkan daripada jawatan tersebut pada 28 Julai 2015 atas sebab menegur cara beliau menanggani isu 1Malaysia Development Berhad. Kemudian, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana Menteri ke-11.
Era Malaysia Baru (2018-2020)Sunting
Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Tun Dr. Mahathir bin Mohamad yang juga merupakan Perdana Menteri Malaysia ke-7.[4] Penyandang terakhirnya ialah Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah binti Wan Ismail. Beliau merupakan Timbalan Perdana Menteri wanita yang pertama sejak tahun 2018 hingga 2020 dan juga Timbalan Perdana Menteri yang pertama selain dari parti Barisan Nasional.[5]
Senarai Timbalan Perdana Menteri MalaysiaSunting
Parti komponen: Parti Perikatan (AP) Barisan Nasional (BN) Pakatan Harapan (PH)
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Keadilan Rakyat (PKR) | ||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
No. | Tempoh | Timbalan Perdana Menteri | Potret | Jawatan Sebelum | Parti | Perdana Menteri | ||
1 | 31 Ogos 1957 22 Sept 1970 (4770 Hari) |
Tun Abdul Razak Hussein, Bar-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Pekan (1922-1976) |
Menteri Pelajaran Tanah Melayu ke-1 |
UMNO (AP) |
Tunku Abdul Rahman | |||
2 | 22 Sept 1970 2 Ogos 1973 (1045 Hari) |
Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, MD (Melbourne) Ahli Parlimen Johor Bahru (1915-1973) |
Timbalan Pengarah MAGERAN |
UMNO (AP) |
Abdul Razak Hussein | |||
3 | 13 Ogos 1973 24 Ogos 1974 (376 Hari) |
Tun Hussein Onn, Bar-at-Law (Lincoln's Inn) Ahli Parlimen Johor Bahru (1922-1990) |
Menteri Pelajaran Malaysia ke-6 |
UMNO (AP) | ||||
24 Ogos 1974 15 Januari 1976 (529 Hari) |
UMNO (BN) | |||||||
4 | 2 Mac 1976 16 Jul 1981 (1962 Hari) |
Tun Dr. Mahathir Mohamad, MBBS (NUS) Ahli Parlimen Kubang Pasu (1925) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-7 |
UMNO (BN) |
Hussein Onn | |||
5 | 18 Jul 1981 16 Mac 1986 (1702 Hari) |
Tun Musa Hitam, BA (UM), MA (Sussex) Ahli Parlimen Kota Tinggi (1934) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-8 |
UMNO (BN) |
Mahathir Mohammad
| |||
6 | 10 Mei 1986 15 Okt 1993 (2715 Hari) |
Tun Ghafar Baba Ahli Parlimen Jasin (1925-2006) |
Naib Presiden UMNO |
UMNO (BN) | ||||
7 | 1 Dis 1993 - 2 Sept 1998 (1736 Hari) |
Dato' Seri Anwar Ibrahim, BA (UM) Ahli Parlimen Permatang Pauh (1947) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-11 |
UMNO (BN) | ||||
8 | 8 Jan 1999 31 Okt 2003 (1757 Hari) |
Tun Abdullah Ahmad Badawi, BA (UM) Ahli Parlimen Kepala Batas (1939) |
Menteri Luar Negeri Malaysia ke-10 |
UMNO (BN) | ||||
9 | 7 Jan 2004 - 3 Apr 2009 (1913 Hari) |
Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak, BSc (Notthingham) Ahli Parlimen Pekan (1953) |
Menteri Pendidikan Malaysia ke-13 |
UMNO (BN) |
Abdullah Ahmad Badawi | |||
10 | 10 Apr 2009 29 Jul 2015 (4382 Hari) |
Tan Sri Muhyiddin Yassin, BA (UM) Ahli Parlimen Pagoh (1947) |
Menteri MITI ke-16 |
UMNO (BN) |
Mohd Najib Abdul Razak | |||
11 | 29 Jul 2015 10 Mei 2018 (1016 Hari) |
Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, BA (UM), MSc (UPM), PhD (UPM) Ahli Parlimen Bagan Datuk (1953) |
Menteri Pertahanan Malaysia ke-14 |
UMNO (BN) | ||||
12 | 21 Mei 2018 24 Februari 2020 (644 Hari) |
Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, MB BCh BAO (RCSI) Ahli Parlimen Pandan (1952) |
Ketua Pembangkang Malaysia ke-13 |
PKR (PH) |
Mahathir Mohamad | |||
13 | 24 Februari 2020 Kini (410 Hari) |
Jawatan Timbalan Perdana Menteri tidak diwujudkan |
N/A | N/A (PN) |
Muhyiddin Yassin |
Garis masaSunting

Pada tempoh berikut, merupakan tempoh ketika tiada Timbalan Perdana Menteri dilantik:
1. 15 Januari 1976 — 2 Mac 1976: 47 hari ketika peralihan TPM ke-3 ke TPM ke-4 sewaktu era pentadbiran Tun Hussein Onn.
2. 16 Mac 1986 — 10 Mei 1986: 55 hari ketika peralihan TPM ke-5 ke TPM ke-6 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. 15 Oktober 1993 — 1 Disember 1993: 47 hari ketika peralihan TPM ke-6 ke TPM ke-7 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
4. 2 September 1998 — 8 Januari 1999: 128 hari ketika peralihan TPM ke-7 ke TPM ke-8 sewaktu era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad.
5. 31 Oktober 2003 — 7 Januari 2004: 68 hari ketika peralihan TPM ke-8 ke TPM ke-9 sewaktu era pentadbiran Tun Abdullah Badawi.
6. 9 Mei 2018 — 21 Mei 2018: 12 hari ketika peralihan TPM ke-11 ke TPM ke-12 sewaktu era pentadbiran ke-2 Tun Mahathir Mohamad.
7. 24 Februari 2020 — kini: 410 hari ketika peralihan TPM ke-12 ke TPM ke-13 sewaktu era pentadbiran Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang tukar / tinggal parti politikSunting
Parti politik: Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) Parti Negara (NATIONAL) Bebas
No. | Nama | Tarikh | Parti Politik | Sebab | Catatan | Era Pentadbiran | |
---|---|---|---|---|---|---|---|
Keluar | Masuk | ||||||
1 | Hussein Onn |
1951 | UMNO | IMP | Mengikuti ayahanda beliau Onn Jaafar |
Penubuhan parti baharu: IMP pada 1951 |
Tunku Abdul Rahman |
1953 | IMP | NATIONAL | IMP kurang sambutan & Penubuhan NATIONAL* |
IMP dibubarkan pada 1953 |
Tunku Abdul Rahman | ||
1964 | NATIONAL | UMNO | NATIONAL dibubarkan dan dipelawa semula ke UMNO* |
NATIONAL dibubarkan pada 19 Januari 1962 |
Tunku Abdul Rahman | ||
2 | Mahathir Mohamad |
26 Sept 1969 |
UMNO | Bebas | Dipecat keahlian: -Mengkritik kepimpinan Tunku Abdul Rahman** |
Masuk semula UMNO pada 7 Mac 1972 |
Tunku Abdul Rahman |
19 Mei 2008 |
UMNO | Bebas | Tidak yakin akan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi*** |
Masuk semula UMNO pada 4 Apr 2009 |
Abdullah Ahmad Badawi | ||
29 Feb 2016 |
UMNO | Bersatu | Hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Najib Razak dan UMNO*** |
Penubuhan parti baharu Bersatu pada 9 Sept 2016 |
Najib Razak | ||
3 | Musa Hitam |
1960 | UMNO | Bebas | Dipecat keahlian: -Pengikaran terhadap Peristiwa 13 Mei**** |
Masuk semula UMNO pada 1971 |
Tunku Abdul Rahman |
3 Jun 1989 |
UMNO | Bebas | Bersara daripada menyertai arena politik |
Non-Partisan | Mahathir Mohamad | ||
4 | Anwar Ibrahim |
2 Sept 1998 |
UMNO | PKR | Dipecat keahlian: - Kes Liwat - Krisis Kewangan Asia 1997 |
Penubuhan parti baharu: PKR pada 4 Apr 1999 |
Mahathir Mohamad |
5 | Muhyiddin Yassin |
24 Jun 2016 |
UMNO | Bersatu | Dipecat keahlian: - Menegur kepimpinan Najib Razak |
Penubuhan parti baharu: Bersatu pada 9 Sept 2016 |
Najib Razak |
-*Penarikan diri Hussein Onn daripada UMNO dan IMP adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-**Pemecatan Mahathir Mohamad pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-***Penarikan diri Mahathir Mohamad daripada UMNO pada Era Pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi dan Najib Razak adalah selepas beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
-****Pemecatan Musa Hitam pada Era Pentadbiran Tunku Abdul Rahman adalah sebelum beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri
Senarai mantan Timbalan Perdana Menteri yang masih hidupSunting
Nama | Umur |
---|---|
Tun Dr Mahathir Mohamad | 95 tahun |
Tun Musa Hitam | 86 tahun |
Dato' Seri Anwar Ibrahim | 73 tahun |
Tun Abdullah Ahmad Badawi | 81 tahun |
Dato' Seri Mohamad Najib Razak | 67 tahun |
Tan Sri Muhyiddin Yassin | 73 tahun |
Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi | 68 tahun |
Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail | 68 tahun |
RujukanSunting
- ^ BERNAMA (9 Mac 2020). "Muhyiddin umum Kabinet tanpa Timbalan Perdana Menteri". Laman Web Rasmi Pejabat Perdana Menteri Malaysia. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ "CPPS Policy Factsheet: Remuneration of Elected Officials in Malaysia" (PDF). Centre for Public Policy Studies. Diarkib daripada yang asal (PDF) pada 11 May 2016. Dicapai pada 11 May 2016. Parameter
|deadurl=
yang tidak diketahui diendahkan (bantuan) - ^ Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan (9 Mac 2020). "Tiada jawatan Timbalan Perdana Menteri". Sinar Online. Diarkib daripada yang asal pada 30 Mei 2020. Dicapai pada 30 Mei 2020.
- ^ Tun Mahathir angkat sumpah sebagai Perdana Menteri ke-7 pagi ini.
- ^ Wan Azizah jadi Timbalan Perdana Menteri.
Lihat jugaSunting
Pautan LuarSunting
- (Inggeris) (Melayu) Laman sesawang Pejabat Perdana Menter
- (Melayu) Ensiklopedia Malaysia: Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Penyandang Terdahulu | Timbalan Perdana Menteri Malaysia | Penyandang Kemudian |
Dato' Seri Datin Dr. Wan Azizah Wan Ismail | kosong |