Parti Negara adalah sebuah parti politik berasaskan orang Melayu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin-pemimpin Parti Kemerdekaan Malaya pada 1953, dan telah dilancarkan secara rasmi pada Februari 1954. Pengasasnya ialah Dato Sir Onn Jaafar, presiden pertama parti United Malays National Organisation (UMNO), selepas beliau kalah dalam suatu perebutan kuasa dalaman parti.

Parti Negara
PengasasOnn Jaafar
DitubuhkanFebruary 1954
Dibubarkan19 January 1962
IdeologiNationalisme
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya

Parti ini di mana secara perlembagaannya adalah pelbagai bangsa, mencari untuk mencipta ruang bagi dirinya sebagai kuasa ketiga dalam tahun lima puluhan dan awal enam puluhan tetapi telah gagal. Parti ini tidak mendapat sokongan signifikan masyarakat orang Melayu, dan telah diperlekehkan oleh Perikatan yang diteraju UMNO atas tuduhan cauvinisme. Satu-satunya kerusi Parlimen Malaysia yang Parti Negara pernah menang adalah dalam Pilihan raya umum Tanah Melayu 1959 di Terengganu oleh Dato Onn sendiri.

Dengan kematian Dato Onn pada 1962, Parti Negara turut mati secara politiknya. Kerusi yang Dato Onn menang kemudiannya telah dimenangi balik Perikatan pada pilihan raya kecil yang diadakan.

Pilihan raya sunting

Calon dalam Pilihan Raya Perundangan Persekutuan 1955[1] sunting

No Kawasan Pilihan Raya Negeri Nama Catatan
1 Johor Bahru Johor Onn Jaafar Kalah
2 Johor Selatan Johor Kassim Awang Chik Kalah
3 Johor Timur Johor Jaafar Haji Ali Kalah
4 Johor Tengah Johor Haji Annuar Haji Abdul Malek Kalah
5 Batu Pahat Johor Syed Haji Abdul Kadir Kalah
6 Segamat Johor Razalli Abdul Manap Kalah
7 Muar Selatan Johor Mahmud Mohd Shah Kalah
8 Muar Utara Johor Haji Mohamed Nor Abdul Hamid Kalah
9 Kedah Tengah Kedah Puteh Napa Kalah
10 Kedah Utara Kedah Tuan Haji Laidin Kalah
11 Kota Setar Kedah Haji Mohamed Rejab Haji Darus Kalah
12 Alor Setar Kedah Haji Salim Haji Rejab Kalah
13 Kelantan Tengah Kelantan Tengku Annuar Zainal Tengku Zainal Abidin Kalah
14 Kelantan Utara Kelantan Nik Hussein Zainal Kalah
15 Kelantan Timur Kelantan Dato' Seri Nara Diraja Nik Abdullah bin Nik Muhamad Kalah
16 Kelantan Selatan Kelantan Dato' Nik Ahmad Kamil Dato' Nik Mahmud Kalah
17 Melaka Luar Melaka Jaafar Tan Kalah
18 Seremban Negeri Sembilan B. H. Tan Kalah
19 Negeri Sembilan Selatan Negeri Sembilan Baba Luek Kalah
20 Negeri Sembilan Utara Negeri Sembilan Ujang Menuang Kalah
21 Kuala Lumpur Timur Selangor Mohamed Salleh Hakim Kalah
22 Kuala Lumpur Barat Selangor Abdullah Ibrahim Kalah
23 Selangor Tengah Selangor Atan Chik Leng Keng Kalah
24 Selangor Barat Selangor Mohamed Rashid Ahmed Kalah
25 Langat Selangor Mohamed Nazir Haji Abdul Jalil Kalah
26 Kuala Selangor Selangor Mohamed Ambia Sanusi Kalah
27 Ulu Selangor Selangor Abdul Rahman Haji Maulana Kalah
28 Terengganu Tengah Terengganu Suleiman Ali Kalah
29 Terengganu Utara Terengganu Mohamed Salleh Ahmad Kalah
30 Terengganu Selatan Terengganu Ibrahim Matnoh Kalah

Rujukan sunting