Kepala Batas
Kepala Batas merupakan sebuah bandar dan Kompleks Pejabat Kerajaan bagi daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang, Malaysia.[1][2] Ia terletak di tengah perjalanan antara Butterworth ke Sungai Petani, terletak 30 km dari George Town.
Kepala Batas | |
---|---|
Bandar | |
Negara | Malaysia |
Negeri | Pulau Pinang |
Daerah | Seberang Perai Utara |
Pentadbiran | |
• Kerajaan tempatan | Majlis Bandaraya Seberang Perai |
Poskod | 13200 |
Lokasi Kepala Batas di Peta Google |
Mantan Ahli Parlimen Kepala Batas iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia, Abdullah Ahmad Badawi adalah anak kelahiran Kepala Batas.
Kepala Batas ini terletak di antara Penaga di sebelah utara dan barat, manakala Tasek Gelugor di sebelah selatan dan timur. Ia merupakan kawasan paling utara di Pulau Pinang dan bersempadan dengan Kedah.
Asal usul nama
sunting'Kepala Batas' bermaksud bahagian depan sawah padi. Batas ialah pemisah antara tanah pesawah-pesawah padi . Biasanya batas ini dibuat daripada tanah sebagai benteng penahan air agar paras air dalam sawah tidak terlalu banyak. Jika paras air di dalam sawah lebih daripada sejengkal, padi agak susah ditanam . Anak padi akan tenggelam, terutama jika selepas hujan lebat. Batas air di dalam sawah perlu dikawal sepanjang masa.
Sebagai kawasan persisiran pantai, kawasan ini pada masa dahulu mempunyai saliran yang buruk dan sering dilanda banjir. Dengan itu tidak sesuai untuk tanaman kecuali padi yang tumbuh di dalam air. Oleh itu pembinaan saliran adalah satu langkah untuk pemulihan atau tebusguna tanah. Banyak kawasan di Kedah dan Pulau Pinang melalui proses ini. Sungai Korok di Kedah maupun di Pulau Pinang adalah pelat buruh dari Jawa yang menyebut "korok" walhal di Kedah lebih tepat dipanggil Sungai Korek. Di tebing Sungai Korek ini biasanya ada timbunan tanah dari parit sebagai benteng untuk mengelak kemasukan air masin. Timbunan tanah sepanjang parit korek ini dipanggil batas atau bund dalam bahasa Inggeris. Hujung bund ini di mana parit berakhir atau bertembung dengan parit lain dipanggil kepala batas. Oleh itu kita boleh dapati beberapa tempat di Kedah dan Perlis mempunyai nama yang sama iaitu Kepala Batas.
Pendidikan
suntingAntara pusat pengajian tinggi yang ada di Kepala Batas adalah:
- Institut Pergigian Perubatan Termaju (IPPT), Universiti Sains Malaysia
- Universiti Teknologi Mara (UiTM), Kampus Bertam
- Kolej Komuniti Kepala Batas
- Advance Medical & Dental Institute, USM
- Kolej Matrikulasi Pulau Pinang
- Pusat Giat Mara Kepala Batas
- Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas
- Institut Latihan (KKM) Kejururawatan Bertam
Manakala sekolah menengah adalah:
- Sekolah Menengah Sains Kepala Batas
- MRSM Kepala Batas
- SMK Datuk Haji Ahmad Badawi
- Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir
Kemudahan Awam
suntingTerdapat pelbagai kemudahan awam di Kepala Batas termasuk
- Hospital Kepala Batas
- Klinik Kesihatan Kepala Batas
- Klinik Pergigian Kepala Batas
- Kompleks Sukan MBSP, Bertam
- Balai Polis Kepala Batas
- Balai Bomba dan Penyelamat Kepala Batas
- Dewan Millenium
- Pejabat Pos
- Pasar Awam
- Mahkamah Rendah Shariah Seberang Perai Utara
- Perpustakaan Daerah Seberang Perai Utara
Pengangkutan
suntingKepala Batas dihubungkan melalui Lebuh Raya Utara Selatan di persimpangan Bertam ke arah utara dan persimpangan Sungai Dua ke arah Selatan. Jalan Persekutuan menghubungkan Pulang Pinang dengan Kedah dan Perak turut melalui Kepala Batas.
Terminal Bas Dato' Kailan menyediakan laluan Kepala Batas ke Penang Sentral melalui bas Rapid Penang 601, ke Bukit Mertajam melalui bas Rapid Penang 606, manakala bas 610 pula ke Tasek Gelugor.[1]
Pelancongan
suntingPolitik
sunting- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi memang dengan dengan majoriti 11,175 undi.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 ,Parlimen P41 Kepala Batas terdapat 39,622 pengundi. Komposisi pengundi :Melayu- 73.18%. Cina - 22.22%. India- 4.39% pengundi. Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi mewakili parti Barisan Nasional/UMNO menang dengan majoriti 18,122 undi. Beliau mengalahkan Abdul Khalid Rashid dari PAS.
- Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008, Datuk Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi menang dan mendapat 23,445 undi.Pencabar beliau Subri Mohd Arshad dari PAS kalah, mendapat 12,199.
Rujukan
sunting- ^ "Poskod Kepala Batas, Pulau Pinang". postcode.my (dalam bahasa Inggeris). Carian Poskod Malaysia. Dicapai pada 27 Mac 2021.
- ^ "Gazetir Negeri Pulau Pinang Pulau Muntiara". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Jawatankuasa Nama Geografi Kebangsaan Malaysia. 2015. Dicapai pada 27 Mac 2021.