Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir


Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir atau nama ringkasnya SMK Datuk Hj Abdul Kadir, merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi.

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir
Lokasi
Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi, 13200, 13200, Kepala Batas,, Mutiara Timur
MALAYSIA
Maklumat
Nama lamaKEPALA BATAS SECONDARY SCHOOL
Jenis sekolahSekolah menengah kebangsaan, Sekolah kerajaan
MotoPELAJARAN TANGGA KEJAYAAN
Afiliasi agamaISLAM , BUDHA, KRISTIAN
Nombor sekolah6045751249
Kod sekolahPEB2061
PengetuaEN. YUSOF BIN SHARI
Tenaga pengajar81
JantinaLELAKI DAN PEREMPUAN
Kelas35
LaguINILA IKRAR KAMI PELAJAR,

BERBAKTI PADA NUSA, HORMAT GURU IBU BAPA,MENJAGA NAMA SEKOLAH. PELAJARAN TANGGA KEJAYAAN PENYULUH HIDUP MULIA [2] INI LAH IKRAR KAMI PELAJAR, BERBAKTI PADA NUSA,

HORMAT GURU IBU BAPA MENJAGA NAMA SEKOLAH.
GPK Pentadbiran dan AkademikABDUL HALIM BIN CHIK
Penolong Kanan Hal Ehwal MuridPN. HAZLINA BINTI KASAH
Penolong Kanan KokurikulumEN. MAHAZIR BIN AHMAD
Faks6045793476

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir memiliki 546 pelajar lelaki dan 536 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1082 orang. Ia mempunyai seramai 81 orang guru.2009

Sejarah sunting

Pada awalnya dikenali sebagai Kepala Batas Secondary School. Merupakan satu-satunya sekolah menengah aliran Inggeris di kawasan Kepala Batas. Pada peringkat awal penubuhannya iaitu pada tahun 1961, jumlah pelajar hanya seramai 142 pelajar. Kemudian jumlahnya bertambah kepada 437 pada tahun 1963. Pada tahun tersebut para pelajarnya terdiri daripada 230 pelajar Melayu lelaki dan 120 pelajar Perempuan, 34 pelajar Cina lelaki dan 14 pelajar Cina perempuan. Manakala pelajar India pula seramai 28 pelajar lelaki dan 10 pelajar perempuan. Terdapat juga seorang pelajar lelaki berketurunan Siam.

Sekolah ini bermula dengan 13 buah kelas. Kelas-kelas tersebut teriri daripada Tingkatan 1 :  3 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 3 kelas aliran Bahasa Melayu, Tingkatan 2 : 4 kelas aliran Bahasa Inggeris dan 1 kelas Bahasa Melayu, Tingkatan 3 : 4 kelas aliran Bahasa Inggeris, Tingkatan 4 : 2 kelas aliran Bahasa Inggeris.

Dari segi akademik untuk pertama kalinya seramai 78 calon menduduki peperiksaan LCE pada tahun 1963.

Sekolah ini ditukarkan namanya kepada Sekolah Datuk Haji Abdul Kadir sempena nama seorang tokoh tempatan iaitu Tuan Haji Abdul Kadir Bin Haji Hassan. Perasmian sekolah telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Dato’ Musa Hitam (Menteri Pendidikan ketika itu) pada hari Rabu, 24 September 1980.

Pada peringkat awal penubuhannya hanya terdapat 2 blok bangunan sahaja iaitu blok Muhibbah dan Kantin. Blok Muhibbah menempatkan sebuah pejabat, sepuluh buah kelas, sebuah makmal dan empat buah tandas untuk kegunaan pelajar dan guru.

Antara pembaharuan yang ketara di SMK Datuk Haji Abdul Kadir terdapat makmal computer, pusat akses, surau, dewan, kemudahan capaian internet dan asrama yang boleh menampung seramai 150 pelajar lelaki dan 150 pelajar perempuan. Sekarang terdapat seramai 81 orang guru dan 16 orang staf sokongan yang bertugas di sekolah ini. Jumlah pelajar pula sebanyak 1036 orang. Kini terdapat 39 kelas yang terdiri daripada:

Tingkatan Peralihan    : 1 buah kelas

Tingkatan 1                 : 9 buah kelas

Tingkatan 2                 : 7 buah kelas

Tingkatan 3                 : 7 buah kelas

Tingkatan 4                 : 7 buah kelas

Tingkatan 5                 : 7 buah kelas


Kelas KAA (Kelas Aliran Agama)     : T1 – T5 : 6 buah kelas

Sebanyak 34 mata pelajaran ditawarkan mengikut pakej mata pelajaran yang ditetapkan. Selain itu, terdapat 18 kelab/persatuan, 11 pasukan unit beruniform dan 13 kelab permainan/sukan. Adalah diharapkan dengan kemudahan yang ada SMKDHAK akan berjaya mencapai visinya menjadi sekolah cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah menjelang tahun 2015.

Pencapaian sunting

Alamat sunting

Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Hj Abdul Kadir
Jalan Datuk Haji Ahmad Badawi
13200, Kepala Batas, Seberang Perai,
Pulau Pinang,   Malaysia
Telefon = 6045751249
Fax = 6045793476

Pautan luar sunting