Seberang Perai Utara

daerah di Pulau Pinang, Malaysia

Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Daerah ini merupakan terbesar di Pulau Pinang dengan keluasan 262.53 km persegi (26588.04 hektar). Daerah ini juga terletak kira-kira 300 kilometer ke arah barat laut dari Kuala Lumpur dan 15 kilometer ke arah timur laut dari Georgetown (jika dikira dari Kepala Batas).

Daerah Seberang Perai Utara
دايره سبرڠ ڤراي اوتارا
Lokasi Seberang Perai Utara di Pulau Pinang
Lokasi Seberang Perai Utara di Pulau Pinang
Map
Seberang Perai Utara is located in Bumi
Seberang Perai Utara
Seberang Perai Utara (Bumi)
Koordinat: 5°28′N 100°26′E / 5.467°N 100.433°E / 5.467; 100.433Koordinat: 5°28′N 100°26′E / 5.467°N 100.433°E / 5.467; 100.433
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatKepala Batas
Bandar terbesarButterworth
Pihak berkuasaMajlis Bandaraya Seberang Perai
Kerajaan
 • Pegawai daerahMarlia Belia[1]
Keluasan
 • Jumlah267 km2 (103 batu persegi)
Penduduk
 (2020)
 • Jumlah339,095
 • Kepadatan1,300/km2 (3,300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)UTC+8 (Tidak dinilai)
Poskod
12000-13800
Kod panggilan+6-043
Awalan plat kenderaanP

Pentadbiran sunting

Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesarnya ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Daerah ini terbahagi kepada 15 buah mukim;

 
Peta daerah Seberang Perai Utara
  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 16

Perwakilan rakyat sunting

Daerah Seberang Perai Utara merangkumi tiga kawasan persekutuan dan sembilan kawasan negeri.

Geografi sunting

Daerah Seberang Perai Utara bersempadan dengan;

Daerah ini mempunyai purata ketinggian 8 meter atas aras laut, manakala ketinggian maksimum mencecah 167 meter.[3]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
1991224,647—    
2000243,938+8.6%
2010288,692+18.3%
2020339,095+17.5%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Utara ialah seramai 339,095 orang dengan kepadatan penduduk 1,267 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Utara merupakan Bumiputera, dengan peratusan 63.1 peratus daripada jumlah penduduk.[4]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 203,492
Cina 95,615
India 22,565
Lain-lain 1,057
Bukan warganegara - 16,366
Jumlah 339,095

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Utara. Terdapat sebanyak 94 buah sekolah di daerah ini;[5]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 44
Sekolah Jenis Kebangsaan 20
Sekolah Menengah Kebangsaan 21
Sek. Men. Kebangsaan Agama 1
Sekolah Menengah Agama 4
Sekolah Berasrama Penuh 1
Kolej Vokasional 1
Kolej Tingkatan 6 1
Sekolah Model Khas 1

Daerah Timur Laut juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, lima klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Pengangkutan sunting

Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[6] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 km yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[7]

Lebuhraya Utara Selatan[8] sunting

Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:

  1. susur keluar Bertam
  2. susur keluar Sungai Dua

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth[7] sunting

Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuh raya ini, iaitu:

  1. Plaza Tol Prai
  2. Plaza Tol Bagan Ajam
  3. Plaza Tol Sungai Nyior

Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:

  1. Susus keluar Bagan Lalang
  2. Susur keluar Bagan Ajam
  3. Susur keluar Terminal Kontena (NBCT)
  4. Susur keluar Terminal Feri
  5. Susur keluar Dermaga Dalam

Hab Pengangkutan Penang Sentral[9] sunting

Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.

  1. Kereta api (ETS dan Komuter)
  2. Bas (tempatan dan antara bandar, ekspres)
  3. Feri
  4. Teksi

Rujukan sunting

  1. ^ Webmaster, SPU. "Senarai Pegawai Daerah PDTSPU". spu.penang.gov.my.
  2. ^ "2017 Q2 statistics" (PDF). Penang Institute (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-12-01. Dicapai pada 2017-11-30.
  3. ^ "North Seberang Perai District topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ "Sekolah di PPD Seberang Perai Utara | Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ http://spu.penang.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=23&Itemid=48&lang=en
  7. ^ a b http://www.llm.gov.my/awam/highway/8
  8. ^ http://www.plus.com.my/index.php?option=com_content&view=article&id=27&Itemid=235&lang=en
  9. ^ http://www.penangsentral.com.my/