Majlis Bandaraya Seberang Perai
Majlis Bandaraya Seberang Perai (مجليس باندراي سبراڠ ڤراي) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Seberang Perai, Pulau Pinang. Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[3]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis.
Majlis Bandaraya Seberang Perai | |
---|---|
مجليس باندراي سبراڠ ڤراي Seberang Perai City Council 威省市政厅 செபராங் பிறை மாநகர சபை | |
![]() | |
![]() Bendera Majlis Bandaraya Seberang Perai | |
Jenis | |
Jenis | |
Sejarah | |
Diasaskan | 15 Disember 1976 |
Didahului oleh | Majlis Perbandaran Seberang Perai |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | |
Setiausaha Bandaraya | Ir. Hajah Rosnani Mahmod sejak 16 September 2019 |
Struktur | |
Ahli | 24 |
Moto | |
Seberang Perai, Aspirasi Bandar Masa Hadapan | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Menara MBSP Jalan Perda Utama, Bandar Perda, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang, Malaysia 5°22′15″N 100°25′58″E / 5.3707347°N 100.4328411°E | |
www | |
Perlembagaan | |
Akta Kerajaan Tempatan 1976 | |
sunting ![]() |
Sejarah sunting
Seberang Perai atau Province Wellesley dahulunya menjadi tanah jajahan British pada tahun 1800. Pentadbiran seberang Perai ketika itu berpusat di Pulau Pinang. Dengan keluasan 489.3 kilometer persegi dan bilangan penduduk seramai lebih kurang lima ribu orang, kawasan yang dipenuhi belukar, paya dan hutan ini kemudiannya bertukar kepada pertanian apabila usaha-usaha penerokaan bermula pada tahun 1850.
Setelah Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, keluasan Province Wellesley bertambah menjadi 740.12 kilometer. Kependudukan pula semakin bertambah khususnya di kawasan pusat perdagangan seperti Butterworth dan Bukit Mertajam.
Keluasan Seberang Perai walau bagaimanapun telah dikurangkan kepada 738.41 kilometer persegi kesan daripada perubahan sempadan Sg Muda antara negeri Kedah dan Pulau Pinang.
Pada tahun 1896, Ordinan Perbandaran diperkenalkan yang membolehkan Kerajaan Negeri membuat Undang-Undang untuk mengendalikan hal ehwal awam. Pada tahun 1913, satu ordinan baru telah dikeluarkan yang mana telah memberi kuasa kepada Kerajaan Negeri menubuhkan Lembaga Luar Bandar. Majlis Bandaran Butterworth dan Bukit Mertajam serta Majlis Luar Bandar Utara,Tengah dan Selatan telah ditubuhkan.
Pada tahun 1961, pentadbiran Majlis Bandaran dan Majlis Luar Bandar telah disatukan dibawah satu kuasa Majlis Daerah dan ditadbirkan oleh Majlis Daerah masing-masing. Pada 30 Jun 1974, Akta Kerajaan Tempatan (Peruntukan-Peruntukan Sementara) 1973 telah dikuatkuasakan di seluruh negeri Pulau Pinang. Pada 1 Julai 1974, ketiga-tiga Majlis Daerah Utara, Majlis Daerah Tengah dan Majlis Daerah Selatan, Seberang Perai disatukan dan dikenali sebagai Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan, Seberang Perai.
Pada 15 Disember 1976, melalui pemakaian Akta Kerajaan Tempatan 1976, Lembaga Pengurus Kerajaan Tempatan telah dinaikkan taraf menjadi Majlis Perbandaran Seberang Perai.
Pada 16 September 2019, Majlis Perbandaran Seberang Perai telah dinaiktaraf menjadi Majlis Bandaraya Seberang Perai.[4]
Wakil Rakyat sunting
Ahli Parlimen sunting
- Ahli Parlimen Kepala Batas
- YB Dr. Siti Mastura Muhammad
- Ahli Parlimen Tasek Gelugor
- YB Datuk Wan Saiful Wan Jan
- Ahli Parlimen Bagan
- YB Tuan Lim Guan Eng
- Ahli Parlimen Permatang Pauh
- YB Tuan Muhammad Fawwaz Mat Jan
- Ahli Parlimen Bukit Mertajam
- YB Tuan Sim Chee Keong
- Ahli Parlimen Batu Kawan
- YB Tuan Chow Kon Yeow
- Ahli Parlimen Nibong Tebal
- YB Puan Fadhlina Sidek
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sunting
- ADUN Penaga
- YB Tuan Mohd Yusni Mat Piah
- ADUN Bertam
- YB Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican
- ADUN Pinang Tunggal
- YB Tuan Bukhori Ghazali
- ADUN Permatang Berangan
- YB Tuan Mohd Sobri Saleh
- ADUN Sungai Dua
- YB Tuan Muhammad Fauzi Yusoff
- ADUN Telok Ayer Tawar
- YB Tuan Azmi Alang
- ADUN Sungai Puyu
- YB Puan Phee Syn Tze
- ADUN Bagan Jermal
- YB Tuan Chee Yeeh Keen
- ADUN Bagan Dalam
- YB Tuan Kumaran Krishnan
- ADUN Seberang Jaya
- YB Tuan Izhar Shah Arif Shah
- ADUN Permatang Pasir
- YB Tuan Haji Amir Hamzah
- ADUN Penanti
- YB Tuan Zulkefli Bakar
- ADUN Berapit
- YB Puan Heng Lee Lee
- ADUN Machang Bubuk
- YB Tuan Lee Khai Loon
- ADUN Padang Lalang
- YB Tuan Gooi Zi Sen
- ADUN Perai
- YB Tuan Sundarajoo Somu
- ADUN Bukit Tengah
- YB Tuan Gooi Hsiao-Leung
- ADUN Bukit Tambun
- YB Tuan Goh Choon Aik
- ADUN Jawi
- YB Tuan H'ng Mooi Lye
- ADUN Sungai Bakap
- YB Tuan Nor Zamri Latiff
- ADUN Sungai Acheh
- YB Tuan Rashidi Zinol
Lihat juga sunting
Rujukan sunting
- ^ Direktori MBSP
- ^ Azhar Arshad dilantik Datuk Bandar MBSP baharu mulai 1 Jan
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ Seberang Perai kini berstatus bandar raya