Seberang Perai Selatan

Seberang Perai Selatan ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Sungai Jawi dan bandar terbesarnya ialah Nibong Tebal. Daerah ini juga merupakan salah satu daripada tiga daerah pentadbiran di Seberang Perai, kawasan tanah besar di Pulau Pinang.

Daerah Seberang Perai Selatan
Transkripsi lain
 • MelayuDaerah Seberang Perai Selatan (Rumi)
دايره سبرڠ ڤراي سلاتن (Jawi)
 • Cina威南县 (Ringkas)
威南縣 (Tradisional)
 • Tamilதென் செபராங் பிறை மாவட்டம்
Lokasi Daerah Seberang Perai Selatan
Koordinat: 5°14′N 100°28′E / 5.233°N 100.467°E / 5.233; 100.467Koordinat: 5°14′N 100°28′E / 5.233°N 100.467°E / 5.233; 100.467
Negara Malaysia
Negeri Pulau Pinang
PusatSungai Jawi
Bandar terbesarNibong Tebal
Kerajaan
 • Pihak berkuasa tempatanMajlis Bandaraya Seberang Perai
Keluasan
 • Jumlah242 km2 (93 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[2]
 • Jumlah184,007
Kod kawasan+6-045
Pendaftaran kenderaanP

Pentadbiran sunting

Daerah Seberang Perai Selatan ditadbir oleh Majlis Bandaraya Seberang Perai. Antara bandar dan pekan lain yang terletak dalam daerah ini termasuklah Batu Kawan, Bukit Tambun, Simpang Ampat dan Sungai Bakap. Daerah Seberang Perai Selatan terbahagi kepada 16 mukim;[3]

 
Peta daerah Seberang Perai Selatan
  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 15
  16. Mukim 16
  17. Bandar Nibong Tebal
  18. Bandar Sungai Bakap

Geografi sunting

Daerah Seberang Perai Selatan bersempadan dengan;

Daerah Seberang Perai berkeluasan 242 kilometer persegi. Purata ketinggian daratan daerah ini ialah 29 meter di atas aras laut manakala titik tertinggi mencecah 401 meter, yang terletak di Bukit Panchor, Taman Negeri Bukit Panchor.[4]

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
199184,771—    
2000117,722+38.9%
2010166,685+41.6%
2020184,007+10.4%
Sumber: [5]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Selatan ialah seramai 184,007 orang dengan kepadatan penduduk 760 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Selatan merupakan Bumiputera, dengan peratusan 44 peratus daripada jumlah penduduk.[6]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[6]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Bumiputera 76,598
Cina 65,314
India 30,128
Lain-lain 485
Bukan warganegara - 11,482
Jumlah 184,007

Agama sunting

Di daerah Seberang Perai Selatan, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan 43.3 peratus diikuti agama Buddha sebanyak 33 peratus, agama Hindu sebanyak 15.7 peratus, agama Kristian sebanyak dua peratus dan lain-lain agama sebanyak dua peratus. Penduduk tidak beragama pula sebanyak 0.17 peratus dan hampir empat peratus penduduk tidak diketahui agamanya.[6]

Kemudahan sunting

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Selatan. Terdapat sebanyak 56 buah sekolah di daerah ini;[7]

Jenis sekolah Bilangan
Sekolah Kebangsaan 21
Sekolah Jenis Kebangsaan 18
Sekolah Menengah Kebangsaan 15
Sekolah Menengah Kebangsaan Agama 1
Kolej Vokasional 1

Daerah Timur Laut juga mempunyai 15 buah balai polis, tiga balai bomba, sebuah hospital daerah, klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Rujukan sunting

  1. ^ a b "2017 Q2 statistics" (PDF). Penang Institute (dalam bahasa Inggeris).
  2. ^ "TABURAN PENDUDUK MENGIKUT PBT & MUKIM 2010". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 15 December 2017.
  3. ^ "Kod dan Nama Sempadan Pentadbiran Tanah Pulau Pinang" (PDF). Pusat Infrastruktur Data Geospatial Negara. 2011. Dicapai pada 17 Disember 2023.
  4. ^ "South Seberang Perai District topographic map, elevation, terrain". Topographic maps (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-21.
  5. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  6. ^ a b c "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  7. ^ "Sekolah di PPD Barat Daya-Data Sekolah di Malaysia". myschool.daa-taa.com. Dicapai pada 2023-12-16.