Sungai Bakap
Sungai Bakap merupakan sebuah bandar selatan negeri Pulau Pinang dan tempat kediaman negeri Pulau Pinang, Malaysia hanya 5 km dari Nibong Tebal. Di sini, terdapat banyak bank bagi orang Jawi dan Sungai Bakap. Sungai Bakap juga terletak di kawasan parlimen Nibong Tebal tetapi berhampiran Bukit Mertajam.
Lebih tepat lagi, ia terletak di antara Val d'Or di utara, Jawi di selatan. Bagi kampung pula, Kampung Val d'Or merupakan perkampungan yang utama di sini.
Bagi kampung, Kampung Val d'Or merupakan titik utama dan penting di Sungai Bakap. Sungai Bakap juga merupakan kawasan rehat orang Ipoh dan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang dan Alor Setar. Makanan-makanan yang panas, enak, dan terkenal juga berada di Sungai Bakap ini bagi seluruh rakyat Pulau Pinang.
Sekolah Menengah Jit Sin 2 akan dibuka di Sungai Bakap ini pada masa yang akan datang. Terdapat tiga buah sekolah jenis kebangsaan Cina di Sungai Bakap sekarang.
Perkampungan
- Kampung Jalan Stesen
- Kampung Titi Hitam
- Kampung Masjid Baru
- Kampung Jawi, Sungai Bakap
- Kampung Lima Kongsi
- Kampung Valdor
Sekolah
- Sekolah Kebangsaan Sungai Bakap
- Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Syed Sheh Barakbah
- Sekolah Rendah Agama Ad Diniah
- SJKC Chong Kuang
- SJKC Kampung Jawi, Sungai Bakap
Infrastruktur
- Jejambat Bersejarah Landasan Kereta Api
- Pearl City Mall, Simpang Ampat
- ECO World
Jarak ke bandar berdekatan
- 30 km dari Butterworth
- 9 km dari Simpang Ampat
- 5 km dari Nibong Tebal