Chow Kon Yeow

ahli politik Malaysia

Chow Kon Yeow (Cina ringkas: 曹观友; Cina tradisional: 曹觀友; pinyin: Cáo Guānyǒu; Pe̍h-ōe-jī: Chô Kuan-iú; lahir 14 November 1958) merupakan ahli politik, peguam dan wartawan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5 sejak Mei 2018, Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang (ADUN) bagi Padang Kota sejak Mac 2008 dan Ahli Parlimen (AP) bagi Batu Kawan sejak November 2022. Beliau berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Pakatan Rakyat (PR) dan Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari Mac 2008 hingga kenaikan jawatan Ketua Menteri pada Mei 2018, Ahli Parlimen Tanjong dari November 1999 hingga Mei 2013 dan sekali lagi dari Mei 2018 hingga November 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Pengkalan Kota dari Oktober 1990 sehingga April 1995. Beliau adalah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH dan bekas gabungan PR. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi PH negeri Pulau Pinang sejak Mei 2019 serta Naib Pengerusi Kebangsaan DAP sejak September 2004. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi DAP negeri Pulau Pinang dari 1999 hingga September 2024. Beliau kini merupakan satu-satunya ketua kerajaan negeri bukan Islam dan Cina di antara 13 negeri di Malaysia.[1]

Chow Kon Yeow
曹观友
Chow pada tahun 2019
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5
Menyandang jawatan
14 Mei 2018
GabenorAbdul Rahman Abbas
(2018–2021)
Ahmad Fuzi Abdul Razak
(sejak 2021)
TimbalanAhmad Zakiyuddin Abdul Rahman
(2018–2023)
Ramasamy Palanisamy
(2018–2023)
Mohamad Abdul Hamid
(sejak 2023)
Jagdeep Singh Deo
(sejak 2023)
Didahului olehLim Guan Eng
Kawasan pilihan rayaPadang Kota
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
(Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Alam Sekitar:
13 Mac 2008–8 Mei 2013)

(Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir:
9 Mei 2013–14 Mei 2018)
Dalam jawatan
13 Mac 2008 – 15 Mei 2018
GabenorAbdul Rahman Abbas
Ketua MenteriLim Guan Eng
Didahului olehTeng Hock Nan
(Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas)
Teng Chang Yeow
(Alam Sekitar)
Digantikan olehJagdeep Singh Deo
(Kerajaan Tempatan dan Pengurusan Lalu Lintas)
Zairil Khir Johari
(Tebatan Banjir)
Kawasan pilihan rayaPadang Kota
Pengerusi Pakatan Harapan Pulau Pinang Pertama
Menyandang jawatan
21 Mei 2019
Pengerusi KebangsaanMahathir Mohamad
(2019–2020)
Anwar Ibrahim
(sejak 2020)
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Naib Pengerusi Kebangsaan
Parti Tindakan Demokratik
Menyandang jawatan
4 September 2004
Pengerusi KebangsaanKarpal Singh
(2004–2014)
Tan Kok Wai
(2014–2022)
Lim Guan Eng
(sejak 2022)
Setiausaha AgungLim Guan Eng
(2004–2022)
Anthony Loke Siew Fook
(sejak 2022)
Pengerusi
Parti Tindakan Demokratik Pulau Pinang
Dalam jawatan
1999 – 22 September 2024
TimbalanJagdeep Singh Deo
Setiausaha AgungKerk Kim Hock
(1999–2004)
Lim Guan Eng
(2004–2022)
Anthony Loke Siew Fook
(2022–2024)
Pengerusi KebangsaanLim Kit Siang
(1999–2004)
Karpal Singh
(2004–2014)
Tan Kok Wai
(2014–2022)
Lim Guan Eng
(2022–2024)
Digantikan olehSteven Sim Chee Keong
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Batu Kawan
Menyandang jawatan
19 November 2022
Didahului olehKasthuriraani Patto
(PHDAP)
Majoriti40,400 (2022)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Tanjong
Dalam jawatan
9 Mei 2018 – 19 November 2022
Didahului olehNg Wei Aik
(PR–DAP)
Digantikan olehLim Hui Ying
(PH–DAP)
Majoriti29,599 (2018)
Dalam jawatan
29 November 1999 – 5 Mei 2013
Didahului olehLim Kit Siang (DAP)
Digantikan olehNg Wei Aik
(PR–DAP)
Majoriti4,477 (1999)
4,228 (2004)
18,489 (2008)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Padang Kota
Menyandang jawatan
8 Mac 2008
Didahului olehTeng Chang Yeow
(BNGERAKAN)
Majoriti1,661 (2008)
7,196 (2013)
7,808 (2018)
7,116 (2023)
Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang
bagi Pengkalan Kota
Dalam jawatan
21 Oktober 1990 – 24 April 1995
Didahului olehTeoh Teik Huat (DAP)
Digantikan olehLee Hack Teik
(BN–MCA)
Majoriti3,670 (1990)
Maklumat peribadi
Lahir
Chow Kon Yeow

(1958-11-14) 14 November 1958 (umur 66)
Malaysia Kuala Lumpur, Persekutuan Malaya (kini Malaysia)
Kerakyatan Malaysia
Parti politikParti Tindakan Demokratik (DAP)
Gabungan politik
lain
Gagasan Rakyat (GR)
(1990–1996)
Barisan Alternatif (BA)
(1999–2004)
Pakatan Rakyat (PR)
(2008–2015)
Pakatan Harapan (PH)
(sejak 2015)
PasanganTan Lean Kee
Anak2
Tempat belajarUniversiti Sains Malaysia
Kolej Universiti Tunku Abdul Rahman
SMK Cochrane
TandatanganTandatangan

Pelantikan sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan

sunting

Pada 20 Mac 2022, pada Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Chow telah dipilih semula menjadi Jawatankuasa Eksekutif Pusat dengan 1641 undi, undian tertinggi ke-2, selepas Gobind Singh.[2] Beliau kemudiannya dilantik semula sebagai Naib Pengerusi Kebangsaan di bawah Lim Guan Eng.[3]

Kehidupan peribadi

sunting

Chow dilahirkan pada 14 November 1957 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial (Kepujian) dari Universiti Sains Malaysia (USM). Sebelum menceburi bidang politik, Chow berprofesi sebagai wartawan.[4][5]

Chow berkahwin dengan Tan Lean Kee dan pasangan itu mempunyai dua anak lelaki.

Beliau disahkan positif untuk COVID-19 pada 1 November 2022.

Keputusan pilihan raya

sunting
Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang[6][7][8][9][10]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
1990 N23 Pengkalan Kota Chow Kon Yeow (DAP) 11,336 58.51% Loh Huck Hun (MCA) 7,666 39.56% 19,376 3,670 76.83%
1995 Chow Kon Yeow (DAP) 7,523 44.27% Lee Hack Teik (MCA) 9,036 53.18% 16,993 1,513 78.79%
Khoo Soo Hoe (PBS) 131 0.77%
1999 N22 Padang Kota Chow Kon Yeow (DAP) 5,211 31.10% Teng Chang Yeow (Gerakan) 6,851 40.88% 16,758 1,640 77.01%
2004 N26 Padang Kota Chow Kon Yeow (DAP) 4,584 40.13% Teng Chang Yeow (Gerakan) 6,838 59.87% 11,655 2,254 63.66%
2008 Chow Kon Yeow (DAP) 6,449 57.14% Teng Chang Yeow (Gerakan) 4,788 42.42% 11,507 1,661 68.89%
2013 Chow Kon Yeow (DAP) 9,563 80.03% Oh Tong Keong (Gerakan) 2,367 19.81% 12,078 7,196 78.56%
2018 Chow Kon Yeow (DAP) 9,278 85.75% H'ng Khoon Leng (Gerakan) 1,470 13.59% 10,961 7,808 75.72%
Goh Saik Wei (MUP) 71 0.66%
2023 Chow Kon Yeow (DAP) 8,261 87.83% H'ng Khoon Leng (Gerakan) 1,145 12.17% 9,406 7,116 62.02%
Parlimen Malaysia[6][7][9][10]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
1999 P048 Tanjong Chow Kon Yeow (DAP) 23,437 54.00% Cheang Chee Gooi (Gerakan) 18,960 43.68% 43,403 4,477 70.85%
2004 P049 Tanjong Chow Kon Yeow (DAP) 21,652 55.41% Ooi Swee Hing (Gerakan) 17,424 44.59% 39,793 4,228 68.72%
2008 Chow Kon Yeow (DAP) 28,248 74.14% Keow Veon Szu (Gerakan) 9,759 25.61% 38,734 18,489 72.82%
2018 Chow Kon Yeow (DAP) 34,663 87.25% Ng Siew Lai (Gerakan) 5,064 12.75% 39,727 29,599 80.90%
2022 P046 Batu Kawan Chow Kon Yeow (DAP) 50,744 73.72% Wong Chia Zhen (Gerakan) 10,344 15.03% 88,812 40,400 77.50%
Tan Lee Huat (MCA) 7,145 10.38%
Ong Chin Wen (WARISAN) 450 0.65%
Lee Ah Liang (PRM) 148 0.22%

Anugerah

sunting
  •   Malaysia :
    •   Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII (2024)

Rujukan

sunting
  1. ^ "Chow Kon Yeow to be Penang CM - Nation". www.thestar.com.my. The Star Online. Dicapai pada 2018-05-12.
  2. ^ "Gobind receives highest votes in DAP polls". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-20.
  3. ^ "Anthony Loke is new DAP secretary-general; Lim Guan Eng made chairman". The Edge Markets. 2022-03-20. Dicapai pada 2022-03-25.
  4. ^ "So into politics". The Star (Malaysia). 22 April 2008. Dicapai pada 31 Disember 2009.
  5. ^ "So into politics - The Star". The Star. Pakatan Rakyat Penang. 22 April 2008. Dicapai pada 31 Disember 2009.
  6. ^ a b "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 1 Mei 2010.
  7. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  8. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Mei 2017. Dicapai pada 24 Mac 2017.
  9. ^ a b "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2020. Dicapai pada 17 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  10. ^ a b "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 Mei 2018. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
Jawatan politik
Didahului oleh
Lim Guan Eng
Ketua Menteri Pulau Pinang ke-5
2018 - kini
Pemegang jawatan kini

Pautan luar

sunting