Ahli Dewan Undangan Negeri
Badan perundangan |
---|
Sebahagian siri Politik |
Portal Politik ยท sunting |
Di Malaysia, Ahli Dewan Undangan Negeri atau ADUN ialah wakil yang dipilih oleh para pengundi sebuah kawasan pilihan raya negeri ke Dewan Undangan Negeri. Pemilihan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri diadakan setiap lima tahun, sempena dengan Pilihan Raya Umum Malaysia untuk Ahli Parlimen. Namun negeri Sarawak mengadakan pilihan raya berasingan bagi memilih ahli dewan undangannya.
Ahli Dewan Undangan Negeri biasanya disebut ADUN manakala Dewan Undangan Negeri dikenali sebagai DUN. Mereka disebut sebagai wakil rakyat dengan gelaran rasmi Yang Berhormat atau dikenali juga dengan singkatan YB.
Isi kandungan
Bilangan ahliSunting
Perlembagaan Malaysia memperuntukkan pemilihan sejumlah 576 Ahli ke Dewan-dewan Undangan Negeri seperti berikut:
Fungsi ahliSunting
SemasaSuntingPada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12, sebanyak 505 kerusi Dewan Undangan Negeri dipertandingkan di seluruh Negara kecuali Sarawak yang memilih untuk mengadakan pemilihan secara berasingan. RujukanSunting |