Kabinet Malaysia

badan pentadbiran dan eksekutif tertinggi bagi Kerajaan Persekutuan Malaysia
(Dilencongkan dari Jemaah Menteri)

Kabinet Malaysia atau Jemaah Menteri (Tulisan Jawi: جماعه منتري) ialah sebuah badan eksekutif kerajaan Malaysia. Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan merupakan sebuah majlis menteri-menteri yang bertanggungjawab kepada Parlimen. Seperti yang diperuntukkan dalam Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan Malaysia, anggota Kabinet hanya boleh dipilih daripada mana-mana Majlis Parlimen iaitu Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara. Kebiasaannya, Yang di-Pertuan Agong melantik semua menteri atas nasihat Perdana Menteri. Namun begitu, seorang Perdana Menteri hendaklah dilantik terlebih dahulu dari Dewan Rakyat.[1][2]

Anggota Kabinet sering dilantik daripada majlis terendah bagi Parlimen, Dewan Rakyat Malaysia. Walaupun Timbalan Menteri dan/atau Setiausaha Parlimen dilantik mengikut setiap portfolio, tetapi mereka tidak termasuk dalam Kabinet. Kabinet seringkali bermesyuarat secara mingguan, setiap Rabu.[3]

Barisan kabinet, dan jumlah portfolionya bergantung besar terhadap kehendak Perdana Menteri.

Gaji pokok seorang menteri kabinet ialah RM14,907.20 manakala timbalannya mendapat RM10,847.65 sebulan.[4]

Kabinet Malaysia yang terkini

Kabinet terbaharu telah diumumkan pada 2 Disember 2022 oleh Perdana Menteri ke-10, Dato Seri Anwar Ibrahim.

Menteri

Berikut merupakan senarai menteri yang dilantik di bawah kabinet ini. [5]Senarai Kementerian di Malaysia

Portfolio Pemegang Potret Parti Kawasan Parlimen
Perdana Menteri YAB Dato Seri Anwar Ibrahim
 
PH (PKR) Tambun
Timbalan Perdana Menteri YAB Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
 
BN (UMNO) Bagan Datuk
YAB Dato Sri Fadillah Yusof
 
GPS (PBB) Petra Jaya
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas YB Datuk Armizan Mohd Ali
 
GRS (Keahlian terus GRS) Papar
Undang-Undang dan Reformasi Institusi YB Dato Sri Azalina Othman Said
 
BN (UMNO) Pengerang
Hal Ehwal Agama YB Senator Datuk Dr. Mohd Naim Mokhtar
 
Bebas Senator
Menteri Pengangkutan YB Tuan Anthony Loke
 
PH (DAP) Seremban
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Datuk Seri Haji Mohamad Sabu
 
PH (AMANAH) Kota Raja
Menteri Ekonomi YB Tuan Rafizi Ramli
 
PH (PKR) Pandan
Menteri Pembangunan dan Kerajaan Tempatan YB Tuan Nga Kor Ming
 
PH (DAP) Teluk Intan
Menteri Pertahanan YB Dato Seri Mohamad Hasan
 
BN (UMNO) Rembau
Menteri Kerja Raya YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi
 
GPS (PBB) Kapit
Menteri Dalam Negeri YB Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail
 
PH (PKR) Senator
Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri YBM Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz
 
BN (UMNO) Senator
Menteri Pendidikan Tinggi YB Dato Seri Mohamed Khaled Nordin
 
BN (UMNO) Kota Tinggi
Menteri Sains dan Teknologi YB Tuan Chang Lih Kang
 
PH (PKR) Tanjong Malim
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Dato Sri Nancy Shukri
 
GPS (PBB) Santubong
Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad
 
PH (PKR) Setiawangsa
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Datuk Ewon Benedick
 
PH (UPKO) Penampang
Menteri Luar Negeri YB Senator Dato Seri Dr. Zambry Abdul Kadir
 
BN (UMNO) Senator
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Dato Sri Tiong King Sing
 
GPS (PDP) Bintulu
Menteri Komunikasi dan Digital YB Tuan Ahmad Fahmi Fadzil
 
PH (PKR) Lembah Pantai
Menteri Pendidikan YB Puan Fadhlina Sidek
 
PH (PKR) Nibong Tebal
Menteri Perpaduan YB Datuk Aaron Ago Dagang
 
GPS (PBB) Kanowit
Menteri Belia dan Sukan YB Puan Hannah Yeoh Tseow Suan
 
PH (DAP) Segambut
Menteri Sumber Manusia YB Tuan V. Sivakumar
 
PH (DAP) Batu Gajah
Menteri Kesihatan YB Dr. Zaliha Mustafa
 
PH (PKR) Sekijang
Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
 
BN (UMNO) Bagan Datuk
Menteri Perladangan dan Komoditi YAB Dato Sri Fadillah Yusof
 
GPS (PBB) Petra Jaya
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup YB Datuk Armizan Mohd Ali
(Pemangku)
 
GRS (Keahlian terus GRS) Papar

Timbalan Menteri

Berikut merupakan senarai timbalan menteri yang dilantik di bawah kabinet ini.

Portfolio Pemegang Potret Parti Kawasan Parlimen
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas YB Wilson Ugak Kumbong
 
GPS (PRS) Hulu Rajang
Undang-Undang dan Reformasi Institusi YB Ramkarpal Singh
 
PH (DAP) Bukit Gelugor
Timbalan Menteri Ekonomi YB Hanifah Hajar Taib
 
GPS (PBB) Mukah
Timbalan Menteri Kewangan YB Ahmad Maslan
 
BN (UMNO) Pontian
YB Steven Sim Chee Keong
 
PH (DAP) Bukit Mertajam
Timbalan Menteri Pertahanan YB Adly Zahari
 
PH (AMANAH) Alor Gajah
Timbalan Menteri Luar Negeri YB Mohamad Alamin
 
BN (UMNO) Kimanis
Timbalan Menteri Pengangkutan YB Hasbi Habibollah
 
GPS (PBB) Limbang
Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan YB Chan Foong Hin
 
PH (DAP) Kota Kinabalu
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri YB Liew Chin Tong
 
PH (DAP) Iskandar Puteri
Timbalan Menteri Komunikasi Digital YB Teo Nie Ching
 
PH (DAP) Kulai
Timbalan Menteri Kerja Raya YB Abdul Rahman Mohamad
 
BN (UMNO) Lipis
Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah YB Rubiah Wang
 
GPS (PBB) Kota Samarahan
Timbalan Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan YB Akmal Nasrullah Mohd Nasir
 
PH (PKR) Johor Bahru
Timbalan Menteri Dalam Negeri YB Shamsul Anuar Nasarah
 
BN (UMNO) Lenggong
Timbalan Menteri Kesihatan YB Lukanisman Awang Sauni
 
GPS (PBB) Sibuti
Timbalan Menteri Pendidikan YB Lim Hui Ying
 
PH (DAP) Tanjong
Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi YB Mohammad Yusof Apdal
 
WARISAN Lahad Datu
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi YB Siti Aminah Aching
 
BN (UMNO) Beaufort
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat YB Raj Munni @ Aiman Athirah
 
PH (AMANAH) Sepang
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup YB Senator Fuziah Salleh
 
PH (PKR) Senator
Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi YB Arthur Joseph Kurup
 
BN (PBRS) Pensiangan
Timbalan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim YB Huang Tiong Sii
 
GPS (SUPP) Sarikei
Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi YB Senator Saraswathy Kandasami
 
PH (PKR) Senator
Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya YB Khairul Firdaus Akbar Khan
 
GRS (Keahlian terus GRS) Batu Sapi
Timbalan Menteri Belia dan Sukan YB Adam Adli
 
PH (PKR) Hang Tuah Jaya
Timbalan Menteri Sumber Manusia YB Mustapha Sakmud
 
PH (Keadilan) Sepanggar

Perubahan

Di bawah Kabinet Anwar :

Berdasarkan perubahan yang dibuat di bawah Kabinet Anwar.

Rujukan

  1. ^ Hj. Mohd Jali, Nazaruddin, Redzuan, Ma'arof, Abu Samah, Asnarulkhadi & Hj. Mohd Rashid, Ismail (2003). Malaysian Studies: Nationhood and Citizenship (Kajian Malaysia: Kenegaraan dan Kewarganegaraan), m.s. 73. Pearson Malaysia. ISBN 983-2473-91-8.
  2. ^ Perlembagaan Persekutuan Malaysia. "Perkara 43. Jemaah Menteri.".
  3. ^ Funston, John (2001). "Malaysia: Developmental State Challenged". In John Funston (Ed.), Government and Politics in Southeast Asia, pp. 173–175. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies.
  4. ^ "MPs can earn up to RM10,000 per month". The Star Online. 20 Mei 2013. Dicapai pada 20 Mei 2013.
  5. ^ "Senarai penuh Kabinet Kerajaan Perpaduan". Berita Harian. 2022-12-02. Dicapai pada 2022-12-02.


Pautan luar


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.