Yang Berhormat Dato' Sri Nancy binti Shukri (lahir 5 Ogos 1961) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan kini menyandang jawatan sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.[2] Beliau juga turut merupakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam Kabinet pada tahun 2013.[3][4][5]


Nancy Shukri

SSAP (Pah); PNBS, PGBK (Swk); KMN
ننسي بنت شكري
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
TimbalanRaj Munni Sabu
Didahului olehRina Mohd Harun
Kawasan pilihan rayaSantubong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Santubong, Sarawak
Memegang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehWan Junaidi Bin Tuanku Jaafar
Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Dalam jawatan
30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriDato' Sri Ismail Sabri Yaakob
TimbalanDato' Sri Dr. Edmund Santhara Kumar Ramanaidu
Digantikan olehTiong King Sing
Kawasan pilihan rayaBatang Sadong
Dalam jawatan
10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin
TimbalanDatuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (2020)
Guan Dee Koh Hoi (2021)
Didahului olehDatuk Mohamaddin Ketapi
Kawasan pilihan rayaBatang Sadong
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batang Sadong, Sarawak
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 10 Oktober 2022
Didahului olehAdenan Satem (PBBBN)
Digantikan olehRodiyah Sapiee
Majoriti5,425 (2008)
11,260 (2013)
12,328 (2018)
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 10 Mei 2018
RajaAbdul Halim
Muhammad V
Perdana MenteriNajib Razak
TimbalanRazali Ibrahim
Didahului oleh1. Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
2. Mah Siew Keong
Digantikan olehAzalina Othman Said
Kawasan pilihan rayaBatang Sadong
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Dalam jawatan
12 Mei 2016 – 27 Jun 2016
RajaAbdul Halim
Perdana MenteriNajib Razak
TimbalanKosong
Didahului olehDouglas Uggah Embas
Digantikan olehMah Siew Keong
Kawasan pilihan rayaBatang Sadong
Butiran peribadi
LahirNancy binti Shukri
(1961-08-05) 5 Ogos 1961 (umur 62)
Kuching, Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia)
Parti politik Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional Barisan Nasional (BN) (sehingga 2018)
Gabungan Parti Sarawak (GPS) (2018-kini)
Perikatan Nasional (PN) (2020-2022)
PasanganKamil Misuari
Anak-anak3
KediamanKuching, Sarawak, Malaysia
Alma materUniversiti Hull
PekerjaanAhli politik
GajiRM79,347.83 sebulan[1]
Nilai bersihRM1 ke 2.5 juta[1]
Laman web rasminancyshukribatangsadong.blogspot.com

Kehidupan awal sunting

Keluarga sunting

Nancy dilahirkan pada 5 Ogos 1961 di Kuching, Sarawak kepada Shukri Mahidi dan Bibi McPherson. Beliau berketurunan Iban-Cina-Scotland-Melayu-Melanau. Beliau telah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Kini mereka menetap di Jalan Menggeris Taman Serira, Petra Jaya, 93050 Kuching, Sarawak.[6][7]

Abangnya, Daniel Shukri, meninggal dunia pada 17 Februari 2016 akibat kanser tekak.[8][9]

Pendidikan sunting

Beliau ialah pemegang Sarjana Eksekutif Pentadbiran Perniagaan UiTM - Universiti OHIO (1998) (Beta Gamma Sigma Kehormat Anugerah); Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dengan Kepujian dari Universiti Hull, UK (1990); Diploma Pentadbiran Awam ITM Shah Alam (1985); Sijil Pelajaran Malaysia, Hijau Jalan Sekolah Menengah Green Road (1976-1978).

Beliau pernah menghadiri pelbagai kursus profesional seperti Kursus Kepimpinan di peringkat antarabangsa (2004-2012); Persidangan Dunia Wanita 2004 Tasmania, Australia; Kepimpinan dan Pengurusan untuk wanita (1995) Singapura; Pengauditan Dalaman Sistem Pengurusan Alam Sekitar (2000); Prosedur Disiplin Dan Perhubungan Perusahaan (1997); Latihan Pemimpin Pasukan 2006 Pengambilan Minit (2001) Singapura.

Kerjaya sunting

Beliau terpilih sebagai Ahli Parlimen Batang Sadong (2008-PRU13); Pegawai Undang-Undang, Ketua Bahagian Undang-Undang Dewan Bandaraya Kuching Utara (1992-2003); Akaun Pemeriksa, Jabatan Pembangunan Koperasi Sabah (tahun 1985-1987); Pensyarah Bahagian-Masa; Jurulatih untuk Perkhidmatan Latihan dan Perundingan NS.

Selain itu beliau dilantik sebagai Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat Pengurusan Penyelidikan Perhutanan (FRIM) (Julai 2010-Jun 2011); Pengerusi Lembaga Penasihat Arkib Negara Malaysia; Ahli Lembaga Penasihat Harta Intelek Malaysia (2008-2010, 2010-2012); Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen ;Ahli Parlimen Semakan Akta dan Peraturan; Ahli Jawatankuasa Inter Parliamentary Union dan Naib Pengerusi Jawatankuasa Mahkamah Jenayah Kebangsaan (Parliamentary Global Action).

Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan sunting

Pada 9 Mac 2020, Yang Berhormat Dato' Sri Nancy telah dilantik sebagai Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan.[2] Beliau menyandang jawatan tersebut bermula 10 Mac 2020.[2] Pada waktu itu, Nancy menggalas tugas berat ekoran sektor pelancongan yang telah terjejas ketika berdepan dengan penularan Pandemik COVID-19 di Malaysia. Pada bulan Julai 2020, beliau menjangkakan sektor pelancongan domestik akan bangkit semula pada masa terdekat dengan adanya pematuhan tinggi rakyat terhadap perlaksanaan prosedur operasi standard (SOP).[10]

Politik sunting

Nancy menjadi Penolong Setiausaha Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak ; Setiausaha Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak dan Setiausaha Pergerakan Wanita Barisan Nasional.

Pilihan raya Malaysia 2008 sunting

Dalam pilihan raya umum 2008, Nancy bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Batang Sadong, negeri Sarawak. Beliau telah menang dengan mendapat undi sebanyak 8183.

Calon lawan ialah Piee Bin Ling dari PKR mendapat 2,758 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 66.2%. Undi rosak sebanyak 170.

Aktiviti sosial sunting

Antaranya beliau terlibat sebagai Pengerusi Kokus Parlimen Wanita Malaysia (2008 hingga sekarang); Pengerusi Persekutuan Perkumpulan Wanita Sarawak (2003-2005, 2009-2012); Ahli Seumur Hidup Angkatan Zaman Mansang Sarawak; Ahli Jawatankuasa MITSA (Mara Institute of Technology Sarawak Alumni); Ahli Institut Pengurusan Malaysia.[11]

Media lain sunting

Televisyen sunting

Pada 18 Julai 2020, Nancy Shukri menjadi tetamu khas dalam program Money Matters terbitan TV3.

Tahun Tajuk Peranan Nota
2020 Money Matters Dirinya Sebagai tetamu khas

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[12]
Tahun Kawasan pilihan raya Undi Peratusan Lawan Undi Peratusan Majoriti
2008 Batang Sadong Nancy Shukri (PBB) 8,183 74.79% Piee Ling (PKR) 2,758 25.21% 5,425
2013 Nancy Shukri (PBB) 13,277 86.81% Mohamad Jolhi (PKR) 2,017 13.19% 11,260
2018 Nancy Shukri (PBB) 14,208 83.25% Othman Mustapha @ Mos (PKR) 1,880 11.02% 12,328
Asan Singkro (PAS) 978 5.73%

Penghargaan sunting

  •   Malaysia :
    •   Kesatria Mangku Negara (KMN) (2010)

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Portal Pengisytiharan Harta". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Ogos 2020. Dicapai pada 23 Oktober 2020.
  2. ^ a b c "Nancy menteri pelancongan". www.bharian.com.my. 2020-03-09. Dicapai pada 2020-03-10.
  3. ^ "Nancy Shukri Is Minister in the Prime Minister's Department". www.bernama.com.my. 15 May 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-03. Dicapai pada 16 May 2013.
  4. ^ "'Benazir Bhutto', 'Sofia Jane' Tags Spice Up BN Campaign in Batang Sadong". Bernama. 27 February 2008. Dicapai pada 12 April 2010.
  5. ^ "Nancy binti Haji Shukri, Y.B. Puan Hajah". Parlimen Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-12-11. Dicapai pada 11 December 2009.
  6. ^ "HON. NANCY SHUKRI". GIS 2017accessdate=11 January 2017.
  7. ^ "Putting women first". The Star. Star Publications (Malaysia). 9 April 2008. Dicapai pada 12 April 2010.
  8. ^ Goh Pei Pei (17 Februari 2016). "Nancy Shukri's brother dies of cancer". New Straits Times. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Oktober 2016. Dicapai pada 28 Oktober 2016.
  9. ^ "Nancy Shukri's brother". The Sun, Malaysia. 17 Februari 2016. Dicapai pada 28 Oktober 2016.
  10. ^ "Pelancongan domestik dijangka bangkit lebih awal - Nancy". www.bharian.com.my. 2020-07-18. Dicapai pada 2020-07-20.
  11. ^ Hajah Nancy Haji Shukri Diarkibkan 2013-03-04 di Wayback Machine Arkib Negara Malaysia.
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 12 April 2010. Percentage figures based on total turnout.
  13. ^ "Nancy Shukri terima gelaran 'Datuk Seri'". Bernama (dalam bahasa Malay). Free Malaysia Today. 24 October 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-01-09. Dicapai pada 8 September 2018.CS1 maint: unrecognized language (link)
  14. ^ "TPM ketuai senarai penerima anugerah darjah kebesaran sambutan Hari Jadi TYT Sarawak ke-80". Mohd Zahir Haqim. Sarawakvoice.com. 10 September 2016. Dicapai pada 8 September 2018.
  15. ^ Ahmad Urai, Abdul Karim dan Pandelela antara penerima darjah kebesaran TYT Sarawak

Pautan luar sunting