Mohamaddin Ketapi

Ahli politik Malaysia

Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Haji Ketapi merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah. Beliau merupakan mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Silam (2018 - 2019) sebelum dinamakan semula sebagai Lahad Datu, Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerusi Lahad Datu dari tahun 1986 hingga 1990.

YB Datuk

Mohamaddin Haji Ketapi

PGDK (Sabah) AP
Mohammadin Ketapi (2019).jpg
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
Muhammad V
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.jpg Bendera BERSATU.svg Mahathir Mohamad
TimbalanPakatan-harapan-logo.jpg Bendera Parti Keadilan Rakyat PKR 4975x2490 px.svg Muhammad Bakhtiar Wan Chik
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Nazri Aziz
Digantikan olehYang Berhormat Dato' Sri Hajah Nancy binti Shukri
Kawasan pilihan rayaSilam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Lahad Datu (sebelumnya Silam), Sabah
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Nasrun Mansur
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Segama
Memegang jawatan
26 September 2020
Didahului olehConstituency Created
Majoriti2,168 (2020)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Lahad Datu
Dalam jawatan
1986–1990
Didahului olehBarisan Nasional.png Usno.PNG Askalanai Abdul Rahim
Butiran peribadi
Lahir (1957-06-03) 3 Jun 1957 (umur 63)
Lahad Datu, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Parti politikParti Bersatu Sabah (sejak 1985)
Sabah Heritage Party Logo.png Parti Warisan Sabah (2018–)
PasanganDatin Zarinah Mohammad Ibrahim
PekerjaanMenteri
Ahli politik
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai

Politik

Beliau menyokong perintah berkurung yang dikenakan di timur Sabah untuk memerangi jenayah merentasi sempadan sempadan yang dilakukan oleh penyamun dari selatan Filipina yang berdekatan.[1] Beliau juga didakwa berketurunan Tawi-Tawi Filipina.[petikan diperlukan]

Isu dan kontroversi

Pada 20 September 2020, dalam satu ceramah di Kampung Wawasan, Lahad Datu sempena kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16, Mohamaddin yang juga calon di N61 Segama telah memberi ucapan yang berbaur penghinaan dalam ceramahnya terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia, khususnya yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu 2013. Dalam ucapannya, Mohamaddin menyatakan bahawa krisis tersebut hanyalah suatu "sandiwara bohong" yang direka sempena pilihan raya umum negara pada masa itu.[2]

Namun begitu, beliau menafikan bahawa beliau telah menghina anggota keselamatan dalam ceramahnya dan juga mendakwa pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional dan beberapa parti tempatan Sabah telah memutarbelitkan ucapannya itu sehingga berlakunya isu ini, tetapi telah meminta maaf atas kesilapannya itu. Ucapan tersebut ditentang oleh orang ramai dan disifatkan sebagai biadab dan memperlekehkan golongan pertahanan awam negara.[2] Ucapan tersebut juga diletakkan di bawah siasatan pihak polis Sabah.[3]

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

Beliau telah bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah dan memenangi kerusi Silam ke atas penyandangnya, Nasrun Mansur dari Barisan Nasional.[4]

Parlimen Malaysia: P188 Silam, Sabah[5]
Year Kerajaan Votes Pct Pembangkang Votes Pct
2018 Nasrun Mansur (UMNO) 16,951 27.8%2 Mohammadin Ketapi (WARISAN) 23,352 38.3%2
Nota:
Jadual tidak termasuk undi untuk calon yang selesai di tempat ketiga atau lebih rendah.
2 % Yang digunakan untuk pilihan raya 2018.

Pilihan raya negeri Sabah 2020

Dewan Undangan Negeri Sabah[6]
Tahun Kerusi Undi Pct Lawan Undi Pct Jumlah undi Majoriti Turnout
2020 N61 Segama, P188 Lahad Datu Mohammadin Ketapi (WARISAN) % Aljen Johnny (BERSATU) % %
Kamarudin Mohmad Chinki (PCS) %
Jikamisah Abdul Salam (USNO Baru) %
Sahidin Rabaha (PPRS) %
Nicholas Voo Vune Kett (LDP) %
Mohd Basari Abdul Gapar (GAGASAN) %
Kamis Burhan (Bebas) %

Anugerah

  •   Sabah :
    •   Darjah Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Rujukan

  1. ^ Sea curfew still needed
  2. ^ a b Sabapatty, Kumara (21 September 2020). "Mohamaddin biadab, hina pasukan keselamatan negara – Ismail Sabri". Malaysia Gazette. Diarkib daripada yang asal pada 22 September 2020. Dicapai pada 22 September 2020.
  3. ^ Hassan, Assim (22 September 2020). "PRN Sabah: Polis siasat Mohamaddin Ketapi". Astro Awani. Dicapai pada 22 September 2020.
  4. ^ Warisan sapu bersih Parlimen Silam
  5. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 26 May 2018. Parameter |deadurl= yang tidak diketahui diendahkan (bantuan)
  6. ^ "N53 Senallang". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020.

Pautan luar