Silam

Mukim di Lahad Datu

Silam merupakan sebuah kawasan Mukim yang terletak di Daerah Lahad Datu, Sabah, Malaysia. Di belakangnya terdapat sebuah Gunung yang dipanggil Gunung Silam.

Silam
Pemandangan Teluk Darvel dari Gunung Silam
Pemandangan Teluk Darvel dari Gunung Silam
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
DaerahLahad Datu
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Lahad Datu
 • DUNYang Berhormat Datuk Dumi Pg. Masdal (Parti Warisan) (Silam)
Zon waktuMST
Kawasan KejirananSapagaya dan Madai

Etimologi sunting

 
Kampung Silam, Lahad Datu

Silam bermaksud Islam oleh penduduk awal di sana. Ini kerana, Silam merupakan kawasan pertama direkodkan yang menerima Agama Islam di Lahad Datu, oleh Suku Kaum Idahan iaitu penduduk Asal Silam dan majoriti penduduk Silam pada hari ini adalah Islam.

Sejarah Silam sunting

Mengikut Sejarah Silam, Silam merupakan pusat pentadbiran dan penempatan awal di Daerah Lahad Datu, Beberapa daerah di sekitar Silam juga pernah berada di bawah pentadbiran Silam. Antaranya ialah daerah Kunak dan Semporna yang ditubuhkan pada 10 Mei tahun 1887. Namun disebabkan faktor perbelanjaan dari segi pentadbiran, pusat pentadbiran di Semporna telah diletakkan di bawah Silam.

Pekan Silam telah diserang oleh kuasa tertentu pada ketika itu. Mengakibatkan ramai orang lari ke Lahad Datu, Kunak dan Semporna. Yang hanya tinggal di Pekan Silam, kini Kampung Silam Lama hanya Batu Asas Bandar Silam.

 
Teluk Kennedy, Silam

Kemudahan Awam sunting

 
Sekolah Rendah Kebangsaan Kampong Silam

Sekolah Kebangsaan Kampong Silam merupakan institusi pendididikan rendah yang terdapat di sini.

  1. Sekolah Kebangsaan Kampung Silam
  2. Sekolah Kebangsaan Kennedy Bay
  3. Sekolah Kebangsaan Payang

Perkampungan sunting

  1. Kampung Baburahmah
  2. Kampung Bumiputera
  3. Kampung Diwata
  4. Kampung Lamak Silam
  5. Kampung Pangkalan Silam
  6. Kampung Silam
  7. Kampung Silam Camp
  8. Kampung Sri Aman
  9. Kampung Tampenau
  10. Kampung Teluk Soaiun

Tempat Menarik dan Kawasan Pelancongan sunting

Terdapat banyak tempat - tempat menarik yang terdapat di Kawasan Silam ini contohnya seperti :-

 
Gerbang Menara Kayangan Gunung Silam, Lahad Datu

Kawasan Pilihan raya sunting

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kawasan Parlimen P188 'Silam' telah dimenangi oleh Salleh Bin Kalbi yang bertanding atas tiket BN/UMNO.Beliau mendapat 18,111 undi dengan majoriti 9,792. Pencabar beliau iaitu Hashbullah Bin Imam Ohang dari PKR mendapat 8,319 sahaja.