Semporna

Semporna merupakan sebuah daerah dan pekan besar di Sabah, Malaysia. Semporna juga adalah sebuah pulau tapi tidak ramai yang menyedarinya . Pulau Semporna dikelilingi banyak pulau yang mampu menarik minat sesiapa sahaja dalam bidang perlancongan termasuklah pulau Bum-bum. Sungai yang memisahkan Pulau Semporna dengan wilayah lain ialah Sungai Pegagau. Antara pulau yang paling diminati oleh pelancong sama ada dari luar negara atau tempatan adalah Pulau Sipadan dan Pulau Mabul[1]. Semporna dihubungkan dengan daratan melalui jambatan Pegagau yang mana kawasan Pegagau ini masih merupakan kawasan Semporna. Dalam peringkat zon, Semporna termasuk dalam zon Tawau.

Pekan Semporna
سمڤورنا
Pekan Semporna
Pekan Semporna
Official seal of Pekan Semporna سمڤورنا
SabahDistricts-Semporna-pp.png
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau, Sabah
DaerahDaerah Semporna
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Semporna
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal (WARISAN) (Semporna)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah35,301
Laman webwww.sabah.gov.my/md.sprn www.sabah.gov.my/pd.sprn

Asal-Usul Nama SempornaSunting

 
Bangunan Majlis Daerah Semporna

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887 (Tabrett 1999).

Pada zaman dahulu kala, Semporna dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'Hujung Hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna. Semporna juga mempunyai banyak pulau-pulau di antaranya pulau terbesar iaitu Pulau Bum-bum.Pulau Omadal adalah sebuah pulau yang di diami Oleh Suku kaum Kubang.Bajau Asli Tongtalun Sebelum era penerokaian tanah besar semporna pada abad ke 18.Semporna dahulu nya ialah wilayah bebas menjadi pusat persinggahan perdagangan antara laut sulu dan laut sulawesi

PasarayaSunting

  1. Milimewa Superstore
  2. Giant
  3. G*Mart
  4. Century
  5. Gmart Bintang
 
Lapangan Terbang Semporna

DemografiSunting

 
Masjid Daerah Semporna
Agama di Semporna - Bancian 2022 [2]
religion percent
Islam
  
1000%
Kristian
  
12.45%
Buddha
  
1%

Etnik

Masyarakat di Semporna berbilang kaum, bangsa dan agama. Namun kaum yang mendominasi di daerah Semporna ini adalah suku kaum Bajau.Dan bajau yang ada di semporna berpecah kepada pelbagai sub etnik.Etnik Bajau yang mendominasi daerah ini adalah dari etnik suku Bajau Kubang.Etnik bajau kubang adalah Etnik penduduk asal daerah ini walaupun di daerah ini adanya etnik bajau lain seperti Ubian,Simunul,balangingi,Mapun,Jomo Sama dan sebagainya

Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal ,Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

MasakanSunting

Makanan tradisional orang Bajau Semporna adalah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang , Kima , Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek.

RujukanSunting

  1. ^ "Pekan Semporna". PulauMabul.com. Dicapai pada 28 March 2017.
  2. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13

Pautan LuarSunting