Daerah Semporna

Daerah di Sabah, Malaysia

Semporna merupakan sebuah daerah di Bahagian Tawau, tenggara negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Semporna. Kebanyakan penduduk daerah Semporna merupakan masyarakat berbangsa Bajau, yang terdiri daripada pelbagai kumpulan sub-etnik termasuklah Bajau Kubang, Omadal, Ubian dan Simunul.

Daerah Semporna
سمڤورنا
Peta daerah Semporna
Peta daerah Semporna
Jata Daerah Semporna سمڤورنا
Lokasi Daerah Semporna سمڤورنا
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Tawau
Pusat pentadbiranPekan Semporna
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Semporna
 • Pegawai daerahAlexander Liew
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Haji Apdal (WARISAN) (Semporna)
Keluasan
 • Jumlah1,149 km2 (444 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah166,587
 • Kepadatan140/km2 (380/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSD
ST (1980-2018)
SW (2018-)
Laman sesawang[1]

Etimologi sunting

Nama Semporna berasal daripada perkataan Simporna yang bermaksud 'tempat untuk berehat' atau 'tempat yang tenang'. Nama Simporna ini diberi oleh seorang Gabenor Inggeris, iaitu W.M Crocker apabila beliau dan beberapa orang rakannya termasuklah seorang pedagang China yang bernama Toonah menemui daerah tersebut pada pertengahan tahun 1887.

Semporna dahulunya dikenali sebagai Tong Talun yang bererti 'hujung hutan' dalam Bahasa Bajau. Nama Tong Talun ini diberi oleh masyarakat Bajau Kubang yang merupakan suku kaum utama di kawasan Semporna.[2]

Pentadbiran sunting

Daerah Semporna berada di bawah pentadbiran Majlis Daerah Semporna yang berpusat di Pekan Semporna. Daerah Semporna juga dibahagikan kepada 13 buah mukim;

  • Mukim Bum-Bum Selatan
  • Mukim Bum-Bum Utara
  • Mukim Denawan
  • Mukim Lihak-Lihak
  • Mukim Pegagau
  • Mukim Pulau
  • Mukim Semporna Bandar 1
  • Mukim Semporna Bandar 2
  • Mukim Simunul
  • Mukim Sisipan
  • Mukim Sulabayan
  • Mukim Tagasan
  • Mukim Tampi-Tampi

Geografi sunting

Daerah Semporna terletak di tenggara Bahagian Tawau, negeri Sabah, bersempadan dengan;

Bentuk muka bumi Daerah Semporna ialah sedikit berbukit di kawasan daratannya manakala kawasan pesisir pantai pula merupakan kawasan tanah rendah yang dikelilingi oleh lautan dan kepulauan kecil. Titik tertinggi di Daerah Semporna ialah Gunung Tannabalu yang mencapai ketinggian 620 meter dan Sungai terpanjang pula adalah Sungai Pegagau. Daerah Semporna juga dikelilingi dengan 49 buah pulau. Pulau yang terbesar adalah Pulau Timbun Mata.

Demografi sunting

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Semporna ialah seramai 166,587 orang dengan kepadatan penduduk 140 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[3] Majoriti penduduk di daerah Semporna merupakan Bumiputera termasuklah etnik Bajau, Suluk dan Melayu.[4][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[3]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 3,826
Bumiputera lain 96,868
Cina 1,007
India 79
Lain-lain 960
Bukan warganegara - 63,847
Jumlah 166,587

Agama sunting

Agama di Semporna - Bancian 2022 [5]
Agama Peratus
Islam
  
97.1%
Kristian
  
1.3%
Tidak beragama
  
1.1%
Buddha
  
0.4%
 
Masjid di Semporna

Di daerah Papar, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 70 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 26 peratus dan Agama Buddha sebanyak tiga peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Semporna (2020)
Agama Jumlah penduduk
Islam 161,797
Kristian 2,084
Tidak beragama 1,882
Buddha 663
Hindu 86
Lain-lain 74

Kemudahan sunting

 
Sekolah menengah di Semporna

Daerah Semporna dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 41 buah sekolah rendah, sembilan buah sekolah menengah, tujuh buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, dua buah klinik kesihatan, satu klinik komuniti dan lapan klinik desa di sekitar daerah.

Budaya sunting

 
Latok

Makanan tradisional masyarakat Bajau di Semporna termasuklah seperti Sagul, Putu Ubi, Egang, Kima, Latok, Tayum, dan Tehek-Tehek. Semporna juga terkenal sebagai tuan rumah acara lumba dayung Regatta Lepa (lumba perahu kecil) yang dijalankan pada April setiap tahun dan juga tarian tradisional masyarakat Bajau iaitu tarian Igal-Ιgal, Βolak-Βolak dan Ďaling-Ďaling masyarakat Βajau di daerah ini

Rujukan sunting

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Info Semporna". Majlis Daerah Semporna. Dicapai pada 18 April 2024.
  3. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan :0 tidak disediakan
  5. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13

Pautan luar sunting