Suku Suluk dikenal sebagai (Tausūg, Tausug, atau Joloano dalam Bahasa Sepanyol dan Chavacano) adalah Orang Austronesia yang menetap terutama di Kepuluan Sulu dan menetap di daratan Mindanao seperti Zamboanga, Davao , Cotabato, dan Pulau Palawan di Filipina[7] dan kawasan pantai timur Sabah, khususnya di daerah Sandakan, Tawau, Semporna, Kunak, Kudat, Lahad Datu, dan Mereka juga terdapat di beberapa kawasan lain di Sabah yang mempunyai komuniti Muslim yang signifikan. Walaupun fakta itu, mereka terdapat penduduk yang signifikan ditemukan di Indonesia, khususnya di Wilayah Kalimantan Utara, tempat-tempat seperti Nunukan dan Tarakan.[8][9][10][11]

Tausūg
Suluk
Joloano
Tau Sūg
تَو سُوگْ
Wanita Tausug menari pangalay
Wanita Tausug menari pangalay
Jumlah penduduk
s. 1.9–2.2 million[a]
Kawasan ramai penduduk
 Filipina1,615,823[1]
 Malaysia209,000[2]–500,000[3][4]
 Indonesia12, 000[5][6]
Bahasa
Bahasa ibunda
Bahasa Suluk
Dan juga
Bahasa Bajau (Simunul, Ubian, Pangutaran, Pantai Timur, Kagayan-Mapun, Balangigi) • Bahasa Chavacano • Bahasa Visaya (Cebuano) • Filipina (Tagalog Piawai) • Bahasa Inggeris (di Filipina dan Malaysia) • Melayu Sabah • Bahasa Malaysia • Bahasa Indonesia
Agama
Banyaknya Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Visaya, Moro lain,
Orang Austronesia lain

Bahasa

sunting

Bahasa Suluk (Bahasa Tausug) adalah bahasa utama yang dituturkan oleh etnik ini. Bahasa ini tergolong dalam keluarga bahasa Austronesia dan mempunyai persamaan dengan bahasa-bahasa di selatan Filipina, khususnya di wilayah Sulu dan Mindanao.

Majoriti etnik Suluk beragama Islam, dan Islam memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan budaya mereka. Mereka mengamalkan tradisi dan adat resam yang selari dengan prinsip-prinsip Islam.

Pekerjaan Tradisional

sunting

Secara tradisional, etnik Suluk terlibat dalam aktiviti perikanan, pertanian, dan perdagangan. Mereka juga terkenal dengan kemahiran dalam bidang pelayaran dan perkapalan. Di Sabah, ramai yang terlibat dalam sektor perikanan dan perniagaan kecil-kecilan.

Kesenian dan Kebudayaan

sunting

Etnik Suluk mempunyai warisan kesenian yang kaya, termasuk tarian tradisional seperti *Pangalay* (tarian yang menekankan pergerakan tangan dan kaki yang lembut). Jari jemari penari wanita di Kenakan (Janggay) Mereka juga terkenal dengan muzik tradisional yang menggunakan alat-alat seperti *kulintangan* (sejenis gong) dan *gabbang* (xylophone kayu).

Busana Tradisional

sunting

Pakaian tradisional Suluk untuk lelaki dikenali sebagai *Badjuh Lapi*,seluar Kupot,  manakala wanita memakai *Biyatawi*. Pakaian ini sering dipakai semasa majlis-majlis rasmi atau upacara adat.

Makanan Tradisional

sunting
 
Satti (sate jenis Suluk) disajikan dengan sup kacang dan Ta'mu, sejenis nasi dibungkus dalam daun kelapa.
 
Giyataan Kabasi, sejenis hidangan Suluk.
 
Tiyula' itum.

Makanan tradisional Suluk termasuk *tiyula itum* (sup daging berwarna hitam yang dimasak dengan herba dan rempah khas), *piyanggang* (ayam panggang dengan santan dan rempah), kilau ista' (pialam) junay, (Jah) penyaram dan Palih kambing * dan bukayu Patolakan, Hantak durul , panganan (sejenis kuih tradisional), appam (sejenis apam baik), dan banyak lagi.

Adat dan Tradisi

sunting

Etnik Suluk mempunyai adat dan tradisi yang kuat, terutama dalam hal perkahwinan, Upacara perkahwinan mereka sering melibatkan adat untuk memeriahkan, mencerminkan nilai-nilai kekeluargaan dan kemasyarakatan yang tinggi.

Hubungan Sosial

sunting

Etnik Suluk terkenal dengan sifat keramahan dan kemesraan mereka. Mereka sangat menghargai hubungan kekeluargaan dan sering mengadakan majlis-majlis keramaian untuk mengukuhkan hubungan sosial.

Pengaruh Sosial

sunting

Walaupun masih mengekalkan banyak tradisi dan adat resam, etnik Suluk di Sabah juga telah menerima pengaruh moden dalam pelbagai aspek kehidupan, termasuk pendidikan, ekonomi, dan teknologi.

Etnik Suluk di Sabah telah wujud sejak berabad-abad lamanya, dengan kehadiran mereka di rantau ini berkait rapat dengan sejarah perdagangan dan Pengaruh lain

Kewujudan Suku Suluk Sama (seperti suku Bajau dan Iranun) telah wujud sejak zaman ini.

Pejuang Suluk, Muhammad Salleh, adalah seorang pemimpin tempatan yang berpengaruh. Mat Salleh berasal dari keturunan Sulu dan merupakan seorang ketua suku yang berpengaruh di Sabah, khususnya di kawasan Kudat.

Pada era sebelum kewujudan British, pantai timur Sabah di bawah pengelolaan Kesultanan Brunei dan Kesultanan Sulu,

Pada akhir abad ke-19, Sabah berada di bawah penjajahan British, yang pada ketika itu dikenali sebagai Negeri-negeri Selat dan kemudian menjadi sebahagian daripada Negeri-Negeri Borneo. British telah memperoleh hak untuk mentadbir Sabah melalui perjanjian dengan Sultan Sulu dan Sultan Brunei pada tahun 1878, yang memberi hak kepada syarikat British, British North Borneo Company, untuk menguruskan wilayah tersebut.

Namun, penubuhan pemerintahan kolonial British di Sabah membawa kepada ketegangan antara penduduk tempatan dan pihak penjajah. Mat Salleh, sebagai pemimpin suku Suluk di Sabah, membantah pengenalan cukai dan peraturan yang dikenakan oleh British terhadap penduduk tempatan. Sebagai reaksi terhadap sekatan dan penindasan oleh pihak British, Mat Salleh memimpin pemberontakan menentang pemerintah kolonial British pada tahun 1894.

Mat Salleh memerintah kawasan yang dikuasainya, dan beliau dianggap sebagai pejuang yang memperjuangkan kebebasan dan hak-hak orang tempatan. Namun, pemerintahan beliau bukanlah pemerintahan rasmi yang diiktiraf oleh British. Sebaliknya, beliau lebih dikenali sebagai seorang pemimpin yang berusaha untuk menentang dan menghalang pengaruh penjajahan British di kawasan itu.

Perjuangan Mat Salleh berterusan selama beberapa tahun sebelum beliau akhirnya ditangkap dan dibunuh oleh pasukan British pada tahun 1900. Sehingga kini, Mat Salleh dikenang sebagai salah seorang pejuang yang berani menentang penjajahan di Sabah.#Alfatihah

Antara faktor yang menyebabkan Kesultanan Sulu Berkait rapat dengan Kesultanan Brunei,

1. Hubungan Kekeluargaan dan Perkahwinan

Salah satu sebab utama ialah hubungan keluarga dan perkahwinan antara kesultanan Sulu dan Brunei. Pada satu ketika, Sultan Sulu mengahwini seorang puteri Brunei, yang meningkatkan pengaruh Sulu di Brunei.

2. Penaklukan dan Bantuan Ketenteraan

Pada abad ke-17, Kesultanan Sulu pernah memberikan bantuan ketenteraan kepada Kesultanan Brunei untuk menangkis serangan-serangan daripada pihak luar, termasuk serangan dari pihak Sepanyol dan pihak-pihak lain yang mahu menguasai wilayah tersebut. Sebagai balasan atas bantuan ini, Sulu memperoleh hak pengaruh terhadap wilayah tertentu di Brunei.

3. Perebutan Kuasa dalam Kesultanan Brunei Ketegangan dan perebutan kuasa dalam Kesultanan Brunei pada masa itu juga memberi peluang kepada Kesultanan Sulu untuk memperluas pengaruhnya. Salah satu peristiwa yang terkenal ialah apabila Sultan Sulu, Sultan Bantilan, membantu salah seorang calon sultan Brunei untuk merebut takhta. Dalam beberapa kes, pengaruh Sulu di Brunei semakin kuat berikutan kejayaan mereka dalam pertempuran dan sokongan yang diberikan.

4. Pengaruh Ekonomi dan Perdagangan

Kesultanan Sulu memiliki kedudukan strategik dalam perdagangan maritim antara Filipina, Borneo, dan kawasan-kawasan lain di Asia Tenggara. Oleh itu, mereka dapat memanfaatkan kedudukan ini untuk memperluas pengaruh dan mengukuhkan kedudukan mereka di wilayah Borneo, termasuk Brunei.

dan kemudian dilaksanakan oleh pihak British melalui syarikat yang dikenali sebagai "British North Borneo Company" (Syarikat Borneo Utara British). Cukai dikutip pada masa itu sebagai satu cara untuk menampung perbelanjaan kerajaan dan juga untuk memperkenalkan sistem ekonomi moden di kawasan tersebut.

Zaman Moden (Selepas Kemerdekaan Malaysia) dalam Penguasaan TUN MUSTAPHA Datu Harun.

- Selepas Sabah menyertai Malaysia pada tahun 1963, Suku Suluk termasuk dan di angkat menjadi sebahagian daripada Bumiputera Orang asal Sabah,Sama seperti  Anak negeri Sabah lainnya, Suku Suluk  telah menyumbang kepada pembangunan ekonomi, sosial, dan budaya Sabah, terutamanya dalam sektor Kerajaan perikanan, pertanian, dan perdagangan.

- Hari ini, suku  Suluk di Sabah terus mengekalkan identiti budaya mereka sambil berintegrasi dengan masyarakat moden.

Sungguhpun suku Suluk dikaitkan dengan Beberapa kontroversi di mata Umum, Namun Hal itu bukan Atas Kemahuan dan sokongan majoriti suku Suluk, melainkan itu adalah pergolakan politik Filipina,(Pinoy)  yang giat aktif bersama kambing hitamnya untuk Menuntut Sabah, dan Mengancam Kedaulatan negara,

Pinoy (Filipina Sentiasa Mempengaruhi pemikiran Orang Orang Sulu Untuk Mengklaim Sabah, berlakunya perang besar besaran di Sulu sehingga mengakibatkan pelarian Filipina yang di selamatkan oleh tun Mustapha itu adalah Mangsa Filipina (Pinoy) atas tidak kesetujuan Masyarakat Sulu, Menyerah'kan aset Nenek moyang mereka, Untuk di Manfaat kolonial britisih, Maka Kerajaan filipina atas kekuasaan Ferdenant Marcos telah Mencetuskan perang besar besaran Untuk Membunuh Bangsa Tausug (Masyarakat Sulu),

Asal-usul istilah

sunting

Tausūg

Tausug berasal daripada dua suku kata "Tau" (disebut Ta'u) bermaksud "orang" dan "Sūg" bermaksud "Arus". "Orang Arus" maka bolehlah diertikan sebagai orang yang menongkah arus atau orang yang pekerjaannya ada kaitan dengan pasang surut air laut. Diketahui Kepulauan Sulu terdiri daripada ratusan pulau yang mana pekerjaan penduduknya ialah nelayan dan memungut hasil laut seperti mutiara, agar-agar laut, gamat serta menjalankan perniagaan secara barter antara Borneo Utara (Sabah) dan Zamboanga dan kawasan lain di Nusantara.

Perkataan "Sulog" atau Sulug pula berasal daripada bahasa Bajau yang bererti arus. Lantaran itu, sebutan Sulog/Suluk sebenarnya daripada kosa kata orang-orang Bajau yang menggelar suku bangsa gabungan beberapa sub-etnik ini sebagai orang Sulog ataupun orang arus. Orang-orang Bajau yang mengiringi Raja-raja Minangkabau-Johor seperti Raja Baguinda (Sulu), Sharriful Hashim (Sulu), Sharif Alawi, Sharif Kabungsuan (Mindanao) dan Sharif Ali (Brunei) atau dikenali sebagai Shariff Pituh atau Wali Tujuh telah bergabung dan sama-sama mengharungi arus lautan yang akhirnya bertemu di Pulau Sulog yang ertinya Pulau Arus. Oleh itu, orang-orang yang mendiami Pulau ini dikenali sebagai Tau-Sug atau orang arus dan Pulau yang mereka diami dikenali sebagai Pulau Sulog atau Pulau Arus.

Satu lagi tafsiran perkataan Tausug ialah "Tau Maisug". "Maisug" bermaksud pemberani iaitu "Orang Yang Berani". Sebagaimana Sepanyol mengakuinya begitu juga tentera Amerika Syarikat malah Ferdinand Marcos sendiri bermati-matian memerangi kaum ini dengan mengisytiharkan undang-undang tentera di Mindanao dan Sulu. Oleh sebab itu gelaran "Juramentado" (Berani Mati) ialah gelaran Sepanyol kepada Tausug. Salah satu bukti keberanian orang Suluk ini adalah seperti yang dinyatakan oleh Prof. Cesar.

"Perwira-perwira Islam yang setelah menjalani upacara "keagamaan" dan menunaikan sembahyang semalaman dengan pendeta (Guru Agama - pent.) pada esok harinya akan menyerbu dan menyerang pelanggar-pelanggar Kristian dengan keazaman membunuh seberapa ramai musuh dan mereka ini tidak dijangkakan akan pulang dengan selamat. Harapan yang tinggi bagi perwira-perwira yang sanggup berkorban ini untuk mendapatkan balasan syurga"

Suluk

Asal dan Permulaan istilah Suku Suluk.

1878 dalam perjanjian Sulu dalam jawi disebut Suluk atau Solok merujuk Kesultanan Sulu ,negeri Suluk@Solok bukan membawa maksud bangsa Suku Suluk.

1889 British masih pakai istilah Sooloo merujuk suku kaum bagi maksud Suluk hari ini.

Dalam Ordinan 1952 barulah dinyatakan sebagai suku Suluk Sabah.

Bermakna penggunaan istilah Suluk merujuk suku kaum telah lewat digunapakai iaitu pra pembentukan Malaysia 1963.

Bagaimana suluk dapat namanya itu adalah dari nama Kesultanan Sulu atau dari Negeri Suluk itu sendiri. Suluk merujuk negeri solok atau kesultanan Sulu.

Apakah nama Suluk sebelumnya 1952, seperti dalam keratan catitan British tertera iaitu orang Sooloo ,jika dalam bahasa Sug yang biasa Suluk sebutkan adalah orang Sug atau Taosug. Suluk dulu adalah Taosug. Tiada perlu dokumen seperti sekarang.

Jika Asree Eladji menggunakan istilah Solok@Suluk merujuk sejarah orang Sulu di Melaka atau di selatan Filipana dan dimana saja, itu tidak tepat kerana zaman dulu tidak ada suku bangsa bernama Suluk. Perkataan Suluk @solok pada catitan perjanjian 1878 misalnya merujuk sebuah negeri bukan satu suku bangsa. Penggunaan nama Suluk sebagai suku bangsa adalah bermula 1952 dalam ordinan pra pembentukan Malaysia 1963.

Jadi asal istilah Suluk adalah gelaran yang diberikan oleh pemerintah zaman dahulu yang Melihat satu suku kaum peribumi Di Borneo' Sabah yang sibuk beribadah mendekatkan diri pada tuhan.Maka pemerintah zaman dahulu memberi gelaran suku ini dengan nama(suluk).

Suluk secara harfiahnya bererti Menempuh(jalan).Dalam kaitannya dengan agama islam dan sufisme, Kata suluk bererti menempuh jalan (Kerohanian) untuk menuju Allah.

Oleh sebab itu, hanya dinegeri Sabah digunakan penggunaan nama bangsa suluk tidak digunakan difilipina atau kerajaan sultan sulu.

Pemerintah zaman dahululah yang memberikan gelaran tersebut kepada suku kaum suluk peribumi di Borneo sabah pada ketika itu, dan sehinggalah sekarang masih digunakan penggunaan nama tersebut di sabah Malaysia.Dan agama rasmi bangsa suluk adalah islam.

Kebudayaan

sunting
 
Pakaian tradisi orang Tausug dengan parang Sulu (Barong) di pinggang dan kain ridah disangkut di bahu
 
Pertunjukan Pahlawan Tausug

Orang Suluk atau Tausug merupakan pelayar cekap dan dikenali dengan kapal berwarna-warni mereka, vinta. Mereka juga pahlawan handal dan mahir bertukang. Selain itu, mereka juga terkenal dengan tarian Pangalay (juga dikenali sebagai Daling-Daling di Sabah). Selain itu, tarian yang jarang-jarang dipertontonkan ialah tarian "mengiluk" yang ditarikan oleh orang Suluk di Sabah khususnya di Sandakan.

Tokoh-tokoh Suluk yang terkenal

sunting
 
Sitti Navarro dikenal sebagai Sitti, seorang penyanyi Filipina berketurunan Suluk dan Sama, berprestasi di US-Philippine Expo di Pomona, California. Dia beragama Kristian
 
Sultan Jamalul Kiram II dengan adiknya, diterbitkan oleh Bain News Service.
 
Datu Mat Salleh, seorang palahwan asal dari Inanam yang memimpin pemberontakan lawan pemerintahan British di Borneo Utara sehingga kematiannya.
 
Datu Tun Mustapha bin Harun, yang di-Pertua Negeri Sabah pertama dan ketua Menteri Sabah ke-3.
 
Juhar bin Mahiruddin, yang di-Pertua Negeri Sabah ke-10. Dia berketurunan Kadazan-Dusun yang separa.
 
Omar bin Musa, seorang pengarang, penyair, dan rapper, Sekarang bertinggal di Australia.
 
Nur Misuari, ketua Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro atau Moro National Liberation Front.

Tokoh-tokoh Suluk yang lain

sunting
 
Santanina Rasul, seorang ahli senat Filipina perempuan Moro pertama.
 
Maria Lourdes Sereno, ketua hakim ke-24 Mahkamah Agung Filipina. Dia beragama Kristian.
 
Abdusakur Mahail Tan, gabenor Wilayah Sulu, Filipina.
  • Hadji Kamlon, pejuang dan palahwan asal dari Sulu,Filipina.
  • Yong Muhajil, seorang youtuber dan vlogger, juara ke-3 rancangan realiti Pinoy Big Brother: Lucky 7.
  • Min Yasmin, penyanyi asal dan dilahirkan di Johor Bahru.
  • Darhata Sawabi, seorang tukang tenun Filipina yang dikenal untuk pis siyabit, sejenis kain tradisional Suluk. Dia penerima Anugerah Khazanah Hidup Negara Filipina.[12]

Sumber dan rujukan

sunting
  1. ^ "Ethnicity in the Philippines (2020 Census of Population and Housing)". National Statistics Office. Philippine Statistics Authority. July 4, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada July 4, 2023. Dicapai pada February 4, 2025.
  2. ^ Maraining, Amrullah; Othman, Zaini; Mohd Radzi, Marsitah; Abdul Rahim, Md Saffie (December 31, 2018). "Komuniti Suluk dan Persoalan Migrasi: 'Sirih Pulang ke Gagang'" [The Community of Sulu and the Issue of Migration]. Jurnal Kinabalu. 24: 44. doi:10.51200/ejk.v24i.1678 (Tidak aktif 6 March 2025).CS1 maint: DOI inactive as of Mac 2025 (link)
  3. ^ Patricia Regis; Anne Lasimbang; Rita Lasimbang; J. W. King. "Introduction to Integration of Indigenous Culture into Non-Formal Education Programmes in Sabah" (PDF). Ministry of Tourism and Environmental Development, Partners of Community Organisations (PACOS), Kadazandusun Language Foundation and Summer Institute of Linguistics, Malaysia Branch, Sabah. Asia-Pacific Cultural Centre for UNESCO (Japan). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada August 28, 2016. Dicapai pada August 28, 2016.
  4. ^ Johari, Shafizan (March 9, 2013). "Cara hidup orang Suluk di Lahad Datu" [The way of life of the Suluk people in Lahad Datu]. Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada December 28, 2024. Dicapai pada February 4, 2025.
  5. ^ Zudiant, Hardian (1981). "Languages of Indonesia". Ethnologue.
  6. ^ Zulyani Hidayah (28 April 2020). A Guide to Tribes in Indonesia: Anthropological Insights from the Archipelago. Springer Nature Singapore Pte.Ltd. m/s. 322. ISBN 978-981-15-1834-8.
  7. ^ Anudin, Ali (2019-09-01). "Ethnolinguistic vitality assessment of the Tausug language of Zamboanga City". Dissertations.
  8. ^ "Languages of Indonesia | PDF | Java | Bali". Scribd (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-04-08.
  9. ^ koranpalpres.com. "Suku-suku di Provinsi Kalimantan Utara: Ada Suku Tidung yang Gambarnya ada di Uang Pecahan Rp75.00,00". koranpalpres.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-04-08.
  10. ^ "Kalimantan Utara Archives". Indonesia Kaya. Dicapai pada 2025-04-08.
  11. ^ Bola.com (2022-11-29). "Daftar Suku Bangsa dari Setiap Provinsi di Indonesia". bola.com (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 2025-04-08.
  12. ^ Tobias, Maricris Jan. "GAMABA: Darhata Sawabi". National Commission for Culture and the Arts (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 25 February 2022. Dicapai pada 2021-04-02.

Pautan luar

sunting