Buka menu utama

Kepulauan Sulu adalah rantaian pulau-pulau di barat daya Filipina. Kepulauan ini dianggap sebagai sebahagian daripada Tanah Moro oleh pergerakan pemberontak tempatan. Pulau-pulau ini tertumpu di Laut Sulawesi.[1]

Kepulauan Sulu
Geografi
LokasiAsia Tenggara
KepulauanFilipina
Pentadbiran
Demografi
Populasi1,300,000

Kebanyakannya menganggap pulau-pulau ini sebagai sebahagian dari tinggalan jambatan antara Borneo dan Filipina yang terbentuk secara semulajadi pada zaman dahulu. Namun, para ilmuwan menganggap ia hanyalah terhasil daripada plat tektonik yang menyengetkan dasar laut sehingga pulau-pulau ini terhasil.[2][3]

Basilan, Jolo, dan pulau-pulau lain tergolong dalam kawasan gunung berapi aktif.[3] Pulau-pulau ini juga merupakan laluan penting bagi penghijrahan burung.

Bandar-bandar terbesar di pulau ini terletak pada Maimbung dan juga Jolo.

Kepulauan ini juga merupakan tanah asal bagi orang Tausug, termasuk juga bagi orang Orang Samal dan Bajau. Bahasa Tausug dituturkan secara meluas di kepulauan ini sebagai bahasa pertama, dan juga kedua bagi seluruh pulau-pulau ini. Bahasa Yakan lebih dituturkan terutamanya di Pulau Basilan.

RujukanSunting