Bahagian di Malaysia
Bahagian ialah bahagian pentadbiran pertama bagi wilayah Sabah dan wilayah Sarawak di Malaysia Timur. Setiap bahagian dibahagikan kepada daerah-daerah, berbeza dengan negeri di Semenanjung Malaysia yang mana daerah merupakan bahagian pentadbiran pertama bagi negeri secara umumnya. Setiap kawasan bahagian di Sarawak dan Sabah masing-masing diketuai oleh seorang Pegawai Residen (Resident Officer), manakala setiap kawasan daerah pula diketuai oleh seorang Pegawai Daerah (District Officer).

Sabah Dibawah Bayu
sunting
Bahagian semasa di Sabah secara umumnya diwariskan daripada bahagian pentadbiran di bawah Syarikat Berpiagam Borneo Utara. Berikutan pemerolehan Borneo Utara di bawah piagam diraja yang dikeluarkan pada 1881, bahagian pentadbiran yang diperkenalkan oleh Baron von Overbeck telah disambung dengan penubuhan dua keresidenan merangkumi Keresidenan Pantai Barat dan Keresidenan Pantai Timur. Pejabat kedua-dua residen terletak di Sandakan, tempat di mana gabenor berpangkalan. Setiap residen, sebaliknya, telah dibahagikan kepada beberapa daerah yang diuruskan oleh seorang pegawai daerah.[note 1][1]
Seiring perkembangan Borneo Utara, bilangan keresidenan telah meningkat kepada lima termasuk: Keresidenan Tawau (juga dikenali sebagai Keresidenan Pantai Timur), Keresidenan Sandakan, Keresidenan Pantai Barat, Keresidenan Kudat, dan Keresidenan Pedalaman; daerah-daerah tersebut pada mulanya dinamakan sempena nama ahli lembaga: Alcock, Cunlife, Dewhurst, Keppel, Dent, Martin, Elphinstone, Myburgh dan Mayne. Residen-residen kanan menduduki Sandakan dan Pantai Barat, sementara tiga residen yang lain dengan keresidenan kelas kedua ditempatkan di Pedalaman, Pantai Timur dan Kudat. Residen Sandakan dan Pantai Barat ialah anggota Majlis Undangan, dewan perundangan bagi syarikat.[2]
Bahagian-bahagian dalam keresidenan diselenggara apabila Borneo Utara menjadi Jajahan Mahkota selepas Perang Dunia Kedua. Pada 16 September 1963, dengan pembentukan Malaysia, Borneo Utara yang mana kemudiannya menjadi negeri Sabah mengambil alih struktur pentadbiran melalui Ordinan Unit Pentadbiran. Pada masa yang sama, Yang di-Pertua Negeri, ketua negeri bagi Sabah, telah diberikan kuasa oleh pemasyhuran untuk membahagikan negeri kepada bahagian dan daerah.[note 2] Pemansuhan istilah keresidenan yang digantikan kepada istilah bahagian dilakukan pada 1976.[3]
Hari ini, bahagian di Sabah hanya untuk makna formal dan tidak lagi membentuk tahap pentadbiran sendiri. Jawatan residen juga dihapuskan, sementara pentadbiran perbandaran Sabah diletakkan di tangan pegawai daerah. Setakat 2022, bahagian-bahagian di Sabah kekal lima buah iaitu Pantai Barat, Pedalaman, Kudat, Sandakan, dan Tawau.
Peta wilayah Sabah
sunting
Sarawak Bumi Kenyalang
sunting
- Bahagian Kuching
- Bahagian Samarahan
- Bahagian Sri Aman
- Bahagian Sibu
- Bahagian Miri
- Bahagian Limbang
- Bahagian Sarikei
- Bahagian Kapit
- Bahagian Bintulu
- Bahagian Mukah
- Bahagian Betong
- Bahagian Serian
Peta wilayah Sarawak
suntingGaleri
sunting-
Topografi Malaysia Borneo.
Lihat juga
suntingCatatan
sunting- ^ Jawatan asal pada mulanya ialah majistret bertanggungjawab.
- ^ Pemasyhuran paling terkini ialah pada 2023: Administrative Divisions Proclamation 2022 Diarkibkan 16 Julai 2024 di Wayback Machine.
Rujukan
sunting- ^ Tregonning 1965, m/s. 51.
- ^ Owen Rutter (1922). "British North Borneo - An Account of its History, Resources and Native Tribes". Constable & Company Ltd, London. Internet Archive. m/s. 157. Dicapai pada 3 November 2017.
- ^ "Interpretation and General Clauses Enactment 1963 [Enactment No. 19/1978] — valid from 1 January 1979" (PDF). Sabah State Attorney's General Chambers. 1963. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 13 September 2016. Dicapai pada 3 November 2017.