Buka menu utama

Bahagian Sri Aman ialah salah satu darpada 12 bahagian pentadbiran di Sarawak, Malaysia. Pusat pentadbirannya terletak di bandar Sri Aman. Ia terdiri daripada dua daerah pentadbiran: Sri Aman dan Lubok Antu.

Bahagian Sri Aman
Bahagian Sarawak
Logo rasmi Bahagian Sri Aman
Sarawaksriaman.png
Lokasi Pejabat BahagianSri Aman
Kerajaan TempatanMajlis Daerah Sri Aman (MDSA)
Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA)
Keluasan
 • Jumlah5,466.7 km2 (2,110.7 batu persegi)
Penduduk
(2010[1])
 • Jumlah93,379
 • Kepadatan17/km2 (44/batu persegi)
ResidenJonathan Lugoh
Awalan Plet LesenQB

SejarahSunting

Sri Aman pernah menjadi sebahagian daripada Bahagian Pertama di Sarawak yang meliputi Kuching. Sri Aman dahulunya dikenali sebagai Simanggang. Nama Sri Aman diambil bersempena peristiwa bersejarah Deklarasi Sri Aman yang merupakan suatu perjanjian keamanan di antara kerajaan dan pengganas komunis. Perjanjian ini ditandatangani pada 21 Oktober 1973. Bagi memperingati peristiwa tersebut, pada 19 Mac 1974 rumah rehat kerajaan yang dikenali sebagai Rumah Simanggang dinamakan semula sebagai Rumah Sri Aman. Rumah tersebut merupakan lokasi deklarasi ditandatangani.

Bahagian dan daerah Simanggang turut dinamakan semula sebagai Sri Aman. Penukaran nama ini dikuatkuasakan melalui SWK.L.N.42/80 of Part 11 of Sarawak Government Gazette di bawah tajuk Simanggang (Change of Name) Order 1980. [2]

DemografiSunting

Jumlah penduduk di Bahagian Sri Aman adalah sebanyak 93,379 orang. Penduduknya yang berbilang kaum meliputi kaum Iban, Melayu, dan Cina sebagai penduduk majoriti.

EkonomiSunting

Sebagai kawasan pertanian yang terbesar di Sarawak, sumber ekonomi utama di bahagian ini adalah aktiviti pertanian. Terdapat juga aktiviti pelancongan seperti pelancongan eko dan pelancongan budaya yang penting untuk ekonomi tempatan.

Taman NegaraSunting

Di sini terdapat dua taman negara iaitu:

RujukanSunting

  1. ^ "Laporan Kiraan Permulaan 2010". Jabatan Perangkaan Malaysia. m/s. iv. Dicapai 24 January 2011. 
  2. ^ "SEJARAH SRI AMAN". Pentadbiran Bahagian Sri Aman. Dicapai 9 September 2016. 

Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.