Buka menu utama


Lubok Antu ialah sebuah daerah di Bahagian Sri Aman, di Sarawak, Malaysia. Ia berbatasan dengan Badau, di Kalimantan Barat, Indonesia. Sebilangan besar penduduknya merupakan kaum Iban. Aktiviti ekonomi utama di daerah ini adalah aktiviti pertanian.

Lubok Antu
Daerah Sarawak
Bendera Lubok Antu
Mohor rasmi Lubok Antu
Lubok Antu yang terletak di Malaysia
Lubok Antu
Lubok Antu
Lokasi di Malaysia
Koordinat: 1°3′0″N 111°50′0″E / 1.05000°N 111.83333°E / 1.05000; 111.83333
Negara Malaysia
Negeri Sarawak
BahagianBahagian Sri Aman
DaerahLubok Antu
Kerajaan
 • PentadbiranMajlis Daerah Lubok Antu
 • PengerusiEncik Jack Aman Luat
Keluasan
 • Jumlah3,142.55 km2 (1,213.35 batu persegi)
Penduduk
(2010[1])
 • Jumlah27,363
 • Kepadatan8.7/km2 (23/batu persegi)
Poskod
95900
Awalan Kod Panggilan Antarabangsa+6083 (Talian tetap)
Laman webMajlis Daerah Lubok Antu http://www.lubokantudc.sarawak.gov.my/

EtimologiSunting

Nama Lubok Antu dikatakan berasal daripada peristiwa peperangan yang sering berlaku dalam kalangan masyarakat Iban pada suatu masa dahulu. Peperangan yang berlaku menyebabkan banyak kehilangan nyawa dan mayat-mayat yang terkorban dihanyutkan arus deras dari hulu Sungai Batang Ai ke suatu lubuk di hilir sungai. Tiada siapa yang berani menguruskan mayat-mayat yang telah tersadai di lubuk tersebut. Lubuk di mana mayat tersadai itu pula mula dianggap berpuaka oleh penduduk tempatan, maka lahirlah nama Lubok (lubuk) Antu (hantu/puaka).[2]

Terdapat juga cerita lagenda masyarakat setempat mengenai asal-usul nama Lubok Antu. Menurut lagenda tersebut, suatu ketika dahulu ada dua orang adik-beradik bernama Chiri dan Jampi. Suatu hari, mereka pergi Ngamboh parang (Nempek parang). Sekembalinya dari ngamboh, mereka telah terserempak dengan Bunga Nuing iaitu Orang Panggau atau Orang Kayangan. Mereka dicabar oleh Bunga Nuing untuk beradu ketajaman parang. Dalam peraduan itu Bunga Nuing telah mansap (menetak) batu yang terdapat di tepi sebuah lubuk. Bunga Nuing yang menetak batu tersebut bukanlah golongan manusia biasa dan masyarakat tempatan pada masa itu pun beranggapan bahawa lubuk tersebut ada berpuaka atau berhantu. Semenjak itu, daerah ini secara keseluruhan telah dikenali sebagai Lubok Antu.[3] Batu yang ditetak oleh Bunga Nuing masih ada sehingga sekarang.

SejarahSunting

Lubok Antu telah wujud seawal era penjajahan sekitar awal tahun 1800an. Menurut orang-orang tua, 2-3 buah kedai pertama yang didirikan dahulu terletak berdekatan dengan Klinik Kesihatan Lubok Antu sekarang. Lokasinya kira-kira 20 meter dari tebing Sungai Batang Ai. Kedai-kedai tersebut memenuhi keperluan penduduk yangnya yang terdiri daripada komuniti Cina, Melayu dan Iban yang kebanyakannya tinggal di sepanjang sungai Batang Ai, Sungai Engkari dan Sungai Lemanak.[4] Pada masa kini, kedai-kedai tersebut telah dipindahkan ke lokasi lain.

Sekitar tahun 80an, program penempatan semula penduduk dijalankan di Lubok Antu bagi memberi ruang kepada pembangunan empangan hidroelektrik pertama Sarawak.

DemografiSunting

Etnik dan AgamaSunting

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik di Daerah Lubok Antu, Malaysia, 2010.[1]

Etnik Jumlah
Melayu 806
Iban 24,164
Bidayuh 146
Melanau 31
Bumiputera Lain 155
Cina 1637
India 55
Lain-Lain 58
Bukan Warganegara 311
JUMLAH 27,363

92% daripada jumlah penduduk di sini beragama Kristian, 6% beragama Buddha/Taoisme dan selebihnya beragama Islam. 95% daripada penduduk Iban di sini menganut agama Kristian Anglican manakala sebilangan kecil daripada mereka menganut kepercayaan campuran.[4]

Masyarakat Iban tempatan di kawasan ini menyambut perayaan Gawai Dayak dan juga Hari Krismas. Upacara tradisi seperti Gawai Kelingkang, Gawai Kenyalang, Sandau Ari dan upacara miring yang merupakan lambang budaya Iban masih diamalkan walaupun di sesetengah kawasan upacara tersebut digantikan dengan bacaan doa para penganut Kristian.[4]

BahasaSunting

Bahasa Iban merupakan bahasa pertuturan atau lingua franca di daerah ini.[4]

PentadbiranSunting

Daerah Lubok Antu dibahagikan dan diuruskan oleh Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA). Antara daerah kecil di bawah pentadbiran MDLA ialah:

EkonomiSunting

Kebanyakan masyarakat Iban di sini mengamalkan sistem pertanian pindah bagi tanaman padi. Aktiviti lain termasuklah menoreh getah dan menanam kelapa sawit. Aktiviti perniagaan kecil-kecilan dalam menghasilkan produk tempatan seperti ikan tilapia merah yang sangat popular, ikan tengadak dan hasil tani tempatan juga dijalankan.[4]

PertanianSunting

Pertanian merupakan aktiviti turun-temurun penduduk di Lubok Antu. Dahulu aktiviti pertanian dijalankan secara tradisional, tetapi kini aktiviti pertanian komersial turut dijalankan seiring perkembangan teknologi. Antara aktiviti pertanian yang dijalankan penduduk termasuklah penanaman padi bukit dan paya, getah, kelapa sawit, lada, koko dan sebagainya. Badan-badan kerajaan seperti Jabatan Pertanian, RISDA, Lembaga Minyak Sawit Malaysia, Lembaga Getah Malaysia dan banyak lagi memberi bantuan dari segi pemberian khidmat nasihat kepada penduduk tempatan yang terlibat dengan aktiviti pertanian.[5]

PerikananSunting

Lubok Antu merupakan kawasan yang sangat seusai bagi aktiviti penternakan ikan dalam sangkar di Sarawak. Sangkar-sangkar tersebut dibina di tasik yang terletak di Empangan Hidroelektrik Batang Ai. Kerja-kerja penternakan dikendalikan oleh para penduduk yang menganggotai Persatuan Peladang Lubok Antu. Antara ikan yang diternak ialah tilapia, patin, baung dan belida. Saiz sangkar yang digunakan berukuran kira-kira 10 meter persegi. Terdapat lebih 20 buah sangkar ikan yang telah dibina setakat ini tasik tersebut. Ikan-ikan akan dijual setelah diternak dalam tempoh 4 bulan pada harga RM8.00 sekilogram mengikut jenis ikan. Ikan yang sudah dibersihkan akan mendapat permintaan yang tinggi berbanding ikan segar. Jualan ikan akan dilakukan sekali dalam tempoh dua minggu kepada pemborong yang memasarkannya ke Bandaraya Kuching.[5]

PenternakanSunting

Penternakan merupakan aktiviti sampingan yang dilakukan oleh penduduk Lubok Antu selain daripada aktiviti pertanian dan perniagaan. Antara haiwan ternakan ialah ayam, itik, khinzir dan ikan dalam sangkar atau dalam tong. Sebagai usaha kerajaan untuk meningkatkan pendapatan penduduk setempat, beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian Sarawak telah diamanahkan untuk membantu penduduk tempatan dengan menyalurkan bantuan seperti projek 1Azam kepada penerima-penerima terpilih.[5]

KeusahawananSunting

Terdapat empat buah kedai runcit yang dimiliki oleh penduduk bumiputera dan manakala 94 buah lagi diusahakan oleh kaum Cina. Ini menunjukkan tiada halangan bagi mana-mana kaum untuk turut sama bersaing secara sihat dalam bidang perniagaan. Di samping itu, terdapat kilang kelapa sawit di bawah pengurusan Lembaga Penyatuan Dan Pemulihan Tanah Sarawak (SALCRA) turut membuka peluang pekerjaan kepada penduduk di kawasan ini.[5]

Kemudahan Awam LainSunting

Mahkamah Undang-Undang dan Penguatkuasaan Undang-UndangSunting

  • Ibu Pejabat Polis Daerah Lubok Antu

Penjagaan KesihatanSunting

  • Klinik Kesihatan Lubok Antu

Lain-LainSunting

  • Dewan Kompleks Sukan Lubok Antu

PendidikanSunting

Tiada kampus Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) atas swasta (IPTS) di Daerah Lubok Antu setakat ini. Antara institusi persekolahan menengah, rendah dan pendidikan awal yang ada di daerah ini ialah :

TarikanSunting

Antara tarikan yang boleh dilawati di daerah Lubok Antu ialah:

  • Aiman Batang Ai Resort Lubok Antu
  • Taman Negara Batang Ai
  • Wong Merah Lubok Antu
  • Lubok Kasai Nanga Sumpa
  • Menyang Tais Lubok Antu
  • Pangkalan Hidro Batang Ai

RujukanSunting

  1. ^ a b Jabatan Perangkaan Malaysia, 2010
  2. ^ "Lubuk yang jadi nama pekan Lubok Antu terbiar". 27 April 2014. Dicapai 15 Sep 2016. 
  3. ^ "Lubuk Antu.. Bersama Sahabatku Orang Iban." 14 April 2012. Dicapai 15 Sep 2016. 
  4. ^ a b c d e "Background Of Lubok Antu Township". 15 Mac 2012. Dicapai 15 Sep 2016. 
  5. ^ a b c d "Sosioekonomi Dan Keusahawanan". Dicapai 15 Sep 2016. 

Pautan luarSunting


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.