Tambunan

pekan di Bahagian Pedalaman, Sabah, Malaysia

Tambunan merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Pedalaman, Sabah, timur Malaysia di kepulauan Borneo. Ia terletak 81 km dari Kota Kinabalu, pada ketinggian 1000 m di Banjaran Crocker. Dianggarkan terdapat 19,760[1] penduduk pada tahun 1991 dan telah meningkat kepada 35,667[2] orang pada tahun 2010. Kebanyakan daripada penduduk ini adalah daripada Kaum Dusun. Daerah ini dikelilingi oleh sawah padi dan 77 buah perkampungan. Terletak ke timur daerah ini ialah Gunung Trusmadi (2462 meter),merupakan gunung kedua tertinggi di Malaysia selepas Gunung Kinabalu.

Tambunan
Transkripsi lain
 • Jawiتمبونن
 • Cina文学校担布南
Bulatan pekan Tambunan
Bulatan pekan Tambunan
Official seal of Tambunan
Jata
Etimologi: Puak Gombunan dan puak Tamadon
Moto: 
Sentiasa Mengamalkan Perkhidmatan Bertimbang Rasa dan Bertanggungjawab
Lokasi bandar dan daerah Tambunan
Lokasi bandar dan daerah Tambunan
Lokasi daerah dan pekan Tambunan
Tambunan yang terletak di Malaysia Timur
Tambunan
Tambunan
Lokasi daerah dan pekan Tambunan
Koordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°E / 5.6740194; 116.3648833Koordinat: 5°40′26.47″N 116°21′53.58″E / 5.6740194°N 116.3648833°E / 5.6740194; 116.3648833
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Pedalaman
DaerahTambunan
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Tambunan
 • Pegawai DaerahJumain Abdul Ghani
 • Pegawai Eksekutif Majlis DaerahJupirin Hj. Ruhimin
 • DUNYang Berhormat Datuk Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (GBS-STAR) (Tambunan) Gabungan Bersatu Sabah
Luas
 • Jumlah1,347 km2 (520 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah35,667
 Populasi daerah Tambunan (2010)
Zon waktuMST
Kod kawasan087
Tamu MingguanKhamis
Nombor platSA (1980-2018)
SY (2018-)
SU
Laman webwww.sabah.gov.my/md.tbn/
www.sabah.gov.my/pd.tbn/
kompleks sukan Tambunan

Demografi sunting

Etnik sunting

Jumlah penduduk sekitar Tambunan sunting

Menurut sumber banci pada tahun 2010, jumlah populasi penduduk di kawasan Tambunan mempunyai penduduk seramai 2,553 dan majoriti daripada etnik Kadazan-Dusun. Maklumat banci ini akan dikemaskini pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mendapatkan data bilangan statistik penduduk terkini.[3]

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Tambunan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 121 1,516 114 71 235 96 - 9 391 2,553
2020 (Akan Datang)

Jumlah penduduk daerah Tambunan sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk di kawasan keseluruhan daerah Tambunan pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 424 30,529 429 440 1,206 376 12 156 2,095 35,667
2020 (Akan Datang)

Jantina sunting

Berikut merupakan jumlah penduduk daerah Tambunan pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[4]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 17,859 17,808 35,667

Geografi sunting

Dari segi geografi ,Tambunan ialah sebuah kawasan tanah tinggi terletak di bahagian Pendalaman Sabah. Jarak 80km dari kota kinabalu (Ibu Negeri), jarak di sebelah barat 48km, jarak dari Ranau di sebelah utara,dan jarak 48km dari keningau di selatan.

Lembah ini dikelilingi oleh oleh banjaran gunung. Gunung Kinabalu (4018M) yang agung menjadi satu pemendangan di bahagian utara. Dari segi Budaya, berbagai-bagai mitos dan legenda terutamanya yang berhubung dengan tradisi tradisi lama, adat resam dan asal usul puak-puak dan nama nama tempat di bahagian ini masih ada hingga sekarang. Kisah asal-usul Tambunan adalah satu cerita yang menarik yang diceritakan dari mulut ke mulut daripada satu generasi ke generasi yang lain di kalangan orang Kadazan/Dusun di Tambunan.

Iklim sunting

Data iklim untuk Tambunan
Bulan Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogo Sep Okt Nov Dis Tahun
Purata tinggi °C (°F) 30
(86)
30.6
(87)
31.7
(89)
32.2
(90)
32.2
(90)
31.7
(89)
31.7
(89)
31.7
(89)
31.7
(89)
31.1
(88)
30.6
(87)
30
(86)
31.1
(88)
Purata rendah °C (°F) 19.4
(67)
18.3
(65)
18.9
(66)
19.4
(67)
20
(68)
19.4
(67)
18.9
(66)
18.9
(66)
19.4
(67)
19.4
(67)
19.4
(67)
20
(68)
19.4
(67)
Kerpasan mm (inci) 147
(5.8)
94
(3.7)
147
(5.8)
191
(7.5)
208
(8.2)
185
(7.3)
130
(5.1)
124
(4.9)
163
(6.4)
178
(7)
173
(6.8)
152
(6)
1,890
(74.4)
Sumber: Weatherbase [5]

Kampung-kampung di daerah Tambunan sunting

  1. Kampung Bambangan
  2. Kampung Baru Tabilung
  3. Kampung Botung
  4. Kampung Bundaid
  5. Kampung Dabata
  6. Kampung Dalab
  7. Kampung Dalungan
  8. Kampung Garas
  9. Kampung Kaingaran
  10. kampung Karanaan
  11. Kampung Kepayan Baru
  12. Kampung Kepayan Lama
  13. Kampung Kiawayan
  14. Kampung Kinabaan
  15. Kampung Kipaku
  16. Kampung Kiporing
  17. Kampung Kirokot
  18. Kampung Kitou
  19. Kampung Kituntul
  20. Kampung Kolombuong
  21. Kampung Kumawanan
  22. Kampung Kuala Monsok@Kinaluan
  23. Kampung Kuala Namadan
  24. Kampung Kumaraling
  25. Kampung Kuyungon
  26. Kampung Lalapakon
  27. Kampung Lintuhun
  28. Kampung Lotong
  29. Kampung Mangkatai
  30. Kampung Mangi Pangi
  31. Kampung Maras Karas
  32. Kampung Minodung
  33. Kampung Mogong
  34. Kampung Monsok Ulu
  35. Kampung Monsok Tengah
  36. Kampung Monsorulung
  37. Kampung Nandal
  38. Kampung Nanko
  39. Kampung Namadan
  40. Kampung Nambayan
  41. Kampung Narayat
  42. Kampung Noudu
  43. Kampung Nukakatan
  44. Kampung Pantai
  45. Kampung Papar
  46. Kampung Patau
  47. Kampung Pegalan Kusob
  48. Kampung Piasau
  49. Kampung Pomotodon
  50. Kampung Populuton
  51. Kampung Rompon
  52. Kampung Rugading Pegalan
  53. Kampung Rugading
  54. Kampung Sandapak
  55. Kampung Sintuong-tuong
  56. Kampung Sinungkalangan
  57. Kampung Solibog
  58. Kampung Sukung
  59. Kampung Sungoi
  60. Kampung Sunsuron
  61. Kampung Tampasak Liwan
  62. Kampung Tanaki
  63. Kampung Tangaban
  64. Kampung Tibabar
  65. Kampung Tiga
  66. Kampung Tikolod
  67. Kampung Tinompok Liwan
  68. Kampung Timbou
  69. Kampung Tugaring
  70. Kampung Toboh
  71. Kampung Tombotuon
  72. Kampung Tondulu
  73. Kampung Tonop
  74. Kampung Tontolob
  75. Kampung Tontolob Liwan
  76. Kampung Tiong
  77. Kampung Widu
  78. Kampung Pahu
  79. Kampung Pialungan
  80. Kampung Tuminiang
  81. Kampung Tinompok
  82. Kampung Ulu Sinsing
  83. Kampung Kaingaran

Gunung-gunung di daerah Tambunan sunting

  1. Gunung Trusmadi
  2. Gunung Wakid
  3. Gunung Panampakan
  4. Gunung Ginivisan

Budaya sunting

Tamu sunting

Tamu mingguan pekan Tambunan diadakan pada malam hari rabu dan siang hari khamis.[6] [7] Pusat jualan tamu pekan Tambunan daripada hasil-hasil masyarakat kampung.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ "Tambunan's Population Statistics (1991 Census)". Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 6 Oktober 2008.
  2. ^ "Total population by ethnic group, administrative district and state, Malaysia, 2010" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. 2010. Dicapai pada 3 Mei 2014.
  3. ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Jun 2018. Dicapai pada 14 Februari 2020.
  4. ^ a b c "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 27 Februari 2012.
  5. ^ "Weatherbase: Historical Weather for Tambunan, Malaysia". Weatherbase. 2011. Retrieved on 24 November 2011.
  6. ^ a b "Tamu Pekan Tambunan". ww2.sabah.gov.my/pd.tbn. Dicapai pada 26 Februari 2020.
  7. ^ "Things to do Tamu (Weekly Market) in Sabah". sabahtourism.com. 15 Mei 2018. Dicapai pada 26 Februari 2020.

Pautan luar sunting