Jeffrey Kitingan
Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Gapari Kitingan (lahir 22 Oktober 1948) merupakan seorang ahli politik dari negeri Sabah, Malaysia dan kini menyandang jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah II. Beliau merupakan Presiden Parti Solidariti Tanah Airku Sabah. Pada tahun 2020, beliau pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan[1] sebelum meletak jawatan selepas dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah. Beliau juga ialah bekas Pengarah Yayasan Sabah[2] pada 1985 hingga 1994.
Jeffrey Kitingan SPDK, PGDK (Sabah) | |
---|---|
![]() | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P180 Keningau | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 13286(45) |
Timbalan Ketua Menteri Sabah | |
Memegang jawatan 29 September 2020 Berkhidmat dengan Bung Moktar Radin dan Joachim Gunsalam | |
Didahului oleh | Wilfred Madius Tangau Christina Liew Jaujan Sambakong |
Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah | |
Memegang jawatan 29 September 2020 | |
Didahului oleh | Junz Wong Hong Jun |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Tambunan | |
Memegang jawatan 10 Mei 2018 | |
Gabenor | Tuan Yang Terutama Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin Yang di-Pertua Negeri Sabah |
Ketua Menteri | Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal |
Didahului oleh | ![]() |
Majoriti | 6136(1037) |
Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional | |
Memegang jawatan 8 September 2020 Berkhidmat dengan Abdul Hadi Awang Yong Teck Lee Ahmad Faizal Azumu | |
Presiden Parti Solidariti Tanah Airku | |
Memegang jawatan 2015 | |
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 29 September 2020 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah untuk Bingkor | |
Dalam jawatan 2013 – 10 Mei 2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() |
Majoriti | 5,350(456) |
Butiran peribadi | |
Lahir | Tambunan | 22 Oktober 1948
Parti politik | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() Gabungan Rakyat Sabah (GRS)(September 2020 - Kini) |
Pasangan | Datin Seri Panglima Cecilia Edwin |
Hubungan | Joseph Pairin Kitingan (abang) Maximus Johnity Ongkili (anak saudara) |
Pekerjaan | Ahli Parlimen |
Laman web rasmi | [1] |
PendidikanSunting
Jeffrey Kitingan menamatkan pengajian di Sekolah Kerajaan John F. Kennedy, Universiti Harvard pada 1981 dan menamatkan pengajian di Sekolah Undang-undang dan Diplomasi Fletcher, Harvard-Tufts pada 1984[3] dan memperoleh ijazah kedoktoran (Ph.D) di universiti tersebut.
PolitikSunting
Jeffrey memulakan kerjaya politik dengan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS), sebuah parti yang ditubuhkan oleh abangnya, Joseph Pairin Kitingan[4]. Beliau meninggalkan PBS pada 1994 sebelum kerajaan negeri Sabah pimpinan PBS tumbang. Kemudian beliau menyertai Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) sebelum menyertai Parti Angkatan Keadilan Rakyat (AKAR)[5].
Jeffrey meninggalkan AKAR ekoran pertelingakahan kepimpinan parti tersebut pada tahun 1999, dan menyertai semula PBS sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri Sabah 1999[4]. Jeffrey bertanding dalam pilihan raya tersebut dan menang. Walau bagaimanapun, pada tahun 2000, Jeffrey keluar dari PBS[5] dan menyertai semula PBRS dan bertahan kurang dari dua tahun berikutan pertelingkahan kepimpinan parti berkenaan[4]. Selepas itu, beliau menjadi ahli politik bebas, bertanding dan menang dalam pilihan raya umum Malaysia 2013.
Jeffrey menyertai Parti Keadilan Rakyat selepas pilihan raya umum Malaysia 2004 dan dilantik menjadi Naib Presiden[5]. Jeffrey telah meletak jawatan sebagai Naib Presiden pada 28 Oktober 2009[6], dan keluar parti tersebut pada 1 Januari 2011[7].
Pada tahun 2011, beliau kemudiannya menyertai Parti Reformasi Negeri dan mengetuai cawangan parti tersebut untuk negeri Sabah. Pada tahun 2016[8], beliau telah melakukan penjemanaan semula STAR Chapter Sabah menjadi parti tunggal iaitu Parti Solidariti Tanah Airku. Partinya kini merupakan parti komponen dalam Parti Perikatan Nasional yang membentuk gabungan parti pemerintah, Gabungan Rakyat Sabah.
Dilantik sebagai SenatorSunting
Jeffrey pernah dilantik sebagai ahli Dewan Negara (Senator) pada 11 Ogos 1994[9] dan menggalas tugas sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[10] di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Menggangotai kabinet persekutuanSunting
Pada 11 Ogos 1994, Jeffrey telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan[10] di bawah kepimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Pada 9 Mac 2020, beliau dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian oleh Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin[1]. Pada 25 Februari 2020, parti pimpinannya membuat penggabungan sebagai pihak keyakinan dan perbekalan dengan Perikatan Nasional bagi membentuk kerajaan baharu dan menumbangkan kerajaan pada ketika itu di bawah pimpinan Pakatan Harapan. Upacara mengangkat sumpah jawatan dilakukan pada 10 Mac 2020.
Ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam NegeriSunting
Jeffrey bersama enam orang pemimpin dari Parti Bersatu Sabah telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1991 kerana disyaki merancang untuk memisahkan Sabah daripada persekutuan Malaysia. Mereka ditahan selama dua tahun[11].
Menyertai Kabinet Negeri SabahSunting
Pasca-Pilihan raya negeri Sabah 2020, Jeffrey telah memenangi kerusi DUN Tambunan untuk kali kedua selepas memenanginya pada 2018. Dalam pilihan raya tersebut, STAR Sabah bersama-sama parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah telah memperoleh kemenangan. Jeffrey telah dilantik menjadi Timbalan Ketua Menteri II merangkap Menteri Pertanian dan Pertanian Sabah.
Pilihan rayaSunting
Keputusan pilihan rayaSunting
Tahun | Kawasan | Nama | Undian | Peratus | Lawan | Undian | Peratus | Jumlah undian | Majoriti | Peratus turun mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1995 | P147 Bandau, Sabah | Jeffrey Kitingan (AKAR) | 5,851 | 34.98% | Maximus Ongkili (PBS) | 10,716 | 64.06% | 16,927 | 4,865 | 69.72% | ||
Jomilon Mojuntin (Bebas) | 162 | 0.97% | ||||||||||
2008 | P180 Keningau, Sabah | Jeffrey Kitingan (PKR) | 10,334 | 40.53% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 14,598 | 57.27% | 25,926 | 4,264 | 72.96% | ||
Peter Kodou (DAP) | 560 | 2.20% | ||||||||||
2013 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 11,900 | 33.48% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 15,818 | 44.50% | 36,098 | 3,918 | 82.73% | |||
Stephen Sandor (PKR) | 7,825 | 22.02% | ||||||||||
2018 | Jeffrey Kitingan (STAR Sabah) | 13,286 | 33.09% | Jake Nointin (WARISAN) | 13,241 | 32.98% | 40,671 | 45 | 79.02% | |||
Daniel Kinsik (PBS) | 12,742 | 31.74% | ||||||||||
Jius Awang (PCS) | 433 | 1.08% | ||||||||||
Maimin Rijan (Bebas) | 248 | 0.62% | ||||||||||
Justin Guka (Bebas) | 199 | 0.50% |
Tahun | Kawasan | Nama | Undian | Peratus | Lawan | Undian | Peratus | Jumlah undian | Majoriti | Peratus turun mengundi | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1994 | N25 Bingkor, P156 Kinabalu | Jeffrey Kitingan (PBS) | 6,408 | 68.57% | Injon Sedomon (PBRS) | 2,249 | 24.07% | 9,415 | 4,159 | 78.06% | ||
Ayub Aman (Bebas) | 688 | 7.36% | ||||||||||
1999 | N28 Bingkor, P157 Keningau | Jeffrey Kitingan (PBS) | 8,339 | 61.19% | Joseph Kurup (PBRS) | 4,871 | 35.75% | 13,744 | 3,468 | 72.30% | ||
Kuilan Anggau (BERSEKUTU) | 395 | 2.90% | ||||||||||
Peter Kodou (Bebas) | 22 | 0.16% | ||||||||||
2004 | N37 Sook, P182 Pensiangan | Jeffrey Kitingan (Bebas) | 3,578 | 45.83% | Joseph Kurup (PBRS) | 3,973 | 50.90% | 7,984 | 395 | 70.53% | ||
Yapilin Nawawi (IND) | 255 | 3.27% | ||||||||||
2008 | N33 Bingkor, P180 Keningau | Jeffrey Kitingan (PKR) | 4,418 | 47.51% | Justin Guka (UPKO) | 4,589 | 49.34% | 9,455 | 171 | 70.88% | ||
Uling Anggan (Bebas) | 164 | 1.76% | ||||||||||
Victor Leornadus (Bebas) | 129 | 1.39% | ||||||||||
2013 | Jeffrey Kitingan (STAR) | 5,350 | 42.05% | Kennedy Jie John (UPKO) | 4,894 | 38.47% | 12,908 | 456 | 81.40% | |||
Ahmad Shah Hussein Tambakau (PKR) | 2,368 | 18.61% | ||||||||||
Ricky Sedomon (Bebas) | 111 | 0.87% | ||||||||||
2018 | N32 Tambunan, P180 Keningau | Jeffrey Kitingan (STAR) | 6,136 | 46.78% | Joseph Pairin Kitingan (PBS) | 5,099 | 38.86% | 13,322 | 1,037 | 82.00% | ||
Justin Alip (WARISAN) | 1,427 | 10.88% | ||||||||||
Nestor Joannes (PCS) | 456 | 3.48% | ||||||||||
2020 | N39 Tambunan, P180 Keningau | Jeffrey Kitingan (STAR) | 8,691 | 75.21% | Laurentius Nayan Yambu (UPKO) | 1,899 | 16.44% | 11,555 | 6,792 | 69.98% | ||
Silverius Bruno (PBS) | 439 | 3.80% | ||||||||||
Damian Richard Marcus Podtung (PCS) | 326 | 2.82% | ||||||||||
Nordin Jaini (GAGASAN) | 140 | 1.21% | ||||||||||
Jimmy Palikat (Bebas) | 60 | 0.52% |
KesihatanSunting
Dari Disember 2007 hingga Mei 2008, selama enam bulan beliau terlantar di kantil akibat kemalangan dan hampir lumpuh[15].
Pada 3 Januari 2021, Jeffrey Kitingan didapati positif penyakit Coronavirus (COVID-19) dan menjalani rawatan di Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu, Sabah[16]. Dia dan isterinya pulih dari Covid-19 pada 16 Januari 2021[17].
Anugerah dan penghargaanSunting
MalaysiaSunting
Lihat jugaSunting
RujukanSunting
- ^ a b "Nancy menteri pelancongan". Berita Harian. 9 Mac 2020. Diarkib daripada yang asal pada 2 Disember 2020. Dicapai pada 11 Februari 2021.
- ^ Rodelio Junjun Taucan (22 Ogos 2020). "Jeffrey Perlu Jawab Di Mana Hilang 700,000 Hektar Tanah Yayasan Sabah". Borneo Today. Diarkib daripada yang asal pada 22 Ogos 2020. Dicapai pada 11 Februari 2021.
- ^ Marion B. Gammill (10 Februari 1992). "Kennedy School Graduate Held Prisoner". The Harvard Crimson. Diarkib daripada yang asal pada 25 Disember 2017. Dicapai pada 11 Februari 2021.
- ^ a b c Ruben Sario (30 Oktober 2009). "Jeffrey invited to rejoin PBS". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b c Bernama (27 Jun 2012). "Lompat parti: Justifikasi Jeffrey Kitingan tidak boleh diterima". Sinar Harian. Diarkib daripada yang asal pada 17 Mei 2013. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Dr Jeffrey letak jawatan Naib Presiden PKR tetapi kekal anggota parti". mStar. 28 Oktober 2009. Diarkib daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Dr Jeffrey Kitingan Keluar Parti". mStar. 2 Januari 2011. Diarkib daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ Jenne Lajiun (15 Julai 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Diarkib daripada yang asal pada 1 Ogos 2018. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara Parlimen Kelapan Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 14 Disember 1994. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ a b "Penyata Rasmi Parlimen Dewan Negara Parlimen Kelapan Penggal Keempat" (PDF). Parlimen Malaysia. 15 Disember 1994. Diarkib (PDF) daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Human Rights Undermined: Restrictive Laws in a Parliamentary Democracy". Amnesty International. 1 September 1999. Diarkib daripada yang asal pada 24 Ogos 2003. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
- ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star (Malaysia). Diarkib daripada yang asal pada 17 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.
- ^ "N32 Tambunan". Malaysiakini. Dicapai pada 30 May 2020.
- ^ BERNAMA (19 Disember 2007). "Jeffrey Kitingan Seriously Injured In Car Crash". Malaysia Today. Diarkib daripada yang asal pada 12 Februari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ Izwan Abdullah (4 Januari 2021). "Jeffrey Kitingan positif COVID-19". Berita Harian. Diarkib daripada yang asal pada 6 Januari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Jeffrey pulih COVID-19, dibenarkan pulang". Borneo Today. 16 Januari 2021. Diarkib daripada yang asal pada 16 Januari 2021. Dicapai pada 12 Februari 2021.
- ^ "Hamzah Zainudin, Ismail Sabri antara empat dapat Datuk Seri Panglima Sabah". Berita Harian. 2 Oktober 2020. Dicapai pada 4 Oktober 2020.