Guan Dee Koh Hoi

ahli politik Sabah

Datuk Guan Dee bin Koh Hoi (4 Oktober 1954 – 26 Oktober 2021) merupakan ahli politik Parti Solidariti Tanah Airku dari parti komponen Perikatan Nasional. Sebelum ini, beliau pernah bertanding mewakili Parti Reformasi Negeri pada 2013 lalu.[1] Guan Dee juga pernah dilantik sebagai Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Jeffrey Kitingan pada 10 Mac 2020 lalu.[2]


Guan Dee Koh Hoi

PGDK (Sabah)
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 April 2021 – 26 Oktober 2021
Ahli Majlis Tertinggi
Perikatan Nasional
Dalam jawatan
10 November 2020 – 26 Oktober 2021
Berkhidmat dengan
PengerusiTan Sri Muhyiddin Yassin
Setiausaha Agung
Parti Solidariti Tanah Airku
Dalam jawatan
14 Julai 2016 – 26 Oktober 2021
PresidenJeffrey Kitingan
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehEdward Linggu
Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan
Dalam jawatan
16 April 2021 – 16 Ogos 2021
Didahului olehJeffrey Kitingan
Digantikan olehEdmund Santhara Kumar Ramanaidu
Butiran peribadi
LahirGuan Dee bin Koh Hoi
(1954-10-04)4 Oktober 1954
Sabah
Meninggal dunia26 Oktober 2021(2021-10-26) (umur 67)
Hospital Kuala Lumpur, Kuala Lumpur
Parti politik STAR
PasanganDatin Lusiin Jipulis
PekerjaanAhli politik

Jawatan sunting

Guan Dee merupakan Ahli Majlis Tertinggi Perikatan Nasional bagi mewakili Parti Solidariti Tanah Airku. Selain daripada itu, beliau juga merupakan Setiausaha Agung Parti Solidariti Tanah Airku.[3]

Tragedi sunting

Pegawai Tugas Tugas Khas beliau, Datuk Haji Jaimin Haji Samitah telah meninggal dunia selepas menghadiri sebuah mesyuarat di Parlimen Malaysia akibat COVID-19 yang merupakan kematian pertama dari kluster Parlimen Malaysia.[4]

Keputusan pilihan raya sunting

Parliamen Malaysia: P177 Beaufort, Sabah
Tahun Konstituensi Undian % Lawan Undian % Jumlah Mengundi Majoriti %
2013 P177 Beaufort Lajim Ukin (PKR) 12,154 47.87% Azizah Mohd Dun (UMNO) 12,827 50.52% 26,950 673 86.39%
Guan Dee Koh Hoi (STAR) 409 1.61%
Nota:
Tidak termasuk calon yang mendapat undian ketiga dan kebawah.
2 Perbezaan % digunakan untuk PRU 2018.

Anugerah sunting

Kematian sunting

Beliau telah meninggal dunia pada 26 Oktober 2021 di Hospital Kuala Lumpur.[6]

Rujukan sunting

  1. ^ Keputusan PRU-13 Bagi Negeri Sabah
  2. ^ "Direktori MOTAC". Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-11-16. Dicapai pada 2020-11-10.
  3. ^ Hamzah, Ismail Sabri, Dr Jeffry, Safar Untong dapat Datuk Seri Panglima Sabah
  4. ^ Pegawai Timbalan Menteri meninggal dunia kerana COVID-19
  5. ^ Senarai penerima darjah kebesaran Sabah 2020
  6. ^ Senator Guan Dee Koh Hoi meninggal dunia