Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak

Parti politik Bumiputera di Sarawak


Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) (bahasa Inggeris: Sarawak United Bumiputera Heritage Party) merupakan parti politik Bumiputera yang berfahaman kanan dan bersifat pro kerajaan, serta juga merupakan parti politik terbesar di Sarawak. Parti politik ini merupakan salah satu daripada parti politik tempatan yang membentuk kerjasama antara SUPP, PRS, dan PDP sekaligus menubuhkan Gabungan Parti Sarawak pada 19 November 2018. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) ditubuhkan pada 30 April 1973, hasil daripada penggabungan tiga buah parti politik di Sarawak ketika itu, iaitu Parti Negara Sarawak (PANAS), Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), dan Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA).[1][2] Percantuman tiga parti politik tempatan ini adalah selaras dengan tujuh matlamat utamanya, iaitu:

  • Meningkatkan taraf hidup dan status sosioekonomi masyarakat Bumiputera Sarawak.
  • Menggalakkan masyarakat dari semua kaum untuk menceburi apa-apa bidang termasuk politik, sosial, budaya, dan sukan.
  • Memperkasakan seni, budaya, dan warisan masyarakat dari pelbagai kaum di Sarawak.
  • Mengutamakan kebajikan seluruh rakyat Sarawak, melalui pelaksanaan bantuan-bantuan kerajaan Sarawak dan bantuan-bantuan kerajaan persekutuan.
  • Mengutamakan hak-hak golongan belia dan golongan wanita di Sarawak.
  • Memperjuangkan semua hak-hak Sarawak selaras dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Menjamin kedamaian, kesejahteraan, dan keharmonian semua kaum dan semua agama di Sarawak.
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ڤرتي ڤساك بوميڤوترا برساتو
Nama bahasa Cina砂拉越土著保守联合党 Shālāyuè tǔzhù bǎoshǒu liánhé dǎng
Nama bahasa InggerisUnited Bumiputera Heritage Party
SingkatanPBB
PresidenAbang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
PengerusiMohamad Asfia Awang Nassar
Setiausaha agungAlexander Nanta Linggi
JurucakapHaji Idris Buang
Timbalan PresidenDouglas Uggah Embas
Awang Tengah Ali Hassan
Naib PresidenDatuk Seri Fadillah Yusof
Datuk Dr. Stephen Rundi Utom
Julaihi Narawi
Gerawat Gala
Gerald Rentap Jabu
Abdul Karim Rahman Hamzah
Dr. Annuar Rapaee
Abdul Rahman Junaidi
Ketua WanitaFatimah Abdullah
BendahariDatuk Amar Abdul Hamed Bin Haji Sepawi
PengasasJugah anak Barieng
Ditubuhkan5 Januari 1973
(Berikutan penggabungan BUMIPUTERA & PESAKA)
Disahkan30 April 1973
GabunganParti Bumiputera Sarawak (BUMIPUTERA)1 2
Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA)3
Ibu pejabatKuching, Sarawak
AkhbarJiwa Bakti
Sayap beliaPergerakan Pemuda PBB
Sayap wanitaPergerakan Wanita PBB
Keanggotaan80,546 (Oktober 2022)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Patriotisme
Marhaenisme
Hak Bumiputera Sarawak
Membanteras rasuah
Semangat Keluarga Malaysia
Membasmi kemiskinan
Kuasa politik rakyat
Demokrasi sosial negeri
Perjuangan hak MA63
Hak ekonomi Sarawak
Sekularisme negeri
Hak politik orang muda
Hak golongan wanita
Hak kebajikan rakyat
Kedudukan politikTengah ke kanan
Penggabungan kebangsaanBarisan Nasional (1973–2018), (2020–2022)
Gabungan Parti Sarawak (2018–kini) (masih aktif)
Gabungan Perpaduan PH–BN (2022–kini) (masih aktif)
Warna     Kuning, merah, putih dan hitam
SloganBerkorban Bersatu
Bersatu, Bersetia, Berkhidmat
Berjihadlah
Bersatu untuk Rakyat Malaysia
Lagu partiMarch PBB (PBB March; Official anthem)
Ikrar Wanita (Women's Oath; Women Movement)
Dewan Negara:
2 / 70
Dewan Rakyat:
13 / 222
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
47 / 82
Laman sesawang
pbb.org.my
Politik Malaysia
Parti politik
Pilihan raya
1 Parti Negara Sarawak dan Barisan Rakyat Jati Sarawak bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera Sarawak.
2 Parti Bumiputera Sarawak dianggotai rakyat tempatan Islam-Melayu, Melanau, Kedayan, Brunei-Melayu, dan Orang Ulu.
2 Parti Pesaka Anak Sarawak dianggotai ahli dari kaum Iban dan Bidayuh.

SejarahSunting

Sejarah awal penubuhan PBB adalah atas ilham dan inisiatif Tun Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud, Setiausaha Agung BARJASA yang muda dan idealistik ketika itu.

Sebelum pilihanraya negeri yang pertama pada Januari 1963, Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Parti Pesaka Anak Sarawak (PESAKA) dan Persatuan Cina Sarawak (SCA) membentuk sebuah parti campuran pada Julai 1962. Parti campuran ini dipengerusikan oleh Tun Jugah anak Barieng, dengan Datuk Stephen Kalong Ningkan sebagai Setiausaha Agungnya. Walau bagaimanapun, Parti Negara Sarawak (PANAS) kemudian menarik diri daripada parti campuran ini menjelang pilihan raya untuk menyertai parti pembangkang Parti Kebangsaan Sarawak (SUPP). Selepas pilihan raya, parti campuran ini ternyata mendapat keputusan yang menyakinkan dan membentuk Kabinet Negeri yang pertama. Datuk Stephen Kalong Ningkan dilantik menjadi Ketua Menteri Sarawak yang pertama, manakala Tun Jugah pula dilantik menganggotai Kabinet Persekutuan di Kuala Lumpur selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak.

Antara tahun 1963 dan 1966, politik Sarawak mengalami pergolakan yang hebat, disebabkan terlalu banyak parti politik sehingga mencetuskan krisis demi krisis yang sesetengahnya berbau perkauman. Krisis ini akhirnya tamat dengan penyingkiran Datuk Ningkan sebagai Presiden SNAP. Menggantikan tempat Datuk Ningkan sebagai Ketua Menteri baru ketika itu ialah Penghulu Tawi Sli. Kabinetnya terdiri daripada tiga orang ahli PESAKA (termasuk beliau sendiri), dua ahli BARJASA (termasuk Datuk Patinggi Taib), dan seorang ahli PANAS. PANAS menyertai semula parti campuran ini hanya sebelum penyingkiran Datuk Ningkan.

Sarawak mencapai satu kemajuan politik apabila BARJASA dan PANAS bergabung untuk membentuk Parti Bumiputera pada bulan Mac 1968. Datuk Patinggi Taib menjadi penggerak utama ke arah pergabungan ini. Parti Bumiputera diketuai oleh Allahyarham Tan Sri Datuk Amar Abang Ikhwan Zaini, dengan Datuk Taib memegang jawatan Setiausaha Agung.

Kekuatan parti dan perpaduan terus diperkukuh apabila Parti Bumiputera dan PESAKA bergabung untuk melahirkan Parti PBB pada 30 April 1973. Tun Jugah yang pada ketika itu selaku Menteri Hal Ehwal Sarawak telah dilantik sebagai Presiden pertama PBB. Datuk Patinggi Taib memegang jawatan Presiden PBB secara automatik apabila memenangi jawatan Presiden tanpa bertanding pada 1981 sehingga sekarang.

Kewujudan parti ini sebagai satu komponen terbesar dalam Barisan Nasional negeri telah mengukuhkan lagi kedudukan Bumiputera di Sarawak. Sejak penubuhannya, keahlian PBB telah meningkat dengan banyaknya sehingga kini terdapat 56 bahagian. Sehingga akhir Oktober 2022, jumlah keanggotaan dalam Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kini berjumlah 80,546 orang, dengan lebih 500 cawangan di seluruh negeri Sarawak.

Manifesto perjuangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB)Sunting

Berikut adalah senarai ikrar / janji yang harus dilaksanakan sepenuhnya oleh Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) kepada seluruh rakyat Sarawak:

  • Mengutamakan perpaduan dan keharmonian semua kaum di Sarawak.
  • Menghormati hak-hak budaya, adat tradisi, kepercayaan, agama, dan kaum masing-masing di Sarawak.
  • Mewartakan sepenuhnya agama Kristian sebagai agama rasmi wilayah Sarawak, namun hak kebebasan beragama bagi agama-agama lain seperti Buddha, Islam, Taoisme, Sikh, Hindu, dan Bahai adalah masih boleh diamalkan & dianuti di seluruh wilayah Sarawak.
  • Memartabatkan imej dan maruah bangsa Dayak ke tahap lebih tinggi, agar adat tradisi, warisan, budaya dan cara hidup masyarakat Dayak dapat diterima, disokong, serta dihormati sepenuhnya oleh seluruh masyarakat antarabangsa.
  • Menggalakkan anak-anak Sarawak untuk mempelajari secara menyeluruh tentang sejarah berkaitan pembentukan kerajaan Sarawak, sejarah kemerdekaan Sarawak, sejarah asal usul bangsa Dayak, sejarah berkaitan usaha dan sumbangan pemimpin terdahulu yang berjaya memerdekakan Sarawak, serta mengenai adat tradisi, kepercayaan kaum dan warisan seni budaya pelbagai kaum di Sarawak.
  • Mewujudkan lebih banyak perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan Sarawak dengan kerajaan Singapura, kerajaan Australia, dan kerajaan United Kingdom bagi memperkukuhkan pembangunan wilayah secara menyeluruh, khususnya dalam bidang ekonomi, sektor pembangunan sumber tenaga alternatif, bidang komunikasi & multimedia, bidang inovasi & kejuruteraan moden, pembangunan sumber manusia & pekerjaan, kelestarian alam sekitar & biodiversiti, bidang keusahawanan & perniagaan, bidang pelancongan, sektor kesenian & kebudayaan, bidang pertanian & komoditi asas, bidang pendidikan & pengajian tinggi, bidang sukan, serta dalam bidang keselamatan & pertahanan wilayah.
  • Melantik mana-mana ahli politik dari PBB, SUPP, dan PRS, semua para pemimpin belia, ataupun semua golongan professional dari Sarawak yang berpengalaman luas dalam pelbagai bidang dan matang berpolitik untuk memegang jawatan:
  • Pada masa yang sama juga, sebanyak 30% jawatan timbalan menteri dan ahli senator akan dipegang dan diambilalih sepenuhnya oleh ahli-ahli politik tempatan, para pemimpin wanita, serta para pemimpin belia dari Sarawak, selaras dengan pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Melaksanakan penubuhan Mahkamah Tinggi Borneo (High Court of Borneo), Mahkamah Peribumi Sarawak (Sarawak Natives Court), dan Mahkamah Keadilan Sarawak (Sarawak Justice Court), dengan tujuan untuk menegakkan keadilan serta mempertahankan hak-hak rakyat Sarawak seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Mengamalkan sifat jujur, amanah, ikhlas, cepat bertindak, dan bermaruah tinggi dalam kalangan ahli-ahli parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), ahli-ahli Majlis Tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), serta para pemimpin tempatan yang lain.
  • Mengamalkan sistem pemerintahan kerajaan Sarawak yang lebih baik, stabil, adil, jujur, ikhlas, amanah, bermaruah, berintegriti, dan cepat bertindak.
  • Mengutamakan kesejahteraan sosial dan kebajikan rakyat secara menyeluruh, agar seluruh rakyat Sarawak dapat menikmati lebih banyak bantuan dan peruntukan khusus yang dilaksanakan secara adil dan sejahtera, tanpa sebarang unsur pilih kasih dan ketidakadilan yang melampaui batas.
  • Memartabatkan lagi penggunaan menyeluruh Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, dan Bahasa Iban di kalangan majoriti penduduk di Sarawak.
  • Melaksanakan kuasa autonomi pemerintahan & pentadbiran negeri Sarawak, dengan mengutamakan golongan peribumi Dayak sebagai keutamaan dalam perkhidmatan awam kerajaan Sarawak.
  • Mengutamakan transformasi pembangunan baharu Kompleks Wisma Dayak di Jalan Satok, Kuching, Sarawak. Transformasi pembangunan kompleks ini merangkumi pembinaan ibu pejabat baharu Persatuan Dayak Iban Sarawak (SADIA), ibu pejabat baharu Dayak Cultural Association (DCA), ibu pejabat baharu Parti Rakyat Sarawak (PRS), sebuah restoran Dayak yang baharu, sebuah kedai butik pakaian tradisi Dayak, sebuah kedai barangan produk Dayak, dan sebuah auditorium besar yang bertaraf antarabangsa.
  • Mengutamakan keamanan wilayah dan keseimbangan politik Sarawak secara menyeluruh, bagi mengelakkan berlakunya sebarang krisis politik yang berpanjangan.
  • Memfokuskan secara menyeluruh perkembangan industri sukan elektronik (e-sports) di Sarawak. Ini termasuk mentransformasikan dan memajukan industri permainan sukan elektronik (e-sports) seperti Mobile Legends: Bang Bang, Free Fire, DOTA 2, EA Sports FIFA, dan PUBG Mobile. Selain itu, usaha mempertingkatkan mutu, fokus, dan stamina para pemain e-sports di Sarawak juga akan dilaksanakan bagi melahirkan lebih ramai atlet e-sports dari Sarawak dan seluruh Malaysia secara amnya.
  • Mewujudkan matawang baharu kerajaan Sarawak, iaitu Sarawak dollar (SWD), dengan syarat tidak akan meminggirkan matawang Ringgit Malaysia (RM). Matawang baharu Sarawak, Sarawak dollar (SWD) ditetapkan sebagai matawang utama kerajaan Sarawak, manakala matawang Ringgit Malaysia (RM) pula ditetapkan sebagai matawang kedua wilayah Sarawak, sekaligus selaras dengan kuasa autonomi ekonomi & pelaburan kewangan di Sarawak.
  • Melaksanakan penggabungan empat pihak berkuasa bekalan air utama negeri (Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB), Lembaga Air Kuching (KWB), Lembaga Air Sibu (SWB) dan Laku Management Sdn Bhd (LAKU)), sekaligus disatukan di bawah satu entiti baharu yang akan dikenali sebagai Lembaga Air Sarawak (Sarawak Water Board (SWB)).
  • Mengutamakan pembangunan projek kenderaan elektrik, transformasi menyeluruh pembangunan projek Kuching Urban Transportation System (KUTS), pelaksanaan penuh projek Autonomous Rail Transit (ART) yang menghubungkan Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Serian dan Simanggang, serta mempercepatkan penyelenggaraan & proses baikpulih projek Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak & Sarawak Sabah Link Road (SSLR).
  • Melaksanakan projek pembinaan kompleks perumahan rakyat untuk golongan berpendapatan rendah (B40), golongan miskin tegar (poor families), dan golongan belia B40. Ini termasuk pelaksanaan pembinaan Kompleks Perumahan Rakyat Opar & Opar New City Township di kawasan Opar (Bau), pembinaan Kompleks Perumahan SPEKTRA Sibuluh di kawasan Sibuluh (Bau), pembinaan Kompleks Perumahan SPEKTRA Asajaya di kawasan Asajaya (Samarahan), pembinaan Kompleks Perumahan Rakyat Lachau & Lachau Town Commercial Centre di kawasan Lachau (Serian), dan Kompleks Perumahan Rakyat Simanggang & Simanggang Eco City Township di kawasan Simanggang (Sri Aman).
  • Memfokuskan pembangunan infrastruktur asas, dan pelaksanaan projek mesra rakyat di Sarawak. Ini termasuk projek pembangunan infrastruktur asas (bekalan air, bekalan elektrik, dan liputan internet 4G & 5G), menaiktaraf & menyelenggara semua laluan jalan raya di kawasan luar bandar & kawasan kampung, serta menaiktaraf sepenuhnya sistem perparitan di kawasan bandar & luar bandar di Sarawak.
  • Melaksanakan kuasa autonomi dalam sektor kewangan negeri Sarawak, termasuk mengutamakan sektor institusi perbankan Sarawak, memperkukuh sektor pelaburan tempatan & antarabangsa, mengutamakan sektor perdagangan tempatan & luar negara, serta mempertingkatkan bidang kemahiran pengurusan perniagaan & keusahawanan di kalangan belia.
  • Menubuhkan National Bank of Sarawak (NBoS), National Dayak Commerce of Sarawak (NDCS), Sarawak Monetary & Financial Council (SMFC), National Bank of Infrastructures Sarawak (NBIS), Yayasan Pendidikan Tun Adenan Haji Satem, Sarawak International Dayak Education Council (SIDEC) dan Tabung Pendidikan Anak Dayak Sarawak (TPADS), selaras dengan kuasa autonomi hak ekonomi & hak pendidikan Sarawak, seperti yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
  • Melaksanakan peruntukan khusus pembangunan wilayah Sarawak dengan jumlah peruntukan sebanyak RM 300 bilion ringgit. Ini merangkumi pembangunan projek-projek mesra rakyat, pembangunan projek kerajaan yang berimpak tinggi, penyelenggaraan kemudahan-kemudahan awam, penyelenggaraan rumah-rumah ibadat bukan Islam, dan banyak lagi pelaksanaan yang dilaksanakan oleh kerajaan Sarawak.
  • Mengutamakan pemberian peruntukan kewangan khas untuk masyarakat peribumi Dayak di Sarawak, dengan jumlah sebanyak RM 25 bilion. Ini termasuk perbelanjaan untuk pembangunan sosioekonomi masyarakat Dayak, peruntukan khusus pembangunan sebarang acara atau majlis berkaitan komuniti Dayak di Sarawak, pengurusan ekonomi, kewangan & sosial masyarakat Dayak, dan pengurusan pembangunan projek asas untuk seluruh komuniti Dayak.
  • Menangkis dan membanteras budaya diskriminasi pengambilan pekerjaan dalam kalangan belia Dayak di Sarawak. Selain itu, budaya kaedah pengambilan pekerjaan secara cable juga wajar dihapuskan serta merta bagi mengekang peningkatan kadar pengangguran belia Dayak di Sarawak. Kaedah pendaftaran pekerjaan secara manual (melalui pengisian borang pengambilan pekerjaan) dan kaedah pendaftaran pekerjaan secara online (online job registration) juga harus dilaksanakan sepenuhnya, bagi mempertingkatkan lagi jumlah pekerja tempatan termasuk dari kalangan belia Dayak.
  • Membanteras dan menghapuskan sepenuhnya amalan pilih kasih serta amalan tidak jujur dalam pengambilan pekerjaan mahupun pendaftaran pekerjaan, khususnya dalam kalangan pencari kerja berbangsa Dayak dan kalangan belia Dayak di Sarawak. Ini termasuk pendaftaran pekerjaan dalam mana-mana agensi, jabatan atau kementerian yang bernaung di bawah kerajaan Sarawak, pendaftaran pekerjaan bagi mana-mana syarikat swasta, syarikat GLC & syarikat multinasional, serta pendaftaran pekerjaan dalam sektor perindustrian, perlombongan & perkilangan di Sarawak.
  • Melaksanakan kuasa autonomi pentadbiran & perkhidmatan awam Sarawak. Ini termasuk hak golongan belia Dayak dalam sektor perkhidmatan awam & pentadbiran kerajaan Sarawak, hak berkaitan bantuan kewangan untuk semua penjawat awam di Sarawak, serta hak-hak berkaitan pengambilan pekerjaan khusus bagi golongan belia Dayak terutamanya dalam sektor perniagaan & perdagangan, pentadbiran awam, hartanah & perumahan, keusahawanan, kebajikan komuniti, kesihatan, ekonomi & institusi perbankan, industri kreatif, dan seni budaya tempatan.
  • Melaksanakan transformasi menyeluruh sektor pembangunan prasarana pendidikan di Sarawak. Ini termasuk projek penyelenggaraan & pembinaan baharu blok-blok bangunan sekolah rendah & sekolah menengah yang daif / rosak / terbiar, terutamanya di semua kawasan luar bandar, semua kawasan perkampungan & semua kawasan pedalaman di Sarawak. Selain itu, projek menyelenggara kemudahan-kemudahan khusus untuk para pelajar, projek membina blok-blok bangunan asrama baharu khusus untuk pelajar di kawasan pedalaman, serta mempertingkatkan liputan internet berkelajuan tinggi 4G & 5G juga akan dilaksanakan secara menyeluruh.
  • Melaksanakan penetapan gaji minimum RM 2,500 bagi semua syarikat-syarikat swasta, semua syarikat berkaitan jualan langsung, semua syarikat multinasional & GLC, semua syarikat-syarikat berkaitan perniagaan komersial, serta semua pekerjaan yang mewajibkan pemberian gaji minimum secara adil, jujur, dan ikhlas.
  • Melaksanakan penetapan gaji minimum RM 4,200 bagi semua agensi-agensi kerajaan negeri, semua jabatan-jabatan kerajaan negeri, semua kementerian-kementerian yang bernaung di bawah Kerajaan Negeri Sarawak, serta semua jawatan kerajaan yang ditetapkan dalam E-Recruitment Sarawak.
  • Memperkukuhkan hasil kewangan negeri, kestabilan ekonomi Sarawak, dan pembangunan ekonomi digital yang lebih efektif.
  • Memperluaskan secara menyeluruh pemberian bantuan tunai secara terus di kaunter-kaunter bank di seluruh Sarawak, mahupun melalui pemberian bantuan tunai secara terus di semua dewan masyarakat di kawasan perkampungan & kawasan luar bandar di Sarawak. Ini merangkumi pelaksanaan Bantuan Tunai Khas untuk Keluarga B40 & Individu Bujang B40, pelaksanaan Bantuan Tunai Khas Keluarga M40, pelaksanaan Bantuan Tunai Khas untuk Bekas Pesakit Positif COVID-19, dan banyak lagi pelaksanaan bantuan tunai yang lain.
  • Memfokuskan hal ehwal kebajikan khusus untuk golongan berpendapatan rendah (B40), golongan berpendapatan sederhana (M40), golongan individu bujang, golongan warga emas, golongan kurang upaya (OKU), golongan ibu tunggal, serta golongan pelajar sekolah rendah & sekolah menengah.
  • Melindungi hak golongan warga emas, termasuk hal ehwal bantuan khusus untuk golongan warga emas, peruntukan pembangunan untuk golongan warga emas, serta menyediakan kemudahan khas untuk golongan berkenaan.
  • Melindungi serta menghargai hak golongan wanita dan golongan belia secara menyeluruh.
  • Mengutamakan hak golongan belia untuk mengundi mana-mana calon pilihanraya pada pilihan raya umum, pilihan raya negeri, mahupun pilihan raya kecil di Sarawak.
  • Mengutamakan taraf hidup dan status sosioekonomi bangsa Dayak, bangsa Cina, dan bangsa Melayu di negeri Sarawak.
  • Memastikan negeri Sarawak sentiasa lebih maju, lebih moden, lebih efisien, cepat membangun, serta setaraf dengan negara-negara maju yang lain seperti Singapura, Korea Selatan, Australia, dan Norway.
  • Menghapuskan budaya lompat parti serta budaya "politik katak" di kalangan para pemimpin tertinggi parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) dan semua ahli-ahli parti Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).
  • [[Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia|Menghapuskan budaya rasuah di kalangan semua ahli parti PBB dan semua ahli pemimpin tertinggi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB). Ini termasuk menghapuskan budaya politik wang & pemalsuan dokumen-dokumen kerajaan, membanteras sindiket penggubahan wang haram, membanteras budaya samseng & perjudian haram, menghapuskan kegiatan salah guna dana wang rakyat, serta membanteras salah guna kuasa dalam politik.]]
  • Membanteras sebarang kegiatan jenayah di kawasan bandar & kawasan luar bandar di Sarawak. Ini termasuk memerangi jenayah samun & ragut, membanteras jenayah pecah rumah & "stalking", membanteras jenayah rogol & seks bebas, membanteras jenayah bunuh & serangan amuk, memerangi gengsterisme & kongsi gelap, serta memerangi jenayah buli siber, pornografi bawah umur, cybertrooping, dan scam.
  • Membanteras dan memerangi penyalahgunaan dadah, alkohol dan rokok di kalangan belia di Sarawak, melaksanakan sekatan yang lebih ketat dan menghukum mana-mana individu yang didapati mengedar, menjual dan mengimport dadah, alkohol, rokok dan vape di seluruh negeri, serta melaksanakan lebih banyak kempen kesedaran secara menyeluruh berkaitan dengan penyalahgunaan dadah, alkohol, rokok dan vape di kalangan semua pelajar sekolah rendah & sekolah menengah di Sarawak.
  • Membanteras dan menghapuskan jenayah perang, terrorisme, pengeboman berani mati, serangan bersenjata, islamophobia, dan peperangan nuklear secara besar-besaran di Sarawak.
  • Memperkukuhkan keselamatan & keamanan wilayah di Sarawak, termasuk kawalan keselamatan di kawasan perairan wilayah Sarawak, kawalan lebih ketat di semua pintu masuk sempadan Sarawak-Kalimantan, serta memperbanyakkan aset-aset ketenteraan yang lebih moden, kompleks, canggih, dan dilengkapi dengan teknologi ketenteraan yang lebih maju.
  • Mengamalkan budaya budi bahasa dan berakhlak mulia di kalangan semua masyarakat yang berbilang kaum dan berbeza agama di Sarawak.
  • Mengembalikan hak royalti minyak & gas asli Sarawak sebanyak 35 peratus (35%), melaksanakan transformasi menyeluruh Petroleum Sarawak Berhad (PETROS), dan melaksanakan pembaharuan dalam sektor perindustrian berasaskan petroleum & gas asli.
  • Mengutamakan pembangunan teknologi hijau & penggunaan tenaga alternatif yang lebih bersih, cekap dan efektif sekaligus mengurangkan sepenuhnya pencemaran udara & mengurangkan karbon dioksida di Sarawak. Ini termasuk melaksanakan penggunaan kenderaan elektrik (electric vehicles) dan kenderaan berkuasa hidrogen (hydrogen powered vehicles), melaksanakan penggunaan elektrik berasaskan tenaga solar (solar energy) di semua kawasan perumahan, kawasan perkampungan & kawasan luar bandar di Sarawak, serta mempertingkatkan penggunaan tenaga kuasa hidroelektrik secara mampan, teratur, jimat tenaga dan lebih bersih.
  • Melaksanakan sepenuhnya program Lan Berambeh Anak Sarawak bagi mendekati secara menyeluruh komuniti rakyat Sarawak serta golongan belia dari Sarawak, bagi menjelaskan dengan terperinci usaha-usaha pembangunan kerajaan Sarawak, pencapaian & sumbangan para pemimpin tempatan dan ahli-ahli politik Dayak dalam tempoh pemerintahan kerajaan baharu Sarawak, serta memberikan ruang yang lebih luas untuk menyuarakan sebarang cadangan, idea, pendapat dan luahan daripada seluruh komuniti Sarawak di Semenanjung Malaysia dan Sabah.
  • Memperjuangkan hak-hak wilayah Sarawak yang termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ini termasuk kuasa imigresen Sarawak, kuasa autonomi ekonomi Sarawak, kuasa autonomi peribumi Dayak, hak tanah adat rakyat peribumi Dayak (NCR), hak kuasa pemerintahan kerajaan Sarawak, kuasa autonomi kesihatan Sarawak, kuasa autonomi keselamatan wilayah, dan hak autonomi pengurusan alam sekitar & biodiversiti Sarawak.
  • Melaksanakan sepenuhnya autonomi dalam sektor penyiaran televisyen digital, multimedia, dan komunikasi di negeri Sarawak. Ini termasuk mentransformasikan perkhidmatan & pengurusan Sarawak Media Group (SMG), melaksanakan penambahan lima (5) lagi saluran televisyen digital baharu oleh Sarawak Media Group (SMG), melaksanakan transformasi penyiaran TVS, mengutamakan perluasan menyeluruh liputan internet kelajuan tinggi 4G & 5G, memperluaskan penggunaan internet 4G & 5G di seluruh kawasan perkampungan & kawasan luar bandar, serta melaksanakan penambahan lebih banyak saluran televisyen digital baharu menerusi myFreeview, termasuk penambahan 43 saluran televisyen digital berdefinisi tinggi (HD) baharu secara percuma dan tanpa sebarang bayaran di myFreeview, masing-masing dari Malaysia (dengan 20 saluran televisyen percuma dari Astro serta 11 lagi saluran televisyen tempatan yang lain), Singapura (semua 5 saluran televisyen Mediacorp secara percuma, iaitu Mediacorp Channel 5, Mediacorp Channel 8, Mediacorp SURIA, Mediacorp Channel U, dan Mediacorp Vasantham), dan Indonesia (hanya 7 saluran televisyen percuma (iaitu SCTV, Indosiar, Trans TV, Trans 7, METRO TV Indonesia, TV One, dan TVRI sahaja.)
  • Membenarkan serta meluluskan hak penyiaran penstriman berbayar Netflix, Amazon Prime Video, dan Disney+ Hotstar secara lebih menyeluruh dan lebih baik di Sarawak. Selain itu, kerajaan Sarawak juga berhak menubuhkan Jabatan Penyiaran Digital Sarawak (JPDS), Lembaga Perfileman Nasional Sarawak (LPNS), dan Lembaga Filem Dayak Sarawak (LFDS), selaras dengan kuasa autonomi penyiaran televisyen digital, multimedia, dan komunikasi di Sarawak.
  • Meningkatkan sepenuhnya mutu, stamina, dan semangat jati diri skuad kontinjen atlet negeri Sarawak, termasuk meningkatkan jumlah insentif khas untuk pembangunan atlet-atlet dari Sarawak, meningkatkan semangat perpaduan dan semangat tidak mudah menyerah kalah dalam diri semua atlet negeri Sarawak dan juga semua sukarelawan, serta mempertingkatkan keupayaan atlet, kecergasan fizikal & mental atlet, serta strategi kemenangan atlet yang lebih efektif dan lebih baik. Sekaligus dapat mengharumkan nama Sarawak di peringkat kebangsaan dan juga di persada antarabangsa.
  • Melaksanakan projek pembinaan Kompleks Pusat Latihan Kuching City F.C., projek pembinaan Kompleks Ibu Pejabat Kuching City F.C., pembinaan bangunan Institut Fisioterapi & Kecergasan Kuching City F.C., serta membaikpulih & menyelenggara sepenuhnya sebelas (11) buah kompleks stadium utama di Sarawak, iaitu Stadium Negeri Sarawak, Stadium Sukan Sarawak, Stadium Perpaduan Kuching (Kuching), Kompleks Sukan Bau (Bau), Kompleks Sukan Padawan (Siburan), Stadium Sri Aman (Simanggang), Kompleks Sukan Bintangor (Bintangor), Stadium Tun Zaidi (Sibu), Stadium Terbuka Miri (Miri), Kompleks Sukan Limbang (Limbang), dan Kompleks Sukan Lawas (Lawas).
  • Melaksanakan peruntukan khas sebanyak RM 50 bilion untuk pembangunan khidmat kejurulatihan pasukan Kuching City F.C., khidmat kecergasan & fisioterapi semua pemain Kuching City F.C., penggajian semua para pemain Kuching City F.C., serta pembangunan skuad pasukan Kuching City F.C., bagi mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi sebarang kejohanan atau perlawanan bola sepak seperti Liga Super Malaysia, TM Piala Malaysia, Piala FA, Liga Juara-Juara AFC, Piala Asia AFC, dan Piala AFC.
  • Melaksanakan sepenuhnya perubahan dan transformasi menyeluruh sistem pendidikan di Sarawak, dengan menerapkan sistem pengajaran & pembelajaran di sekolah-sekolah rendah & sekolah-sekolah menengah, seperti yang dilaksanakan di negara Amerika Syarikat dan negara Kanada. Ini termasuk pelaksanaan perubahan silabus pengajaran & pembelajaran, pelaksanaan perubahan sistem penyampaian pembelajaran yang lebih kompleks dan lebih baik, mengutamakan pengajaran berteraskan sains, inovasi & teknologi aras sederhana dan aras tinggi, mengutamakan pendidikan perniagaan, keusahawanan & ekonomi asas, serta memantapkan lagi pendidikan berasaskan teknikal & vokasional dengan lebih komprehensif, berdaya maju, dan lebih efektif.
  • Memperkukuhkan kerjasama ekonomi, pendidikan, seni & budaya, sains & teknologi, kejuruteraan aeroangkasa, serta keusahawanan digital (digital entrepreneurship) antara negeri Sarawak dengan negara-negara maju yang lain.

Organisasi kepimpinan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)Sunting

Majlis Tertinggi PBBSunting

  • Presiden:
    • Tan Sri Datuk Patinggi Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Abang Haji Openg
  • Timbalan Presiden:
    • Datuk Amar Douglas Uggah Embas
    • Awang Tengah Ali Hasan
  • Naib Presiden Kanan:
    • Datuk Seri Fadillah Yusof
    • Datuk Dr. Stephen Rundi Utom
  • Naib Presiden:
    • Julaihi Narawi
    • Gerawat Gala
    • Gerald Rentap Jabu
    • Abdul Karim Rahman Hamzah
    • Annuar Rapaee
    • Abdul Rahman Junaidi
    • Roland Sagah Wee Inn
  • Setiausaha Agung:
    • Datuk Seri Alexander Nanta Linggi
  • Timbalan Setiausaha Agung:
    • Ibrahim Baki
  • Bendahari Agung:
    • Datuk Amar Abdul Hamed bin Haji Sepawi
  • Ketua Penerangan:
    • Haji Idris Buang
  • Setiausaha Eksekutif:
    • Awang Bujang Awang Antek
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa Terpilih (BUMIPUTERA):
    • Dr. Hazland Abang Hipni
    • Mohamad Razi Sitam
    • Abdullah Saidol
    • Aidel Lariwoo
    • Fazzruddin Abdul Rahman
    • Shafiee Ahmad
    • Razaili Gapor
    • Awla Idris
    • Yusuf Abdul Wahab
    • Datuk Dr. Juanda Jaya
    • Datuk Mohamad Duri
    • Awangku Jinal Abedin Datuk Pengiran Jawa
    • Haidar Khan Asghar Khan
    • Mohammed Kamaluddin Mohamad Effendie
    • Mohamad Sardon Zainal
    • Syed Hamzah Wan Hamid Edruce
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa Terpilih (PESAKA):
    • Datuk Henry Sum Agong
    • Robert Lawson Chuat
    • Jefferson Jamit Unyat
    • Datuk Dr. Jerip Susil
    • Tan Sri William Mawan Ikom
    • Dennis Ngau
    • Simon Sinang Bada
    • John Ilus
    • Lidam Assan
    • Daniel Jubang Kayan
    • Mikai Mandau
    • Luyoh Akau
    • Ugak Sanggau
    • Robert Laing Anyie
    • Datuk Willie Mongin
    • Peter Asut
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa (Dilantik):

Pergerakan Wanita PBBSunting

  • Ketua Wanita:
    • Dato Sri Hajah Fatimah Abdullah
  • Timbalan Ketua Wanita:
    • Datin Sri Angelina Ujang
    • Dato Sri Hajah Rohani binti Haji Abdul Karim
  • Naib Ketua Wanita:
    • Dato Sri Hajah Nancy binti Haji Shukri
    • Puan Umang Nangku Jabu Eigensatz
    • Datuk Hajah Sharifah Hasidah binti Sayeed Aman Ghazali
  • Setiausaha:
    • YB Senator Susan Chemerai Anding
  • Penolong Setiausaha (1):
    • Fridah Osman
  • Penolong Setiausaha (2):
  • Bendahari:
    • Dr. Dayang Nurfizawati binti Haji Abang Abdul Karim
  • Penolong Bendahari:
    • Natasha Nasa Datuk Amar Douglas Uggah
  • Ketua Penerangan:
    • Datin Esther Mujan Balan
  • Penolong Ketua Penerangan:
    • Datuk Hajah Rubiah binti Haji Wang
  • Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (BUMIPUTERA) :
    • Puan Hajah Dora binti Abdul Rahman
    • Puan Hajah Hasanah binti Haji Majais
    • Kr. Puan Misiah binti Abu Seman
    • Puan Noriha binti Haji Ali
    • Puan Dayang Nora binti Awang Sabudin
    • Puan Mujallipah binti Mohd Anis
    • Puan Rokiah binti Mohamad Jahar
    • Kr. Puan Hadijah binti Sheikh Kassim
    • Puan Dayang Rajamah binti Abang Adeng
    • Puan Dayangku Norli binti Awangku Terjudin
    • Kr. Puan Hajah Mahani binti Haji Sahari
    • Puan Anita binti Mohammed
  • Ahli Majlis Tertinggi Dipilih (PESAKA):
    • Puan Jenny anak Bangga
    • Puan Elizabeth Nail anak Wen
    • Puan Carolynne Dayang anak Jawa
    • Puan Candida Entri
    • Puan Yvoone Nillie anak Intily
    • Puan Carrie Anne anak John David
    • Puan Mindy Maida John
    • Dr. Christie Augustine Kiek
    • Puan Kesean Nenna Sandah
    • Roszuina anak Labet
    • Kr. Puan Margaret @ Uding Nawan Lawai
    • Puan Suti Saran
    • Puan Lilla Raja @ Lilla Wong

Pergerakan Pemuda PBBSunting

  • Ketua Pemuda:
    • Miro Simuh
  • Timbalan Ketua Pemuda:
    • Allan Siden Gambong
    • Lukanisman Awang Sauni
  • Naib Ketua Pemuda:
    • Royston Valentine
    • Malcolm Layang Jimbun
    • Anderson Kalang Lah
  • Setiausaha
    • Sufian Mohat
  • Penolong Setiausaha (1):
    • Martin Ngindang anak Richard Mulok
  • Penolong Setiausaha (2):
  • Bendahari:
    • Edwin Bukong
  • Penolong Bendahari:
    • Haji Afiq Fikri bin Haji Brahim
  • Ketua Penerangan:
    • Azizul Annuar bin Adenan
  • Penolong Ketua Penerangan:
    • Cr. Neuchlos Jub
  • Setiausaha Kerja (1):
    • Johan Haris bin Sulaiman
  • Setiausaha Kerja (2):
    • Jillson anak John
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa (Terpilih):
    • Stephen Augustine Lateng
    • Judson Jarrau
    • Nicholas Bawin anak Burong
    • Michael Bel Ben
    • Alexious Bethrol anak Stephen
    • Albert anak Andrew
    • Denvy
    • Wilson anak Ahon
    • Murphy Nyegang anak Nelson Mujah
    • Aaron Rachel anak Palu
    • Muhammad Fadilah bin Ali Seman
    • Abang Hisham bin Abang Hashim
    • Abdul Halik Jafar
    • Kasdi Pandi
    • Mohd Nazrol Hisham bin Awang Tengah
    • Rizal bin Talip
    • Mohd Faizal bin Jamiludin
    • Syed Zyed Wan Asnawi
    • Sebli bin Morshidi
    • Shahrul Iman bin Mohd Naroden
    • Mohamad Shafizan bin Haji Kepli
    • Afiq Hizami bin Julaihi
    • Steve Lius
    • Veriland Godon Anak Gagat
    • Lyokarto Sikong
  • Ahli-Ahli Jawatankuasa (Dilantik):
    • Abang Mohamad Hafiq Abang Kassim
    • Assoddin bin Narawi
    • Abdul Hisham bin Ahmad
    • Abdul Adzim Adzmi bin Abdul Rahman
    • Baling Elision Duren
    • Cyrill Kuling
    • Johny Sain
    • Hardy Boy anak Ramping
    • Sonny Terrance
  • "

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  • Chin, James. 2003. 'The Melanau-Malay Schism Erupts Again: Sarawak at the Polls' in Lok Kok Wah & Johan Saravanamuttu (eds.), New Politics in Malaysia (Singapore: Institute of South East Asian Studies, 2003) (ISBN 981-230-169-0) pp. 213-227
  • An review of various "Sons of Soil" concepts by Dr. Bhaskar Dasgupta: http://piquancy.blogspot.com/2006/02/sons-of-soil.html

Pautan luarSunting

RujukanSunting

  1. ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
  2. ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005