Patriotisme didefinisikan sebagai sikap-sikap positif dan menolong terhadap 'tanah air' (bahasa Latin patria < bahasa Greek patris, πατρίς), oleh individu-individu dan kumpulan-kumpulan. 'Tanah air' (atau 'ibu pertiwi') itu mungkin suatu bandar atau rantau, namun patriotisme ini bermaksud bangsa dan/atau negara. Patriotisme meliputi sikap-sikap seperti: bangga akan pencapaian dan budaya bangsa, kehendak memelihara ciri-ciri bangsa dan dasar budayanya, dan identifikasi dengan ahli-ahli lain dalam bangsa. Patriotisme dikait rapat dengan nasionalisme, dan istilah-istilah ini digunakan seolah-olah bersinonim dengan satu sama lain. Sebenarnya, nasionalisme ialah sejenis ideologi - namun nasionalisme selalu memupuk nilai-nilai patriotik sebagai sikap yang sewajarnya. (Kedua-dua gerakan politik nasionalis dan penyataan patriotik mungkin, namun tidak semestinya, bersikap negatif terhadap 'tanah air' bangsa lain).

Pertahanan tanah air adalah perkara biasa dalam patriotisme: Patung di laman dalam École polytechnique, Paris, memperingati penglibatan para penuntut dalam mempertahankan Perancis daripada serangan Kerajaan Campuran tahun 1814.

Patriotisme mengandungi konotasi etika: adalah dibayangkan bahawa 'tanah air' ini (biar bagaimana sekalipun ertinya) sendirinya adalah satu taraf moral atau niali moral. Penyataan negaraku benar atau salah - mungkin salah tafsir petikan dari pegawai tentera laut Amerika Syarikat Stephen Decatur, tetapi juga dianggap dinyatakan oleh Carl Schurz - merupakan bentuk yang teramat sangat bagi kepercayaan ini. Patriotisme juga membayangkan bahawa seseorang wajar mengutamakan kepentingan negara berbanding kepentingan diri dan kelompoknya. Ketika peperangan, mungkin nyawa diri yang perlu dikorbankan. Gugur dalam pertempuran merupakan contoh biasa bagi patriotisme melampau.

Etimologi sunting

Kata patriotisme terbentuk daripada kata Yunani, iaitu Peter yang bermaksud bapa dan patris yang bermaksud tanah. Apabila kedua-dua kata tersebut digabungkan, maka muncullah maksud kecintaan kepada tanah air. Menurut kamus Webster, patriotism ialah "the devoted love, support and defence of one's country".

Jenis patriotisme sunting

 
Magnet pada kereta menjadi salah satu cara yang popular untuk menunjukkan patriotisme di Amerika Syarikat ketika pilihanraya tahun 2004.

Patriotisme peribadi adalah berperasaan dan sukarela. Patriot mematuhi nilai-nilai patriotik tertentu, seperti menghormati bendera.

Kerajaan memupuk patriotisme rasmi yang penuh isi simbolik dan istiadatnya. Patriotisme ini adalah kepentingan logik negeri itu sendiri, yang memperoleh kesahan dari menjadi penyataan kebaikan bersama komuniti politik. Tugu negara dan Hari Bekas Perajurit dan upacara peringatan merupakan contoh-contoh tipikal bagi jenis patriotisme ini. Selalunya patriotisme rasmi diatur oleh protokol, dengan kaedah-kaedah tertentu untuk mengendali bendera, atau jaminan atau penunjukan kesetiaan tertentu.

Patriotisme banyak bergantung kepada tindakan simbolik, seperti mempamerkan bendera, menyanyi lagu kebangsaan, menyertai perhimpunan beramai-ramai, meletakkan pelekat bampar patriotik pada kenderaan, atau apa-apa cara sekalipun untuk menyatakan kesetiaan kepada negara di peringkat umum. Patriotisme simbolik ketika perang dijangka menaikkan semangat yang pula menyumbang kepada usaha perang. Patriotisme masa aman tidak boleh dikaitkan begitu mudah kepada faedah yang boleh diukur untuk negeri, namun patriot tidak merendah-rendahkannya.

Sesetengah pihak menegaskan bahawa (tidak seperti nasionalisme moden, iaitu pembentukan negara abad ke-19), authentic patriotism (seperti yang ditunjukkan perkataan bahasa Latin 'pater') mestilah berasaskan suatu bentuk genofilia dan perkongsian nenek moyang.

Tahap patriotisme berubah-ubah sepanjang masa, dan berbeza-beza di kalangan komuniti politik. Biasanya, keamatan patriotik lebih tinggi apabila negeri diancam oleh pihak luar.

Sebaliknya, tahap patriotisme yang tinggi selalu digandingkan dengan sifat suka berperang, menurut Correlates of War. Sebagai contoh, patriotisme dikatakan pada tahap tinggi oleh Correlates mengenai Jerman pra-Perang Dunia I, begitu juga bagi AS masa kini dalam World Values Survey.

Sumber dan bacaan lanjut sunting

  • Alasdair MacIntyre, 'Is Patriotism a Virtue?', in: R. Beiner (ed.), Theorizing Citizenship, 1995, State University of New York Press, pp. 209 - 228.
  • Joshua Cohen and Martha C. Nussbaum, For Love of Country: Debating the Limits of Patriotism, Beacon Press, 1996. ISBN 0-8070-4313-3.
  • Jürgen Habermas, “Appendix II: Citizenship and National Identity,” in Between Facts and Norms: Contributions to a Discourse Theory of Law and Democracy, trans. William Rehg, MIT Press, 1996.
  • Maurizio Viroli, For Love of Country: An Essay on Patriotism and Nationalism, Oxford University Press, 1997. ISBN 0-19-829358-5.
  • Daniel Bar-Tal and Ervin Staub, Patriotism, Wadsworth Publishing, 1999. ISBN 0-8304-1410-X.
  • Charles Blattberg, From Pluralist to Patriotic Politics: Putting Practice First, Oxford University Press, 2000. ISBN 0-19-829688-6.
  • Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002. ISBN 1-57392-955-7.
  • Paul Gomberg, “Patriotism is Like Racism,” in Igor Primoratz, ed., Patriotism, Humanity Books, 2002, pp. 105-112. ISBN 1-57392-955-7.
  • Craig Calhoun, Is it Time to Be Postnational?, in Ethnicity, Nationalism, and Minority Rights, (eds.) Stephen May, Tariq Modood and Judith Squires. Cambridge: Cambridge UP, 2004. pp 231-256. Online at www.ssrc.org Diarkibkan 2006-11-07 di Wayback Machine.
  • George Orwell, “Notes on Nationalism Diarkibkan 2008-01-12 di Wayback Machine,” in England Your England and Other Essays, Secker and Warburg, 1953.