Parti Pesaka Anak Sarawak

bekas parti politik di Sarawak

Parti Pesaka Anak Sarawak atau Sarawak Native's Heritage Party (PESAKA), atau juga dikenali juga sebagai PAPAS, merupakan salah satu bekas parti politik berperingkat negeri yang ditubuhkan pada bulan Julai 1962 di Sarawak, Malaysia.[1] Parti ini merupakan parti politik kedua kaum Iban selepas Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) didaftarkan pada Mac 1961.

Parti Pesaka Anak Sarawak
DitubuhkanJulai 1962
Dibubarkan30 April 1973
Ibu pejabatKuching, Sarawak

Bersama-sama empat orang pemimpin daripada kaum Iban di Sibu, Tun Jugah yang meninggalkan Parti Negara Sarawak (PANAS) mengasaskan PESAKA untuk menentang SNAP yang mendapat sokongan yang kuat daripada kaum Iban Sibu.

Menjelang Ogos 1962, parti baru PESAKA telah tumbuh di Sibu untuk orang Iban dari Batang Rajang. Penaja-penajanya telah enggan menyertai Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), yang mengikut mereka adalah untuk orang Iban dari Saribas. Antara penaja PESAKA adalah Penghulu Masam Anak Radin, Pengarah Banyang, Penghulu Chundi Anak Resa dan Penghulu Umpau. Temenggong Jugah, Temenggong Oyong Lawai Jau dan Jonathan Bangau pula menyertainya kemudian. Sementara Jugah dan Oyong Lawai Jau adalah pada mulanya ahli Parti Negara Sarawak (PANAS), Bangau pula ahli Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP). Penghulu-penghulu dari bahagian lains seperti Penghulu Tawi Sli dari Bahagian Kedua dan Penghulu Abok Anak Jalin dari Bintulu juga menyertai PESAKA. Jadi PESAKA sebenarnya juga merupakan "Parti Penghulu".

Namun, orang yang sebenarnya melahirkan akal untuk menubuhkan PESAKA adalah Thomas Kana, seorang pembantu perubatan yang merupakan pembalut luka di Kuala Belait, Brunei. Beliau dilantik Setiausaha Agung PESAKA yang pertama. Kebetulan Stephen Kalong Kingkan, salah seorang pengasas dan Setiausaha Agung pertama SNAP, bukan sahaja adalah rakan sejawatannya di Kuala Belait tapi juga seterunya. Semenjak di Kuala Belait, Ningkan dan Kana tidak suka dan selalu menyindir antara satu sama lain. Apabila kedua-duanya pulang ke Sarawak, Ningkan menubuhkan SNAP manakala Kana menubuhkan PESAKA dan pemusuhan mereka berterusan menyemai benih dan bibit perpecahan di kalangan orang Iban-iban Sarawak, asasnya antara Iban Batang Rajang dan Iban Saribas. Mereka enggan berganjak dan masing-masing mahu menjadi ketua di dalam sesuatu parti atau kerajaan. Secara tak langsung perpecahan dan permusuhan antara dua pemimpin ini telah mempengaruhi perpaduan masyarakat Dayak sehingga hari ini.

Pada 30 April 1973, PESAKA bergabung dengan Parti Bumiputera yang merupakan gabungan Parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA), untuk menubuhkan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB).[2][3]


Lihat juga sunting

Pautan Luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Sarawak’s 45th Anniversary, by lovebell, 28 July 2008, Kuching Catcity
  2. ^ "Oops, PBB exclusively for Bumiputera, by Stanley Bye Kadam Kiai, 1 March 2010, Sarawak Update". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-29. Dicapai pada 2010-04-22.
  3. ^ Unity in diversity, New Straits Times, Mar 26, 2005