Gabungan Parti Sarawak

gabungan parti politik kebangsaan di Sarawak

Gabungan Parti Sarawak (singkatan: GPS) (Jawi: ڬابوڠن ڤرتي سراوق) adalah gabungan parti politik berbilang kaum di Sarawak, Malaysia. Gabungan politik tempatan ini telah disahkan secara rasmi oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) pada 19 November 2018.[1][2] Dalam Dewan Rakyat terkini, setakat November 2022, GPS membentuk blok keempat terbesar. Di peringkat negeri, GPS merupakan blok dominan, dengan memiliki majoriti dua-per-tiga dan gabungan ini mempromosikan kesatuan diantara presiden parti-parti tempatan dan rakyat-rakyat tempatan.

ڬابوڠن ڤرتي سراوق
Gabungan Parti Sarawak
(GPS)
Nama MelayuGabungan Parti Sarawak
ݢابوڠن ڤرتي سراوق
Nama Cina砂拉越政黨聯盟
砂拉越政党联盟
Shālāyuè zhèngdǎng liánméng
SingkatanGPS
PresidenTan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Abang Openg
Setiausaha agungAlexander Nanta Linggi Sunting nilai ini di Wikidata
Setiausaha amDato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof (pemangku)
Timbalan PresidenDatuk Amar Douglas Uggah Embas
Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian
Dato' Sri Tiong King Sing
PengasasTan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Haji Abang Openg
Diasaskan12 Jun 2018 (2018-06-12)
Disahkan19 November 2018[1][2]
Didahului olehParti Perikatan Sarawak (1963-1973) (Secara tidak langsung dari pemerintahan awal "Parti Perikatan")
Ibu pejabatKuching, Sarawak
Akhbar• Jiwa Bakti
• Suara Sarawak
• Malay Mail
• Sa'ati
Media tidak rasmi:
See Hua Daily News
The Borneo Post
Utusan Borneo
TVS
• DayakDaily (online news)
Radio Televisyen Malaysia (RTM)
Media Prima Berhad (MPB)
Astro Awani (Astro)
CNA (Singapura)
• Media GPS (TikTok rasmi)
Sayap pelajarGerak Belia 1828 GPS
Sayap belia/pemudaPergerakan Pemuda GPS
Sayap wanitaPergerakan Wanita GPS
Keanggotaan745,628 (Mei 2025)
IdeologiNasionalisme Sarawak
Hak Bumiputera negeri
Marhaenisme negeri
Kerjasama pelbagai kaum
Hak kebajikan rakyat
Kuasa politik rakyat
Hak peribumi Sarawak
Kestabilan politik negeri
Hak ekonomi negeri
Kerajaan yang adil
Demokrasi semua kaum
Sekularisme negeri
Berfikiran kritis dan sahih
Kedudukan politikTengah ke tengah kanan
Hubungan kebangsaanRakan gabungan:
Barisan Nasional (1973–2018) (sebagai BN Sarawak)
• Gabungan UMNO–BN (2020–2022) (sebagai rakan politik nasional)
Gabungan Perpaduan PH+BN (sejak 2022)
Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2023)
Warna     Hitam dan Merah
SloganUtamakan Sarawak[3][4]
Lagu"GPS Utamakan Sarawak"[5]
Tapak sesawanghttps://gpsarawak.com/parlimen
Pautan lainFacebook: GPSarawak Sunting ini di Wikidata
Dewan Negara:
7 / 70
Dewan Rakyat:
23 / 31
(kerusi Parlimen di Sarawak)
Dewan Undangan Negeri Sarawak:
80 / 82
Premier Sarawak:
1 / 1
(hanya di Sarawak)
Bendera parti

(Bendera rasmi GPS)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

GPS dipromosikan sebagai sebuah gabungan parti yang universal, bebas, dan juga dapat menyokong atau menentang sebarang idea, kenyataan, dan cadangan daripada pihak kerajaan mahupun daripada pihak pembangkang di seluruh Malaysia.[6] Walau bagaimanapun, GPS juga pernah dikritik pihak pembangkang kerana dakwaan penindasan terhadap pembangkang dan pembesar yang tak sehaluan.[7]

Sejarah

sunting

Penubuhan

sunting

Gabungan Parti Sarawak (GPS) merupakan gabungan parti politik nasional Sarawak, yang terdiri daripada penggabungan empat parti komponen tempatan Sarawak, iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB), Parti Demokratik Progresif Sarawak (PDP), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), dan Parti Rakyat Sarawak (PRS). Selain itu, Gabungan Parti Sarawak (GPS) kini merupakan gabungan parti politik tempatan yang bebas, universal, dan kompleks di Sarawak. Ini kerana gabungan parti politik ini berhak menyokong atau menentang mana-mana pihak kerajaan mahupun pihak pembangkang di seluruh Sarawak, dan juga di seluruh Malaysia secara amnya.

Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini mula diperkenalkan pada 12 Jun 2018, sebagai suatu gabungan parti di bawah Barisan Nasional (BN).[8] Namun pada 19 November 2018, Gabungan Parti Sarawak (GPS) secara rasmi diluluskan di bawah Akta Pertubuhan 1966, serta diiktiraf terus oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS) sebagai "gabungan parti politik bebas" yang sah. Gabungan parti politik ini dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri semasa berlangsungnya pilihan raya negeri, pilihan raya umum, dan pilihan raya kecil yang berlangsung di Sarawak.

Berikutan kemelut politik Malaysia 2020–2022 yang menyaksikan kerajaan asal Pakatan Harapan kehilangan majoriti di Dewan Rakyat, GPS memeterai perjanjian dengan mengisytiharkan sokongan kepada gabungan kerajaan baharu, Perikatan Nasional. Abang Jo bagaimanapun menegaskan perjanjian itu tidak akan menyaksikan GPS menjadi ahli PN, sebaliknya kekal sebagai rakan kongsi.[9] Seminggu selepas pemilihan perdana menteri PN, Muhyiddin Yassin, mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baharu, beliau mengumumkan kabinetnya yang menyaksikan empat ahli parlimen GPS menjadi menteri penuh, dan lima lagi ahli menjadi timbalan menteri.[10] Parti itu membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya pada pilihan raya negeri Sarawak 2021. Pemilihan itu ditandakan sebagai kejayaan besar bagi parti itu, kerana ia meningkatkan kawalan ke atas Dewan Undangan Negeri Sarawak dengan memenangi 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan.[11]

Pada pilihan raya umum Malaysia ke-15, GPS memperoleh kejayaan besar dalam bahagian Sarawak, dengan 23 kerusi diperoleh daripada 31 kerusi keseluruhan di Sarawak. Dalam situasi parlimen tergantung yang terbit dalam pilihan raya itu, blok GPS yang besar dilihat sebagai penentu utama blok kerajaan yang bakal terbina.

Organisasi kepimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS)

sunting
Jawatan Nama Nota
Presiden Tan Sri Datuk Patinggi Dr. Haji Abang Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Haji Abang Openg
Timbalan Presiden Datuk Amar Douglas Uggah Embas
Datuk Amar Prof. Dr. Sim Kui Hian
Dato' Sri Tiong King Sing
Naib Presiden Datuk Joseph Salang Gandum
Dato' Sri Roland Sagah Wee Inn
Dato' Sri Stephen Rundi Atom
Dato' Sri John Sikie Tayai
Dato Sri Lee Kim Shin
Dato' Sri Julaihi Narawi
Setiausaha Agung Dato' Sri Alexander Nanta Linggi
Ketua Whip GPS Dato' Sri Haji Fadillah Haji Yusof
Bendahari Agung Datuk Dr Haji Abdul Rahman Junaidi
Ketua Penerangan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah
Ketua Strategik (Komunikasi & Pilihanraya) Dato' Fazzrudin Abdul Rahman
Ketua Strategik (Belia & Wanita) Datuk Dayang Noorazah Awang Sohor
Ketua Pemuda GPS Dato' Gerald Rentap Jabu
Timbalan Ketua Pemuda Datuk Martin Ben
Azizul Annuar Adenan
Ketua Wanita GPS Dato' Sri Fatimah Abdullah
Timbalan Ketua Wanita Datuk Hajah Rosey Yunus
Susan Chemerai Anding
Ahli Majlis Kerja Tertinggi GPS Dato Dr Richard Rapu
Dato' Seri Richard Riot
Datuk Abdullah Saidol
Dato' Awang Beeme Alis Basah
Dato' Anyi Ngau
Dato' Ir. Lo Khere Chiang
Rodiyah Sapiee
Datuk Haji Hasbi Habibollah
Dato' Haji Idris Buang
Tan Sri Datuk William Mawan Ikom
Datuk Snowdan Lawan
Dato' Hanifar Hajar Taib
Dato' Sri Wong Soon Koh
Datuk Dr. Haji Annuar Rapaee
Roy Angau Gingkoi
Ketua Bahagian Media & Promosi Niel Razyfael
Ahli-ahli Jawatankuasa (Sayap Pemuda GPS)
Ahli-ahli Jawatankuasa (Sayap Wanita GPS)

Pilihan raya umum negeri

sunting

Keputusan pilihan raya

sunting

Dewan undangan negeri

sunting
Pilihan raya Dewan Undangan Negeri
Sarawak menang / bertanding
2/3 majoriti
2 / 3
2021
76 / 82
76 / 82

Parlimen

sunting
PRU Parlimen % Perubahan Nota
2022
23 / 31
74% 4 GPS berjaya merampas semula Puncak Borneo, Lubok Antu, Selangau dan Sarikei

Wakil rakyat

sunting

Lantikan Yang di-Pertuan Agong

sunting
Keanggotaan semasa Dewan Negara (Malaysia) lantikan Yang di-Pertuan Agong
No. Nama Parti Penggal Penggal mula Penggal tamat Catatan
1 Susan Chemerai Anding, YB Senator Puan[12] GPS (PBB) Kedua 21 Ogos 2023 (2023-08-21) 20 Ogos 2026 (2026-08-20)
2 Rita Sarimah Patrick Insol, YB Senator Puan[12] GPS (PRS) Kedua 20 November 2023 (2023-11-20) 19 November 2024 (2024-11-19)
3 Pele Peter Tinggom, YB Senator Tuan GPS (PDP) Pertama 5 Mac 2024 (2024-03-05) 4 Mac 2027 (2027-03-04)
4 Robert Lau Hui Yew, YB Senator Tuan GPS (SUPP) Kedua 5 Mei 2024 (2024-05-05) 4 Mei 2027 (2027-05-04)
5 Awang Bemee Awang Ali Basah, YB Senator Dato' GPS (PBB) Pertama 15 Julai 2024 (2024-07-15) 14 Julai 2027 (2027-07-14)

Nota: Susunan mengikut senioriti.

Lantikan Dewan Undangan Negeri

sunting
Keanggotaan semasa Dewan Negara (Malaysia) lantikan Dewan Undangan Negeri
No. Negeri Senator Parti Penggal Penggal mula Penggal tamat Catatan
1   Sarawak Ahmad Ibrahim, YB Senator Datuk GPS (PBB) Pertama 18 Julai 2022 (2022-07-18) 17 Julai 2025 (2025-07-17)
2   Sarawak Michael Mujah Lihan, YB Senator Tuan GPS (PBB) Pertama 11 Disember 2023 10 Disember 2026

Nota: Susunan mengikut negeri

Dewan Rakyat

sunting
Negeri No. Parlimen Ahli Parti Catatan
  Sarawak P193 Santubong YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri PBB Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
P194 Petra Jaya YAB Dato' Sri Haji Fadillah Yusof PBB Timbalan Perdana Menteri Malaysia
Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia
P197 Kota Samarahan YB Datuk Rubiah Wang PBB Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Malaysia
P198 Puncak Borneo YB Datuk Willie Mongin PBB
P199 Serian YB Dato' Sri Richard Riot Jaem SUPP
P200 Batang Sadong YB Puan Rodiyah Sapiee PBB
P201 Batang Lupar YB Tuan Mohamad Shafizan Kepli PBB
P202 Sri Aman YB Dato' Sri Doris Sophia Brodi PRS
P203 Lubok Antu YB Tuan Roy Angau Gingkoi PRS
P204 Betong YB Dr. Richard Rapu PBB
P206 Tanjong Manis YB Tuan Ir. Yusuf Abd Wahab PBB
P207 Igan YB Tuan Haji Ahmad Johnie Zawawi PBB
P208 Sarikei YB Dato' Sri Huang Tiong Sii SUPP Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Malaysia
P210 Kanowit YB Datuk Aaron Ago Dagang PRS Menteri Perpaduan Negara Malaysia
P213 Mukah YB Dato' Hajah Hanifah Hajar Taib PBB Timbalan Menteri Ekonomi Malaysia
P214 Selangau YB Tuan Edwin Banta PRS
P215 Kapit YB Dato' Sri Alexander Nanta Linggi PBB Menteri Kerja Raya Malaysia
P216 Hulu Rajang YB Datuk Wilson Ugak Kumbong PRS Timbalan Menteri Digital Malaysia
P217 Bintulu YB Dato' Sri Tiong King Sing PDP Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia
P218 Sibuti YB Dato' Lukanisman Awang Sauni PBB Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia
P220 Baram YB Dato' Anyi Ngau PDP
P221 Limbang YB Datuk Haji Hasbi Habibollah PBB Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia
P222 Lawas YB Dato' Henry Sum Agong PBB

Kerajaan negeri

sunting
Negeri Jawatan Ahli Parti Dewan Undangan Negeri
  Sarawak Premier Abang Johari Tun Openg PBB Gedong

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ a b Hidir Reduan Abdul Rashid (19 November 2018). "Gabungan Parti Sarawak gets nod from RoS". New Straits Times. Yahoo! News Singapore. Dicapai pada 20 November 2018.
  2. ^ a b Samuel Aubrey; Abdul Hakim Bujang; Kim How Pin; Peter Boon (20 November 2018). "ROS officially approves GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 20 November 2018.
  3. ^ "It's 'Sarawak First That's GPS' development approach". New Sarawak Tribune. 29 November 2018. Dicapai pada 23 Januari 2019.
  4. ^ Jeremy Veno (10 Januari 2019). "A guiding light for GPS". The Borneo Post. Dicapai pada 23 Januari 2019. According to Abang Johari, the focal point of the GPS logo depicts the Kenyalang (hornbill) in the shape of an ‘S’ which reflects the vision and slogan of the party of putting ‘Sarawak First’.
  5. ^ "Lirik Lagu GPS". Dicapai pada 13 September 2019.
  6. ^ Akan jadi pembangkang yang bijak dibawah Gabungan Parti Sarawak- Lukanisman
  7. ^ Steven Then (27 Januari 2022). "Evil of GPS to deny salaries to political opponents: PSB's Bruce Chai". The Vibes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 21 November 2022.
  8. ^ [Sarawak BN parties pull out of coalition to form independent state-based pact]
  9. ^ "CMO: GPS not a member of Perikatan Nasional, will support Muhyiddin regardless". Borneo Post. Borneo Post. 29 Februari 2020. Dicapai pada 29 Februari 2020.
  10. ^ "Fadillah: GPS ministers, deputies will fight for Sarawak's rights". The Star. 9 Mac 2020. Dicapai pada 9 Mac 2020.
  11. ^ "Landslide win for GPS coalition as it retains power in Sarawak state polls". CNA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 Januari 2022.
  12. ^ a b Bernama (22 Jun 2020). "Lima angkat sumpah sebagai senator". BHarian. Dicapai pada 28 Disember 2020. Cite has empty unknown parameter: |dead-url= (bantuan)