Anyi Ngau
YB Dato' Anyi Ngau (lahir c. 1958) merupakan ahli politik Malaysia. Beliau kini berkhidmat sebagai Pengerusi LADA kali kedua dan Ahli Parlimen Baram.
YB Dato' Anyi Ngau PSBS (Sarawak) | |
---|---|
Pengerusi Lembaga Lada Malaysia | |
Memegang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Johari Abdul Ghani (2023-kini) Fadillah Yusof (2022-2023) |
Didahului oleh | Baharuddin Mokhsen |
Dalam jawatan 1 Julai 2020 – 3 Januari 2022 | |
Perdana Menteri | |
Menteri | |
Didahului oleh | Larry Sng |
Digantikan oleh | Baharuddin Mokhsen |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Baram, Sarawak | |
Memegang jawatan 24 Jun 2013 | |
Didahului oleh | Jacob Dungau Sagan |
Majoriti | 7,339 (PRU-15) 1,990 (PRU-14) |
Pengerusi Lembaga Koko Malaysia | |
Dalam jawatan 20 Mei 2020 – 30 Jun 2020 | |
Perdana Menteri | Muhyiddin Yassin |
Menteri | Mohd Khairuddin Aman Razali |
Didahului oleh | Jonathan Yasin |
Digantikan oleh | Ali Akbar Gulasan |
Butiran peribadi | |
Lahir | s. 1958 (umur 65–66) Tanah Jajahan Mahkota Sarawak (kini Sarawak, Malaysia) |
Kerakyatan | Malaysia |
Parti politik | Parti Demokratik Progresif |
Sekutu gabungan politik lain | BN (-2018) GPS (2018-) |
Saudara | Roland Engan (anak saudara) |
Alma mater | Universiti Sains Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik |
Beliau memulakan kerjaya politiknya tatkala beliau bertanding untuk Baram dan dipilih pada pilihan raya 2013.[1] Beliau dicalonkan sekali lagi untuk kawasan yang sama pada pilihan raya 2018, walaupun ada desas-desus bahawa seorang calon langsung dari Barisan Nasional (BN) akan dicalonkan.[2] Beliau lalu menang lagi, menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) iaitu Roland Engan, yang juga anak saudaranya,[3] dengan majoriti 1,990 undi.[4]
Pada Mac 2020, sebaik sahaja Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau mencalonkan salah seorang Ahli Parlimen Parti Demokratik Progresif (PDP) iaitu Tiong King Sing sebagai Timbalan Menteri Perpaduan Negara, meskipun Tiong menolak tawaran tersebut.[5][6] Selepas kejadian itu, terdapat spekulasi bahawa Ngau, Ahli Parlimen PDP yang lain, bakal menjadi sebagai pengganti, tetapi tidak pernah terjadi akhirnya.[7] Jawatan itu lalu diambil oleh Ti Lian Ker dari Persatuan Cina Malaysia (MCA).[8] Ngau kemudian dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia pada 20 Mei, menggantikan Jonathan Yasin.[9][10] Beliau juga dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Lada Malaysia pada 1 Julai.[11][12]
Ngau berketurunan Kenyah dan berkelulusan Universiti Sains Malaysia (USM).[7]
Penghormatan
suntingMalaysia
sunting- Sarawak :
- Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) – Dato (2022)[13]
Rujukan
sunting- ^ "Calon BN yang terbaik: Taib". 29 April 2013. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "PRU14: Tidak ada calon langsung BN di kerusi Baram". 19 Mac 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Anyi dicabar anak saudaranya Roland di Parlimen Baram". 29 April 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Senarai keputusan penuh Pilihan Raya Umum Ke-14 (Sarawak) mengikut kawasan". 10 Mei 2018. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Tiong turns down Deputy Minister's post". 10 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Tiong King Sing tolak jawatan Timbalan Menteri". 10 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ a b "Anyi Ngau menggantikan Tiong sebagai Timbalan Menteri Perpaduan?". 11 Mac 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Ti Lian Ker dilantik timbalan menteri perpaduan negara". 2 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Anyi Ngau is Malaysia Cocoa Board chairman". 20 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Anyi Ngau is Malaysian Cocoa Board chairman". 21 Mei 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Anyi Ngau dilantik Pengerusi Lembaga Lada Malaysia". 15 Julai 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ "Anyi Ngau's appointment as MPB chair of great significance to S'wak, pepper smallholders". 16 Julai 2020. Dicapai pada 27 Ogos 2021.
- ^ Mohd Roji Kawi (8 October 2022). "PM dahului senarai penerima darjah kebesaran Sarawak". Harian Metro. Dicapai pada 8 October 2022.