Parti Rakyat Bersatu Sarawak
Parti Rakyat Bersatu Sarawak (Inggeris: Sarawak United People's Party; (Jawi: "فرتي رعيه برساتو سراوق" ; singkatan: SUPP) merupakan sebuah parti bercorak pelbagai kaum tetapi majoriti keahliannya terdiri daripada kaum Cina. Parti ini ditubuhkan pada tahun 1959 di Sarawak.
Sarawak United Peoples' Party Parti Rakyat Bersatu Sarawak Gerempong Sa'ati Rayat Sarawak 砂拉越人民联合党 | |
---|---|
![]() | |
Singkatan | SUPP |
Presiden | Sim Kui Hian |
Setiausaha agung | Sebastian Ting Chiew Yew |
Timbalan Presiden | Richard Riot Jaem |
Pengerusi Pemuda | Michael Tiang |
Pengerusi Wanita | Kho Teck Wan |
Ditubuhkan | 1959 |
Ibu pejabat | 7, Jalan Tan Sri Ong Kee Hui, 93300 Kuching, Sarawak |
Akhbar | SA 'ATI (United) |
Sayap belia | SUPP Pemuda |
Sayap Wanita | SUPP Wanita |
Ideologi | Nationalisme |
Penggabungan kebangsaan | Perikatan (1970–73) Barisan Nasional (1973–2018) Gabungan Parti Sarawak (2018–) |
Warna | Kuning, Merah, Hitam |
Dewan Negara: | 1 / 70 |
Dewan Rakyat: | 1 / 222 |
Laman sesawang | |
Laman web rasmi SUPP | |
Politik Malaysia Parti politik Pilihan raya |
Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) merupakan antara parti politik yang tertua. Ditubuhkan pada 1959, parti ini berubah dari sayap kiri, anti–Malaysia ke sebuah parti politik komponen yang kukuh di bawah Barisan Nasional tanpa melepaskan sokongan kaum Cina Sarawak. SUPP, merupakan parti politik komponen yang kedua terbesar Barisan Nasional di Sarawak. Walau bagaimana pun, pada 12 Jun 2018, SUPP mengumumkan secara sah bahawa mereka keluar daripada Barisan Nasional,[1]dan membentuk parti baharu iaitu Gabungan Parti Sarawak (GPS) bersama bekas parti-parti komponen Barisan Nasional Sarawak.
Objektif SUPP ialah untuk mengkukuhkan hukum negara iaitu adil dan mewujudkan sikap sama rata bagi semua masyarakat tanpa mengira budaya dan kepercayaan. Bagi menjaga dan mengekalkan kerajaan yang telah ditubuhkan berdasarkan Demokrasi Parlimen.
Bagi mempromosikan dan memastikan ekonomi dan budaya semua kaum mencapai tahap tinggi dan khususnya bagi menaikkan taraf ekonomi dikalangan pekerja dan juga menaikan taraf hidup mereka yang ketinggalan dalam ekonomi.