Buka menu utama

Kongres India Malaysia

(Dilencongkan dari MIC)
"MIC" dilencongkan di sini.

Kongres India Se-Malaysia (MIC; Inggeris: Malaysian Indian Congress) (Tamil : மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்) adalah sebuah parti politik di Malaysia yang dipimpin oleh Presiden, Vigneswaran Sanasee. MIC merupakan parti komponen bagi Barisan Nasional yang merupakan parti pembangkang bagi kerajaan Persekutuan, merupakan parti pemerintah bagi kerajaan negeri Perlis, Pahang, dan Sarawak.

Kongres India Se-Malaysia
Malaysian Indian Congress
மலேசியா இந்தியா காங்கிரெஸ்
马来西亚印度国大党
MIC
DiasaskanOgos 1946; 73 tahun yang lalu (1946-08)
Ibu pejabatTingkat 6, Menara Manickavasagam
No.1, Jalan Rahmat
Jalan Tun Ismail
50350 Kuala Lumpur
IdeologiNasionalisme, Centrisme, Konservatisme
Penggabungan nasionalBarisan Nasional
Tapak web
http://www.mic.org.my
Bendera rasmi MIC.

SejarahSunting

Kongres India Se-Malaysia adalah sebuah parti minoriti India yang ditubuhkan pada Ogos 1946 oleh John A. Thivy dan Janaky Athi Nahappan.

MIC ditubuhkan selepas satu persidangan diadakan di Dewan Orang Ramai Chettiar, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur. Pada awalnya, ia hanya menjadi tarikan kepada masyarakat kelas pertengahan terutama dengan personaliti presiden pertamanya John A. Thivy yang berlatar belakangkan pengamal undang-undang.

Parti MIC pernah dipimpin oleh barisan kepimpinan pelbagai latar belakang termasuklah peguam, kerani, ahli perniagaan, guru, dan arkitek. Sumbangan setiap kepimpinan berbeza-beza mengikut keperluan persekitaran semasa ketika itu. Seiring dengan perkembangan tersebut, pencapaian parti MIC juga berubah.

Jika pada awalnya, kebajikan masyarakat India diberi tumpuan terutama mereka yang datang berhijrah ke Tanah Melayu, selepas itu, usaha untuk memperbaiki taraf hidup mereka dilakukan. Ini termasuklah usaha mengurangkan kadar kemiskinan, pekerjaan, perumahan, kesihatan, pendidikan dan hak milik saham serta latihan kemahiran.

Presiden MICSunting

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting

NotaSunting

RujukanSunting


Pautan luarSunting