Datuk Seri Palanivel Govindasamy (Tamil: பழனிவேல் கோவிந்தசாமி; lahir 1 Mac 1949) atau lebih dikenali sebagai G. Palanivel atau 'Palani' adalah seorang ahli politik dan Presiden Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen Barisan Nasional di Malaysia. Beliau kini memegang jawatan Menteri di Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar pada 16 Mei 2013.[1] Beliau merupakan pemimpin veteran MIC kerana pernah menang 4 kali di parlimen Hulu Selangor dalam 1990, 1995, 1999 dan 2004. Tetapi beliau kalah tipis dalam gelombang politik 2008 kepada Datuk Zainal Abidin Ahmad (PKR) dari Parti Keadilan Rakyat.


G. Palanivel

SMW (WP); DPMS, DSSA (Sel)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk P78 Cameron Highlands
Dalam jawatan
5 Mei 2013 – 2018
Didahului oleh Devamany S. Krishnasamy
Digantikan oleh Sivarraajh Chandran
Majoriti462 (PRU-13)
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar
Dalam jawatan
16 Mei 2013 – 29 Julai 2015
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Joseph Kurup
Didahului oleh Douglas Uggah Embas
Digantikan oleh Wan Junaidi Tuanku Jaafar
Menteri Jabatan Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2011–2013
Perdana Menteri Najib Razak
Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia
Dalam jawatan
2010–2011
Perdana Menteri Najib Razak
Menteri Bernard Giluk Dompok
Didahului oleh Kohilan Pillay
Digantikan oleh Hamzah Zainudin
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia
Dalam jawatan
2004–2008
Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Shahrizat Abdul Jalil
Digantikan oleh Noriah Kasnon
Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar
Dalam jawatan
1999–2004
Perdana Menteri Mahathir Mohamad
Abdullah Ahmad Badawi
Menteri Azmi Khalid
Digantikan oleh Awang Adek Hussin
Tiki Lafe
Presiden Kongres India Malaysia ke-8
Dalam jawatan
6 Disember 2010 – 2013
TimbalanS. Subramaniam
Didahului olehSamy Vellu
Digantikan olehSubramaniam Sathasivam
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Hulu Selangor
Dalam jawatan
Oktober 1990 – Mac 2008
Didahului oleh Subramaniam Sinniah
Digantikan oleh Zainal Abidin Ahmad
Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-13
Dalam jawatan
3 Mei 2010 – 5 Mei 2013
Butiran peribadi
Lahir (1949-03-01) 1 Mac 1949 (umur 75)
Pulau Pinang
Parti politik (-2014)
BEBAS (2014-kini)
PasanganDatin Kanagam Palanivel
Anak-anak4 anak lelaki
PekerjaanAhli politik
Laman web rasmihttp://gpalanivel.com.my/

Pada 3 Mei 2010, beliau dilantik sebagai Senator di Dewan Negara.Dikatakan beliau dipilih sebagai Senator setelah tidak terpilih sebagai calon pilihan raya Hulu Selangor 2010.

Keluarga sunting

Beliau dilahirkan di Pulau Pinang. Bapanya Govindasamy dilahirkan di India dan berhijrah ke Pulau Pinang pada 1917 ketika pemerintahan British. Manakala ibunya, A. Letchimy adalah gadis kelahiran Georgetown.

Isterinya Datin Kanagam dan mereka mempunyai 4 anak. Anak sulung beliau menjadi doktor, anak kedua menjadi arkitek dan dua lagi masih belajar. Mereka tinggal di rumah teres dua tingkat di Taman Melawati,Kuala Lumpur.[2]

Pendidikan dan kerjaya sunting

G Palanivel mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pada 1972 dan jurusan Sejarah. Beliau menjadi guru di Institut Goon di Kuala Lumpur dan kemudian guru di Maktab Adabi di Kuantan. Kemudian menjadi penyelidik di Muzium Negara pada 1974 dan terlibat persatuan pengguna CAP di Pulau Pinang pada 1974. 1977 menyertai Bernama sebagai wartawan - editor berita ekonomi (1978).

Perniagaan sunting

Beliau menjadi penasihat perniagaan Sports Toto dan pengarah Telekom Malaysia, Usha Martin dan Maharaja Network Sri Lanka.

Politik sunting

Beliau terlibat dalam MIC cawangan Jelutong , Pulau Pinang sejak 1968.Beliau terpilih menjadi Setiausaha MIC Petaling Jaya. Kemudian dilantik menjadi Setiausaha Akhbar Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu sejak 1987 dan dipinjamkan ke Kementerian Kerjaraya. Beliau menjadi ketua bahagian MIC Hulu Selangor, Ketua MIC Selangor dan Timbalan Presiden MIC Pusat.

Beliau adalah juara masyarakat miskin India di Malaysia. Kerana itu beliau beliau menang 4 penggal berturut-turut dalam pilihan raya di parlimen Hulu Selangor pada 1990, 1995, 1999 dan 2004. Dalam tahun 2004 beliau menang dengan majoriti 14,000. Sejak itu beliau terpilih sebagai Timbalan Presiden MIC melalui Pemilihan MIC 2006.

Ketika menjadi Setiausaha Parlimen Kementerian Perpaduan dan Pembangunan Masyarakat pada tahun 1996, Palanivel telah perkenalkan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) kepada masyarakat India diseluruh negara. 5000 jenis bantuan diberikan untuk membiayai pembedahan dan rawatan penyakit kronik. Perogam Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) diperkenalkan kepada masyarakat India dan pelancarannya diadakan di Sungai Siput.

Malangnya beliau dan ramai pemimpin nasional MIC tewas dalam pilihan raya 2008. Gerakan Hindraf pada 26 November 2007 dan kumpulan Makkal Sakthi berjaya menonjolkan diri sebagai juara rakyat India. Sejak itu ramai pemimpin India menyertai PKR atau DAP dalam Pakatan Rakyat dan menumbangkan 5 kerajaan negeri . Seorang India dari DAP (V Sivakumar) telah dilantik sebagai Speaker DUN Perak, kemudian diganti oleh Palanivel. Pada 2008, MIC hanya kalah 9 kerusi parlimen sahaja. 50 kawasan parlimen , bilangan pengundi sangat kritikal. Pengundi India beralih arah kerana kerajaan pecah kuil 2-3 bulan sebelum pilihan raya . MIC mempunyai 4000 cawangan di seluruh Malaysia. Masyarakat India yang miskin juga wajar diberi tanah sebagaimana peneroka Felda. Contohnya Felda Gedangsa ada 300 pengundi India, di Sungai Buaya ada 100 hingga 200 orang pengundi India.

Pilihan raya Hulu Selangor 2010 sunting

Nama beliau (61 tahun) sahaja dicadangkan oleh Datuk Samy Vellu menjadi calon Barisan Nasional. Ramai pihak mahukan muka baru yang lebih segar daripada MIC kerana Palanivel sudah lima penggal bertanding di situ. Samy Vellu dan Palanivel 'pencen' selepas kalah dalam PRU12 . Jika Palanivel menjadi Presiden MIC, ini bermakna beliau menjadi presiden tanpa kawasan diwakili . Masalahnya 6000 pengundi yang menyokong 3 Adun tidak menokong beliau. 3 Adun itu ialah di Batang Kali,Hulu Bernam dan Kuala Kubu Baru.[3] Pada 3 Mei 2010, Palanivel dilantik sebagai Senator bagi memenuhi kuota MIC.

Keputusan pilihan raya sunting

Parlimen Malaysia[4][5][6]
Tahun Perlembagaan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 P084 Hulu Selangor, Selangor G Palanivel (MIC) 20,839 63.74% Nazar Yakin (S46) 11,857 36.26% 34,306 8,982 73.10%
1995 P088 Hulu Selangor, Selangor G Palanivel (MIC) 20,546 78.19% Adnan Din (S46) 4,594 17.48% 27,505 15,952 53.66%
Peng Kim Sing (DAP) 1,137 4.33%
1999 G Palanivel (MIC) 22,143 61.65% Halili Rahmat (PKR) 13,548 37.72% 37,195 8,595 71.06%
2004 P094 Hulu Selangor, Selangor G Palanivel (MIC) 27,807 67.52% Ismail Kamus (PAS) 13,324 32.35% 42,592 14,483 72.77%
2008 G Palanivel (MIC) 22,979 49.55% Zainal Abidin Ahmad (PKR) 23,177 49.97% 47,845 198 75.24%
2013 P078 Cameron Highlands, Pahang G Palanivel (MIC) 10,506 48.03% Manogaran Marimuthu (DAP) 10,044 45.92% 22,752 462 81.32%
Mohd Shokri Mahmood (Berjasa) 912 4.17%
Alagu Thangarajoo (IND) 308 1.41%
Kisho Kumar Kathirveloo (IND) 101 0.46%

Rujukan sunting

  1. ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-27. Dicapai pada 2013-05-20.
  2. ^ "Saya tidak boleh berfungsi macam Samy Vellu..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-13. Dicapai pada 2010-09-18.
  3. ^ "Ada yang tak nampak 'gajah' di Hulu Selangor..." Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-13. Dicapai pada 2010-04-04.
  4. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 September 2011. Dicapai pada 28 Jun 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  5. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. 2004 election.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum 13 Parlimen/Dewan Undangan Negeri 2013". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 8 May 2016.

Pautan luar sunting

Jawatan politik
Didahului oleh
Samy Vellu
Presiden Kongres India Malaysia (MIC)
6 Disember 2010 – 25 Jun 2014
Diikuti oleh:
Subramaniam Sathasivam