Buka menu utama
Nama ini merupakan nama orang India di mana nama yang diberikan ialah Devamany dan nama bapanya ialah Krishnasamy.

Dato' Seri Devamamy S. Krishnasamy (lahir 10 September 1957) juga dikenali sebagai S.K. Devamany adalah seorang ahli politik Malaysia dan kini merupakan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Beliau sebelum ini pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika menjadi Ahli Parlimen bagi kerusi Cameron Highlands di Pahang.

Yang Berhormat Tuan Speaker Dato' Seri
S.K. Devamany
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Memegang jawatan
10 Ogos 2016
Yang Dipertua Speaker Dewan Undangan Negeri Perak
Dalam jawatan
28 Jun 2013 – 9 Ogos 2016
Didahului olehR. Ganesan
Digantikan olehS Thangeswari
Ahli Parlimen
untuk P78 Cameron Highlands, Negeri Pahang
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 5 Mei 2013
Didahului olehKawasan Baru
Digantikan olehG. Palanivel
Butiran peribadi
Lahir (1957-09-10) 10 September 1957 (umur 61)
Simpang Empat, Semanggol, Perak, Persekutuan Malaya (kini Malaysia)
Parti politikBN-100px.jpg BN-MIC
PasanganSaraswathi
PekerjaanSpeaker Dewan Undangan Negeri Perak

Isi kandungan

Kehidupan peribadiSunting

Devamany telah dilahirkan di Simpang Empat, Semanggol, Perak dan menerima pendidikan awalnya di King Edward VII School di Taiping, Perak.[1] Pada 1978, beliau layak sebagai seorang guru daripada Institut Perguruan Pendidikan Khas di Cheras, Kuala Lumpur. Beliau kemudian melanjutkan pendidikannya dan telah lulus dengan ijazah di dalam Kesusasteraan Melayu daripada Universiti Malaya pada 1982.[2]

Kerjaya politikSunting

Devamany adalah seorang ahli Kongres India Malaysia (MIC), sebuah parti komponen BN dan sebagai Timbalan Presiden kini setelah memenangi pilihan parti semula pada 2015[3][4] apabila ROS membatalkan pemilihan parti lebih awal pada 1 Disember 2013 di mana beliau telah gagal jawatan Naib President yang beliau pegang semenjak 2009.[5][6] Beliau juga pernah menjadi Bendahari Kehormat MIC menggantikan Tan Sri Mahalingam pada 2008.[7]

Timbalan MenteriSunting

Devamany buat kali pertama dipilih ke Parlimen Malaysia di dalam pilihan raya 2004 untuk kerusi Cameron Highlands, Pahang.[7] Beliau memegang kerusinya pilihan raya 2008 meskipun kekalahan teruk MIC yang meyeluruh, meninggalkan beliau merupakan salah seorang daripada hanya tiga ahli MIC di Dewan Rakyat. Selepas pilihan raya 2008, Devamany telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.[8][9]

Speaker Dewan Undangan Negeri PerakSunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2013, Devamany dipilih untuk bertanding di kerusi Sungai Siput, Perak. Tetapi, beliau telah dikalahkan oleh calon terdahulu Michael Jeyakumar.

Pada 28 Jun 2013, beliau telah diundi sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, dengan mendapat 31 undi berbanding dengan 28 undi calon lawannya.[10]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia[11][12][13]
Tahun Kawasan Kerajaan Undi Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 P078 Cameron Highlands, Pahang S.K. Devamany (MIC) 10,226 67.27% Apalasamy Jataliah (DAP) 3,966 26.09% 15,202 6,260 65.92%
2008 S.K. Devamany (MIC) 9,164 55.69% Apalasamy Jataliah (DAP) 6,047 37% 16,456 3,117 70.14%
2013 P062 Sungai Siput, Perak S.K. Devamany (MIC) 18,800 45.17% Michael Jeyakumar (PKR) 21,593 51.89% 41,617 2,793 80.70%
Nagalingam a/l Singaravelloo (BEBAS) 197 0.47%
2018 S.K. Devamany (MIC) 15,210 35.60% Kesavan a/l Subramaniam (PKR) 20,817 48.72% 42,726 5,607 77.68%
Ishak bin Ibrahim (PAS) 5,194 13.84%
Michael Jeyakumar Devaraj 1,505 3.52%

RujukanSunting

  1. ^ "DEVAMANY, S.K." SAIEE DRISS. BIODATA TOKOH. 2 March 2008. Dicapai 7 September 2017. 
  2. ^ SANTHA OORJITHAM (21 February 2010). "Interview with SK Devamany : I REMEMBER WHEN… There was no toilet in school". New Straits Times. SwarnaBumiputran of Malaysia - poobalan.com. Dicapai 7 September 2017. 
  3. ^ KHOO, SIMON (6 November 2015). "Devamany is new MIC deputy president". The Star (Malaysia). Dicapai 28 May 2016. 
  4. ^ "Devamany beats Saravanan in race for MIC deputy president". The Malay Mail. 6 November 2015. Dicapai 28 May 2016. 
  5. ^ http://www.nst.com.my/latest/devamany-to-defend-vp-post-1.394430
  6. ^ http://www.thestar.com.my/News/Nation/2013/12/02/Sothinathan-is-top-MIC-VP-Saravanan-and-Balakrishnan-take-second-and-third-spot/
  7. ^ a b "Devamany new MIC treasurer-general". The Star. Star Publications. 28 December 2008. Dicapai 10 July 2010. 
  8. ^ "Devamany a/l S.Krishnasamy, Y.B. Dato'" (dalam bahasa Malay). Parlimen Malaysia. Dicapai 10 July 2010. 
  9. ^ Joe, Hakim (8 October 2009). "Wake up fellas!". Malaysia Today. Dicapai 8 January 2010. 
  10. ^ http://www.nst.com.my/latest/devamany-voted-in-as-perak-state-assembly-speaker-1.309372
  11. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 11 July 2010.  Percentage figures based on total turnout.
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen 2013" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 6 May 2013. 
  13. ^ "2013 Malaysia General Election NEGERI PERAK P62 Sungai Siput". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai 5 May 2013.  Results only available for the 2013 election.

Lihat jugaSunting