Yang Berhormat Datuk Liew Vui Keong (Bahasa Cina: 劉偉強pinyin: Liú Wěiqiáng) (18 Januari 1960 - 2 Oktober 2020) adalah mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), semasa di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH)[1] Beliau merupakan Ahli Parlimen P185, Batu Sapi dan ahli politik Malaysia dari Parti Warisan Sabah.

Yang Berhormat Datuk

Liew Vui Keong

PGDK (Sab), JP
劉偉強
Datuk Liew Vui Keong.jpg
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
(Undang-Undang)
Dalam jawatan
2 Julai 2018 – 24 Februari 2020
RajaAl-Sultan Abdullah
TimbalanPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg Mohamed Hanipa Maidin
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Azalina Othman Said
Digantikan olehLogo Perikatan Nasional.svg PAS logo.svg Takiyuddin Hassan
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Sapi, Sabah
Dalam jawatan
10 Mei 2018 – 2 Oktober 2020
Didahului olehBarisan Nasional.png Pbslogo.JPG Linda Tsen Thau Lin
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri
Dalam jawatan
10 April 2009 – 10 Mei 2018
Didahului olehBarisan Nasional.png Malaysian Indian Congress Flag.svg Senator Murugiah Thopasamy
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.jpg Parti Amanah Negara Flag.svg Mohamed Hanipa Maidin
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri
(Perdagangan Antarabangsa)
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 9 April 2009
Berkhidmat dengan Jacob Dungau Sagan
MenteriBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Tan Sri Muhyiddin Yassin
Didahului olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Ahmad Husni Hanadzlah
Digantikan olehBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Mukhriz Mahathir
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Sandakan, Sabah
Dalam jawatan
Mac 2008 – 10 Mei 2018
Didahului olehBebas-100px.jpg Chong Hon Min (BEBAS)
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Stephen Wong Tien Fatt
Butiran peribadi
Lahir(1960-01-18)18 Januari 1960
Borneo Utara Kota Belud, Borneo Utara, (kini Sabah, Malaysia)
Meninggal dunia2 Oktober 2020(2020-10-02) (umur 60)
Hospital Gleanegles Kota Kinabalu
Sebab kematianPneumonia
Parti politikBarisan Nasional.png LDP Sabah logo.jpg BN-LDP (-2018)
Pakatan Harapan Logo.svg Sabah Heritage Party Logo.png PH-WARISAN (2018-2020)
PasanganDatin Dr. Lindai Lee
Anak-anak5 orang
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam
KabinetKabinet Malaysia 2018
AnugerahSenarai
Laman sesawanghttp://blog.vkliewoffice.info/

Semasa beliau berada dalam kerajaan Barisan Nasional, beliau adalah Presiden Parti Liberal Demokratik (LDP), sebuah parti komponen Barisan Nasional.[2]

Jawatan kerajaanSunting

Pada 2 Julai 2018, beliau telah dilantik sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam hal ehwal undang-undang di hadapan Sultan Muhammad V.[3][4]

Beliau merupakan mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia. Beliau dilantik oleh Perdana Menteri Malaysia ke-6, Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 9 April 2009 di Putrajaya. Majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah simpan rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dijalankan di Istana Negara.[5] Beliau juga pernah dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri I (Perdagangan Antarabangsa) di bawah menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.[6]

Isu dan kontroversiSunting

Liew telah memecat 23 dari 25 anggota dewan tertinggi ketika anggota parti LDP yang menuntut dua jawatan tertinggi untuk dipertandingkan. Beliau kemudian disingkirkan dari jawatan presiden parti dan tempat teresebut digantikan oleh Setiausaha Agung parti LDP yang dipecat, Teo Chee Kang kerana tindakannya menyalahgunakan kuasa dalam usaha untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai Presiden parti. Rayuan Liew ke Mahkamah Rayuan atas penyingkirannya dari jawatan presiden ditolak.[7][8][9]

Kesihatan dan meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia pada 2 Oktober 2020 di Hospital Gleanegles Kota Kinabalu selepas disahkan menghidap pneumonia. Sebelum itu, pada 12 September 2020, beliau telah menerima rawatan susulan akibat sakit tulang belakang gelincir (slip disc) di hospital yang sama.[10][11]

Keputusan pilihan rayaSunting

Parlimen Malaysia: P186 Sandakan, Sabah[12]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
2008 Liew Vui Keong (LDP) 8,297 41.3% Chong Chui Lin (DAP) 8,121 40.5%
2013 Liew Vui Keong (LDP) 13,138 48.0% Wong Tien Fatt (DAP) 14,226 52.0%
Parlimen Malaysia: P185 Batu Sapi, Sabah[13]
Tahun Kerajaan Undi Pct Pembangkang Undi Pct
2018 Liew Vui Keong (WARISAN) 12,976 39.8%2 Tsen Thau Lin (PBS) 8,357 25.7%2

Anugerah dan penghargaanSunting

  •   Sabah
    •   Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2006)[14]

RujukanSunting

  1. ^ Barisan Menteri Kabinet Malaysia 2018
  2. ^ Kristy Inus (18 Mac 2010). "Several Firsts For Sabah's VK Liew". Bernama. Dicapai pada 3 April 2011.
  3. ^ "VK Liew appointed Warisan permanent chairman". The Borneo Post. PressReader. 12 March 2018. Dicapai pada 21 May 2018.
  4. ^ "New Cabinet all sworn-in before King (Full List)". The Star. 2 July 2018. Dicapai pada 3 July 2018.
  5. ^ "Teo unperturbed by LDP faction elections". The Borneo Post. 31 March 2014. Dicapai pada 9 November 2014.
  6. ^ "Liew leaves LDP with 200 members". The Borneo Post. 19 March 2018. Dicapai pada 21 May 2018.
  7. ^ Ruben Sario (1 September 2013). "LDP heading into legal tangle as 23 sacked, suspended members intend to proceed with Sept 6 meeting". The Star. Dicapai pada 2 September 2013.
  8. ^ "Suspended LDP council sacks Liew". Free Malaysia Today. 11 September 2013. Dicapai pada 12 September 2013.
  9. ^ Ruben Sario (24 May 2014). "Vui Keong continuing legal challenge against ROS ruling". The Star. Dicapai pada 25 May 2014.
  10. ^ Ahli Parlimen Batu Sapi meninggal dunia, Harian Metro, Dicapai pada 2 Oktober 2020
  11. ^ Ahli Parlimen Batu Sapi, Liew Vui Keong meninggal dunia, mStar, Dicapai pada 2 Oktober 2020
  12. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 18 May 2018. Percentage figures based on total turnout (including votes for candidates not listed).
  13. ^ "Sabah [Parliament Results]". The Star. Diarkib daripada yang asal pada 18 May 2018. Dicapai pada 18 May 2018.
  14. ^ "The Sabah Yang Di Pertua Negeri's Birthday Honours List". The Star. 22 September 2006. Dicapai pada 20 October 2018.

Pautan luarSunting

Liew Vui Keong di Facebook