Kota Belud

Pekan di Sabah, Malaysia

Kota Belud merupakan sebuah pekan dan daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, 70 kilometer dari Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah, iaitu kira-kira sejam perjalanan menggunakan kereta.

Kota Belud
Transkripsi lain
 • Cina古打毛律
Pekan Kota Belud
Pekan Kota Belud
Etimologi: "Kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "Belud" bermaksud bukit
Lokasi bandar dan daerah Kota Belud
Lokasi daerah Kota Belud dan pekan Kota Belud
Kota Belud yang terletak di Malaysia Timur
Kota Belud
Kota Belud
Lokasi daerah Kota Belud dan pekan Kota Belud
Koordinat: 6°21′N 116°26′E / 6.350°N 116.433°E / 6.350; 116.433Koordinat: 6°21′N 116°26′E / 6.350°N 116.433°E / 6.350; 116.433
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat, Sabah
DaerahKota Belud
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Kota Belud
 • Pegawai DaerahPuan Hajah Diyanah Abdullah
 • MPYang Berhormat Puan Isnaraissah Munirah binti Majilis[1] (WARISAN) (Kota Belud) Sabah Heritage Party Logo.png
Populasi
 (2010)
 • Jumlah8,392
 Populasi di sekitar Kota Belud sahaja tidak termasuk secara keseluruhan daerah Kota Belud.
Zon waktuMalaysian Standard Time
Kod kawasan088
Laman webwww.sabah.gov.my/pdkb/

EtimologiSunting

Asal-usul Kota BeludSunting

 
Pejabat Majlis Daerah Kota Belud

Nama Kota Belud ini berasal daripada bahasa Bajau, iaitu "Kota" yang bermaksud kubu pertahanan manakala "Belud" pula bermaksud bukit. Justeru itu, Kota Belud diertikan sebagai "Kubu Pertahanan di atas Bukit". Daerah ini turut mendapat jolokan nama sebagai "Daerah Koboi Timur" kerana kehebatan penduduknya menunggang kuda, kerbau dan lembu.

Demografi pendudukSunting

EtnikSunting

Jumlah penduduk sekitar Kota BeludSunting

Berdasarkan statistik penduduk pada tahun 2010 menunjukkan jumlah populasi penduduk di sekitar Kota Belud mempunyai penduduk seramai 8,392 dan sebilangan besar daripada etnik Bajau Samah.

Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Kota Belud pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;

Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[2]
Tahun Melayu Kadazan/Dusun Bajau Murut Bumiputera Lain Cina India Lain-lain Bukan Warganegara Malaysia Jumlah Keseluruhan
2010 265 729 4,047 27 915 781 19 71 1,538 8,392
2020 (Akan Datang)

Jumlah penduduk daerah Kota BeludSunting

Populasi penduduk pada tahun 2012 iaitu sekitar 93,100 orang yang sebahagian besarnya terdiri dari kaum Samah (Bajau), Dusun (Tindal), Tionghoa (Cina), Irranun dan Ubian.

Penduduk keseluruhan di daerah Kota Belud[2]
Tahun Jumlah
2010 91,272
2012 93,100

JantinaSunting

Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Kota Belud pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;

Jantina[2]
Tahun Lelaki Perempuan Jumlah
2010 4,474 3,918 8,392

BudayaSunting

TamuSunting

Daerah Kota Belud juga terkenal dengan Tamu Besar atau Pasar Terbuka yang diadakan setiap hujung minggu pada hari ahad.

SumberSunting

  • Buku Pluraliti Etnik Dan Budaya Di Sabah, suntingan Saidatul Nornis Hj. Mahali, Mohd Sarim Hj. Mustajab dan Suraya Sintang; Penerbit Universiti Malaysia Sabah, 2007.

RujukanSunting

  1. ^ https://www.parlimen.gov.my/profile-ahli.html?uweb=dr&id=3694
  2. ^ a b c "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.

Pautan luarSunting

 
Masjid Daerah Kota Belud

  Kategori berkenaan Kota Belud di Wikimedia Commons