Ranau
Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang. Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Kota Marudu, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud. Daerah Ranau mempunyai 3 rangkaian jalanraya utama yang menghubungkannya dengan Bandar dan daerah seperti Kota Kinabalu, Pantai Timur Sabah dan Pedalaman. Jalanraya tersebut ialah jalanraya Ranau/Tamparuli, Jalanraya Ranau/Telupid dan Jalanraya Ranau/Tambunan. Sementara itu Jalanraya lain menghubungkan kawasan Pekan Ranau dengan kampung-kampung di Daerah Ranau.[1]
Ranau | |
---|---|
![]() Pekan Ranau | |
Etimologi: Ranahon dipanggil Sawah Padi | |
![]() Lokasi pekan dan daerah Ranau | |
Koordinat: 5°57′13.0″N 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°EKoordinat: 5°57′13.0″N 116°39′50.4″E / 5.953611°N 116.664000°E | |
Negara | ![]() |
Negeri | ![]() |
Bahagian | Pantai Barat |
Daerah | Ranau |
Kerajaan | |
• Pegawai Daerah Ranau | Jumain Bin Abdul Ghani |
• Ketua Masyarakat Tempatan (Ketua Daerah) | K.D Muhasip Haji Ruman |
• MP | Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin (GRS) (Ranau) |
Luas | |
• Jumlah | 3,555.5100000 km2 (1,372.79008572 batu persegi) |
Penduduk (2010) | |
• Jumlah | 8,970 |
Zon waktu | MST |
Kawasan Kejiranan | Kundasang |
Tamu Mingguan | Sabtu |
Nombor plat | SA (1980-2018) SY (2018-2023) SJ (2023-) SS (1980-2018) SM (2018-) SK SU |
Laman web | ww2.sabah.gov.my/pd.rnu/ ww2.sabah.gov.my/md.rnu/ |

Ranau ialah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.
Etimologi Sunting
Asal-usul Ranau Sunting
Ranau berasal daripada perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.
Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.
Pentadbiran Sunting
Ranau pernah menjadi Daerah Kecil daerah Tambunan dan daerah Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an.[2]
Demografi penduduk Sunting
Etnik Sunting
Jumlah penduduk sekitar Ranau Sunting
Jumlah populasi penduduk yang dicatatkan sekitar Ranau mempunyai penduduk seramai 8,970 dan sebilangan besar daripada etnik Kadazan-Dusun. Pembancian akan direkodkan pada hari banci pada 7 Julai 2020 untuk mengumpul maklumat bilangan statistik penduduk terkini.[3]
Berikut merupakan jumlah penduduk di sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia;
Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010[4] | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tahun | Melayu | Kadazan/Dusun | Bajau | Murut | Bumiputera Lain | Cina | India | Lain-lain | Bukan Warganegara Malaysia | Jumlah Keseluruhan |
2010 | 352 | 6,487 | 250 | 37 | 764 | 670 | 24 | 98 | 288 | 8,970 |
2020 (Akan Datang) |
Jantina Sunting
Berikut merupakan jumlah penduduk sekitar Ranau pada tahun 2010 mengikut pecahan jantina seperti berikut;
Jantina[4] | |||||
---|---|---|---|---|---|
Tahun | Lelaki | Perempuan | Jumlah | ||
2010 | 4,584 | 4,386 | 8,970 |
Geografi Sunting
Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit bukau. Antara ciri utamanya ialah banjaran Crocker dan kemuncak Pinousuk di bahagian Utara, Lembah Ranau di Timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk di Selatan. Saliran yang utama ialah Sungai Liwagu. Secara ringkasnya Daerah Ranau adalah berciri undulating (mengalun dan mengombak di tempat-tempat tertentu) dan dataran lembah, tanah beralun dan bergunung ganang di kebanyakan tempat. Ranau beriklimkan cuaca yang lembap dan sejuk.[5]
Keluasan Sunting
Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5 km persegi. Walau bagaimanapun, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.
Bencana Sunting
Gempa bumi Sunting
Dalam kes gempa bumi Ranau, yang pertama berlaku pada tahun 1966 dengan kekuatan magnitud 5.3 dan pada tahun 1991 bermagnitud 5.2 yang telah menyebabkan beberapa keretakan kecil pada bangunan konkrit.[6] Namun pada tahun 2015 bersamaan hari Jumaat, jam 07:15 pagi, 05hb Jun, satu Gempa Bumi berukuran 5.9 skala rector telah melanda daerah Ranau.[7] Gempa bumi berkenaan berpusat di KM 10 puncak Gunung Kinabalu. Gempa ini adalah yang terkuat direkod dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada beberapa bangunan di daearah Ranau seperti bangunan rumah guru SMK Ranau, bilik darjah di SMA Mohd Ali Ranau, kubah masjid Ar Rahman Pekan Ranau, bangunan rumah kakitangan hospital Ranau dan banyak lagi. Gempa yang telah meragut 18 orang pendaki Gunung Kinabalu juga turut mematah satu puncak Gunung Kinabalu yang di kenali sebagai Donkey Ears Peak. Mangsa dipercayai telah ditimpa runtuhan batu granit yang jatuh akibat Donkey Ears Peak patah. Gempa ini juga turut dirasai di beberapa daerah lain di Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tambunan dan Sandakan.
Ekonomi Sunting
Koko Sunting
Sebahagian ekonomi Ranau ialah tanaman koko. Seluas 1838 hektar ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan klon koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko. Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.[8] Pada tahun 2020, Yang Berhormat Tuan Jonathan Bin Yasin iaitu Ahli Parlimen Ranau, menjelaskan program pembangunan rantaian kluster koko merupakan satu program berkonsepkan 'Biji Koko Hingga Ke Produk Coklat' (Farm To Table) bermaksud aktiviti penanaman koko dan penjualan biji koko hingga pengeluaran produk coklat. Program ini terus menjadi sumber pendapatan melalui perniagaan yang berkaitan dengan Agro-Pelancongan.[9]
Kemudahan awam Sunting
Pendidikan Sunting
Sekolah rendah Sunting
Bilangan Sekolah Rendah di bawah Seliaan Pejabat Pendidikan Daerah Ranau adalah sebanyak 71 buah sekolah yang dibahagikan kepada 8 zon iaitu:
- Zon Pekan
- Zon Tengah
- Zon Kinabalu
- Zon Selatan
- Zon Timur
- Zon Utara
- Zon Ulu Sugut
- Zon Garas
|
|
|
Sekolah Menengah Sunting
- SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau
- SMK Bundu Tuhan Kg. Bundu Tuhan
- SMK Kundasang Kg. Kundasang
- SMK Matupang Kg. Matupang
- SMK Timbua Kg. Timbua
- SMK Lohan Kg.Lohan Ulu
- SMK Ulu sugut Kg. Kaingaran
- SMK (A) Mohd Ali Ranau
- SMK Kemburongoh Kg. Kemburongoh
- SMK Ranau
- SMA Al - Irsyadiah Marakau
Hospital Sunting
- Hospital Ranau
- Dispensari Bundu Tuhan
- Dispensari Perancangan
- Dispensari Timbua
- Dispensari Kaingaran
- Dispensari Paginatan
- Dispensari kundasang
Masjid/Surau Sunting
- Masjid Pekan Ranau
- Masjid Pekan Kundasang
- Masjid Lama Kg. Lingkudau -Masjid pertama Daerah Ranau
- Masjid Lohan Ulu
- Masjid Al-Kausar Lohan
- Masjid Kg. Kundasang
- Masjid Kg. Nalapak
- Masjid Kg. Simpangan Randagong
- Masjid Kg. Timbua
- Masjid Kg. Tagudon Lama
- Masjid Kg. Libang
- Masjid Kg. Silou
- Masjid Kg. Karanaan
- Masjid Kg. Tanah Merah
- Masjid Kg. Kaingaran Ulu Sugut
- Masjid Kg. Kinapulidan
- Masjid Kg. Malinsau
- Surau Kg. Sumbilingon
- Surau Kg. Kimolohing
- Surau Kg. Kinasaraban
- Masjid Ar-Ridwan Kg. Mohimboyon
- Surau Kg. Tagudon Baru
- Surau Kg. Ratau
- Surau Lipantai, Kg Lipantai Mohimboyon
Gereja Sunting
- Gereja SIB Pekan Ranau
- Gereja St.Gabriel Perancangan Ranau
- Gereja St.Victor Bongkud Ranau
- Gereja SPCR Pekan Ranau
- Gereja St. Paul Pekan Ranau
- Gereja RC Bundu Tuhan
- Gereja Basel Pekan Ranau
- Gereja SIB Kg. Kibbas
- Gereja SIB Kg. Kinirasan
- Gereja SIB Kg. Poropot
- Gereja SIB Kundasang
- Gereja SIB Kg. Bundu Tuhan
- Gereja SIB Kg. Kapangian
- Gereja SIB Kg. Gana-Gana
- Gereja Retreat Centre Pinausok Kundasang
- Gereta RC Kg. Kebuh Baru
- Gereja SIB Kg. Tibabar
- Gereja SIB Kg. Marakau
- Gereja SIB Kg. Kokob Baru
- Gereja SIB Kg. Tudangan
- Gereja SIB Kg. Bongkud
- Gereja SDA Kg. Kilimu
- Gereja GPI Kg. Kandawayon
- Gereja SIB KG. Suminimpod
- Gereja SIB Kg. Narawang
- Gereja SIB Kg. Matan
- Gereja SIB Kg. matupang
- Gereja SIB Takutan Kg. Takutan
- Gereja Perkhabaran Injil (GPI) Kg. KAndawayon
- Gereja SIB Kg. Sagindai Lama
- Gereja SIB Kg. Muruk
- Gereja SIB Kawasan Malinsau
- Gereja SIB Waang, (SIWARA)
- Gereja SIB Togis Kg. Togis
- Gereja RC Kg.Nalumad
- Gereja SIB Nampasan Baru
- Gereja SIB Miruru
- Gereja St.Hendry Kg Tampios
- Gereja St. Monica De Paula Kg Bitoon
- Gereja St. Anthony Kg Nunuk Ragang
- Gereja RC Kg Toupos
- Gereja St. Edwin Kg Maringkan
- Gereja RC Kg Wakaku
- Gereja St. Andrew Kim Taegon Kg Matupang
- Gereja RC Sagindai
- Gereja RC Kg Nabutan
- Gereja St.John Paul 2 Kg Nalapak
- Gereja RC Kg Kinaratuan
- Gereja RC Kg Lohan
- Gereja RC Kg Poring
- Gereja RC kg Lutut
- Gereja RC kg Napong
- Gereja RC kg Langsat
- Gereja RC kg Sedul
- Gereja RC kg Kebuh Baru
- Gereja RC kg Lobou lama
- Gereja RC kg Tagibang
- Gereja RC kg Tibabar
- Gereja RC kg kantas
- Gereja RC kg Togop darat
- Gereja RC kg Mantangga
- Gereja RC Kg Toboh Baru
- Gereja RC kg KIbbas
- Gereja RC Kg Kauluan
- Gereja RC kg Kokob
- Gereja RC kg marakau
- Gereja RC kg Paginatan
- Gereja RC Kg Lungkidau
- Gereja RC Kg Maukab
- Gereja RC Kg Tiang Lama
- Gereja RC Kg Pinawantai
- Gereja RC Kg Kilimu
- Gereja RC kg Longut
Rujukan Sunting
- ^ "Kemudahan Awam". sabah.gov.my/pd.rnu/. Dicapai pada 2020-02-09.
- ^ "Realiti Menyayat Hati". balqisbaltishabasyeerah.blogspot.co. 2011-05-11. Dicapai pada 2020-02-09.
- ^ "Apa itu Banci". www.mycensus.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-06-06. Dicapai pada 2020-02-14.
- ^ a b "Jumlah penduduk mengikut kumpulan etnik, kawasan Pihak Berkuasa Tempatan dan negeri, Malaysia, 2010" (PDF). 2012-02-27.
- ^ "Sejarah". ww2.sabah.gov.my. Dicapai pada 2020-01-28.
- ^ Mariah, Ahmad (2015-06-07). "7 perkara yang anda perlu tahu mengenai kejadian gempa bumi di Ranau". astroawani.com. Dicapai pada 2020-02-09.
- ^ "Gempa Sabah: Gegaran terkuat sejak 1976". hmetro.com.my. 2015-06-05. Dicapai pada 2020-02-09.
- ^ Ranau Berpotensi Jadi Daerah Penting Industri Koko: Bernard Dompok Diarkibkan 2017-04-15 di Wayback Machine, BERNAMA.COM, 14 Ogos 2010. Dicapai 7 Oktober 2010.
- ^ Clarence, Dol (2020-02-08). "'Industri koko sumber pendapatan penting negara'". www.dailyexpress.com.my/news. Dicapai pada 2020-02-28.
Pautan luar Sunting
- Laman Pejabat Daerah Ranau
- Peta-peta tentang Ranau
- Ranau Recreation & Golf Club (RRGC)
- Kategori berkenaan Ranau di Wikimedia Commons