Ranau ialah sebuah daerah yang terletak Bahagian Pantai Barat Utara Negeri Sabah, Malaysia. Dianggarkan jumlah penduduknya pada tahun 2000 ialah seramai 70,649 orang.

Ranau
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Zon waktuMalaysian Standard Time
Stadium sukan Ranau

Daerah Ranau terletak di antara garisan lintang (Latitude) 5° 30’ U dan 6° 25’ U dan garisan bujur (Longtitude) 116° 30’ dan 117° 5’ T dan di kelilingi oleh 7 buah daerah lain iaitu Tuaran, Kota Belud, Tambunan, Keningau, Kinabatangan, Beluran dan Kota Belud.

Ranau pernah menjadi Daerah Kecil daerah Tambunan dan daerah Kota Belud sebelum menjadi sebuah daerah penuh pada awal tahun 1960-an.

Daerah Ranau pernah dilanda gempa bumi pada tahun 1991 dan telah menyebabkan beberapa keretakan kecil pada bangunan konkrit. Namun pada tahun 2015 bersamaan hari Jumaat, jam 07:14 pagi, 05hb Jun, satu Gempa Bumi berukuran 5.9 skala rector telah melanda daerah Ranau. Gempa bumi berkenaan berpusat di KM 10 puncak Gunung Kinabalu. Gempa ini adalah yang terkuat direkod dan telah menyebabkan kerosakkan teruk pada beberapa bangunan di daearah Ranau seperti bangunan rumah guru SMK Ranau, bilik darjah di SMA Mohd Ali Ranau, kubah masjid Ar Rahman Pekan Ranau, bangunan rumah kakitangan hospital Ranau dan banyak lagi. Gempa yang telah meragut 18 orang pendaki Gunung Kinabalu juga turut mematah satu puncak Gunung Kinabalu yang di kenali sebagai Donkey Ears Peak. Mangsa dipercayai telah ditimpa runtuhan batu granit yang jatuh akibat Donkey Ears Peak patah.

Gempa ini juga turut dirasai di beberapa daerah lain di Sabah seperti Kota Kinabalu, Kota Belud, Tambunan dan Sandakan.

Keluasan sunting

 
Bangunan Urusetia Daerah Ranau

Keluasan daerah Ranau pada masa ini ialah 294,224 hektar atau 1978.5 km persegi. Walaubagaimana, apabila perubahan persempadan baru yang melibatkan daerah Tambunan dan Beluran diluluskan, maka luas daerah Ranau akan bertambah kepada 3555.9 km persegi.

Ranau adalah sebuah daerah pelancongan yang terkenal di dalam negara dan di peringkat antarabangsa. Antara tempat-tempat pelancongan yang menarik di daerah ini ialah kolam air panas Poring, Taman Negara Gunung Kinabalu, Ladang Sabah Tea, Pekan Kundasang yang terkenal dengan gerai sayurnya, bekas lombong tembaga Mamut, lokasi penjara Perang Dunia Kedua, Sungai Liwagu, tamu bulanan (pasar sehari sekali dalam sebulan) dan banyak lagi.

Asal-usul nama sunting

Ranau berasal dari perkataan Ranahon yang bermaksud kawasan sawah padi. Biasanya masyarakat Dusun di daerah Ranau mengusahakan tanaman padi huma atau padi bukit memandangkan bentuk muka bumi di sini yang berbukit bukau. Tetapi bagi penduduk di Lembah Ranau, mereka mengusahakan tanaman padi sawah atau dalam bahasa tempatan Ranahon.

Panggilan singkat Ranahon ialah Ranau. Kebetulan kawasan ini telah membangun dan menjadi pusat pentadbiran daerah dan oleh itu perkataan Ranau telah digunakan sebagai nama rasmi daerah ini.

Kampung sunting

Kampung yang terletak di dalam pentadbiran Daerah Ranau:

Ekonomi sunting

Sebahagian ekonomi Ranau ialah tanaman koko. Seluas 1838 hektar ditanam dengan koko. Lembaga Koko Malaysia (LKM) menyeru 1,631 petani koko di Ranau menggunakan benis koko bermutu tinggi. Biji koko kering lebih tinggi harganya berbanding harga koko basah. LKM menggalakkan pembuatan coklat buatan tangan dan industri biskut berasaskan koko.Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia Tan Sri Bernard Dompok mahu Ranau terkenal dengan industri koko.[1]

Pendidikan sunting

Sekolah Rendah sunting

  • SK Libang Kg. Libang
  • SK Kilimu Kg. Kilimu
  • SK Kimondou Kg. Kibbas
  • SK Lipasu kg. Lipasu
  • SK Waang Kg. Waang
  • SK Mohimboyon Kg. Mohimboyon
  • SK Kundasang Kg. Kundasang
  • SK Kauluan Kg. Kauluan
  • SK Kinasaraban Kg. Kinasaraban
  • SK Bundu Tuhan Kg. Bundu Tuhan
  • SK Lohan Kg. Lohan
  • SK Poring Kg. Poring
  • SK Bongkud Kg. Bongkud
  • SK Narawang Kg. Narawang
  • SK Langsat Kg. Langsat
  • SK Kirokot Kg. Kirokot
  • SK Napong 1 Kg. Napong
  • SK Perancangan Kg. Perancangan
  • Sk Timbua Kg. Timbua
  • Sk Tarawas Kg. Tarawas
  • SK Pinawantai Kg. Pinawantai
  • SK Togop Darat Kg. Togop Darat
  • SK Tibabar Kg. Tibabar
  • SK Nawanon Kg. Nawanon
  • SK Malinsou Kg. Malinsou
  • SK Kaingaran Kg. Kaingaran
  • SK Karagasan Kg. Karagasan
  • SK Mengkapoh Kg. Mengkapoh
  • SK Kananapon Kg. Muruk
  • SK Nalapak Kg. Nalapak
  • SK Matupang Kg. Matupang
  • SK Sagindai Kg. Sagindai
  • SK Paginatan Kg. Paginatan
  • SK Tampios Kg. Tampios
  • SK Nunuk Ragang Kg. Nunuk Ragang
  • SK Paus Kg. Paus
  • SK Tinanom Kg. Tinanom
  • SK Miruru Kg. Miruru
  • SK Pinausok Kg. Pinausok
  • SK Sagiban (Kg. Takutan)
  • SK Kawiyan Kg. Kawiyan
  • SK Tiang Kg. Tiang
  • SRJK Don Bosco Kg. Bundu Tuhan
  • SK Longut Kg. Longut
  • SK Sri Nukakatan Kg. Kigiwit
  • SK Sri Gabungan, Kg.Nasakot
  • SK Gusi, Kg. Gusi

Sekolah Menengah sunting

  • SMK Datu Paduka Mat Salleh Ranau
  • SMK Bundu Tuhan Kg. Bundu Tuhan
  • SMK Kundasang Kg. Kundasang
  • SMK Matupang Kg. Matupang
  • SMK Timbua Kg. Timbua
  • SMK Lohan Kg.Lohan Ulu
  • SMK Ulu sugut Kg. Kaingaran
  • SMK (A) Mohd Ali Ranau
  • SMK Kemburongoh Kg. Kemburongoh
  • SMK Ranau
  • SMA Al - Irsyadiah Marakau

Hospital sunting

  1. Hospital Ranau
  2. Dispensari Bundu Tuhan
  3. Dispensari Perancangan
  4. Dispensari Timbua
  5. Dispensari Kaingaran
  6. Dispensari Paginatan
  7. Dispensari kundasang
  8. Dispensari kinasaraban

Masjid / Surau sunting

 
Masjid Daerah Ranau
  1. Masjid Pekan Ranau
  2. Masjid Lama Kg. Lingkudau -Masjid pertama Daerah Ranau
  3. Masjid Lohan Ulu
  4. Masjid Al-Kausar Lohan
  5. Masjid Kg. Kundasang
  6. Masjid Kg. Nalapak
  7. Masjid Kg. Simpangan Randagong
  8. Masjid Kg. Timbua
  9. Masjid Kg. Tagudon Lama
  10. Masjid Kg. Libang
  11. Masjid Kg. Silou
  12. Masjid Kg. Karanaan
  13. Masjid Kg. Tanah Merah
  14. Masjid Kg. Kaingaran Ulu Sugut
  15. Masjid Kg. Kinapulidan
  16. Masjid Kg. Malinsau
  17. Surau Kg. Sumbilingon
  18. Surau Kg. Kimolohing
  19. Surau Kg. Kinasaraban
  20. Masjid Ar-Ridwan Kg. Mohimboyon
  21. Surau Kg. Tagudon Baru
  22. Surau Kg. Ratau
  23. Surau Lipantai, Kg Lipantai Mohimboyon
  24. Surau Kg. Merungin 2

Gereja sunting

  1. Gereja SIB Pekan Ranau
  2. Gereja St.Gabriel Perancangan Ranau
  3. Gereja St.Victor Bongkud Ranau
  4. Gereja SPCR Pekan Ranau
  5. Gereja St. Paul Pekan Ranau
  6. Gereja RC Bundu Tuhan
  7. Gereja Basel Pekan Ranau
  8. Gereja SIB Kg. Kibbas
  9. Gereja SIB Kg. Kinirasan
  10. Gereja SIB Kg. Poropot
  11. Gereja SIB Kundasang
  12. Gereja SIB Kg. Bundu Tuhan
  13. Gereja SIB Kg. Kapangian
  14. Gereja SIB Kg. Gana-Gana
  15. Gereja Retreat Centre Pinausok Kundasang
  16. Gereta RC Kg. Kebuh Baru
  17. Gereja SIB Kg. Tibabar
  18. Gereja SIB Kg. Marakau
  19. Gereja SIB Kg. Kokob Baru
  20. Gereja SIB Kg. Tudangan
  21. Gereja SIB Kg. Bongkud
  22. Gereja SDA Kg. Kilimu
  23. Gereja GPI Kg. Kandawayon
  24. Gereja SIB KG. Suminimpod
  25. Gereja SIB Kg. Narawang
  26. Gereja SIB Kg. Matan
  27. Gereja SIB Kg. matupang
  28. Gereja SIB Takutan Kg. Takutan
  29. Gereja Perkhabaran Injil (GPI) Kg. Kandawayon
  30. Gereja SIB Kg. Sagindai Lama
  31. Gereja SIB Kg. Muruk
  32. Gereja SIB Kawasan Malinsau
  33. Gereja SIB Waang, (SIWARA)
  34. Gereja SIB Togis Kg. Togis
  35. Gereja SIB Kg. Merungin 2
  36. Gereja SIB Kaingaran.
  37. GEREJA SIB Pupuan
  38. Gereja local Ranau
  39. Gereja SIB Lunsiu
  40. Gereja SIB Sinurai
  41. Gereja SIB Mangkapoh
  42. Gereja SIB Wayan
  43. Gereja SIB Karagasan
  44. Gereja SIB Betong
  45. Gereja SIB Kawiyan
  46. Gereja SIB Manikulau
  47. Gereja SIB Kibbas

Rujukan sunting

  1. ^ Ranau Berpotensi Jadi Daerah Penting Industri Koko: Bernard Dompok Diarkibkan 2017-04-15 di Wayback Machine, BERNAMA.COM, 14 Ogos 2010. Dicapai 7 Oktober 2010.

Pautan luar sunting


Pautan luar sunting