Daerah Tongod

Daerah di Sabah

Daerah Tongod merupakan Daerah terbesar di Negeri Sabah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia. Pada tahun 2000 populasi masyarakat di daerah Tongod adalah kecil sekitar 23,730 orang, tetapi meningkat kepada 36,192 orang pada tahun 2010[2]. Ini merupakan pertambahan sebanyak 34.43% dalam tempoh sepuluh tahun berakhir tahun 2010.

Tongod
توڠود
Tongod
Tongod
Lokasi daerah Tongod dan pekan Tongod
Lokasi daerah Tongod dan pekan Tongod
Daerah Tongod is located in Bumi
Daerah Tongod
Daerah Tongod (Bumi)
Koordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°E / 5.26000; 116.98528Koordinat: 5°15′36″N 116°59′07″E / 5.26000°N 116.98528°E / 5.26000; 116.98528
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan, Sabah
Pusat PentadbiranPekan Tongod
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Tongod
 • Pegawai Daerah TongodRashid Bin Abdul Harun
Keluasan
 • Jumlah10,051 km2 (3,881 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah36,192[1]
Zon waktuMST
Nombor platSU
SS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
SA (1980-2018)
SY (2018-2023)
SJ (2023-)
ST (1980-2018)
SW (2018-)
Laman sesawangwww.sabah.gov.my/pd.tgd

Pentadbiran sunting

 
Pejabat Daerah Tongod

Sebelum ini ia merupakan Sub-Daerah bagi Daerah Kinabatangan.

Mukim di Tongod

Daerah Tongod terbahagi kepada empat buah Mukim seperti berikut :

  1. Mukim Tongod
  2. Mukim Entilibon
  3. Mukim Kuamut
  4. Mukim Pinangah

Pembangunan Daerah sunting

 
Hospital Daerah Tongod

Demografi sunting

Mengikut bancian yang lalu, penduduk seluruh daerah ini adalah seramai 35,341 orang pada tahun 2010. Berhubung dengan jumlah kawasan 10,052 kilometer persegi Tongod adalah daerah yang berpenduduk jarang.

Orang Sungai di Daerah Tongod sunting

Orang Sungai merupakan kumpulan etnik pribumi asli yang mendiami daerah ini sejak sekian lama, Kaum Orang Sungai di Tongod terbahagi kepada 3 kumpulan utama berdasarkan Bahasa iaitu Paitanik, Dusunik dan Murutik.

Suku Makiang, Sinabu, Pingas, Kolobuan, Sinorupu adalah Orang Sungai bertutur dalam berbahasa Paitanik, yang dipercayai berasal dari serpihan Kaum Tambanuo yang mendiami Kawasan Paitan, manakala Suku Sukang, Mangkaak, Minokok, Kunatong dan Tompizos pula adalah kumpulan Orang Sungai yang berbahasa Dusunik, yang juga sering di claim sebagai sebahagian daripada Bangsa Dusun (Kadazandusun), sedangkan Suku Tangara pula adalah satu-satunya suku Orang Sungai yang menggunakan Bahasa Murutik juga dianggap sebagai sebahagian daripada Bangsa Murut.

Berikut ini adalah pecahan Etnik-etnik Orang Sungai yang terdapat di Daerah Tongod:

No Suku Agama Bahasa Kampung
1 Kolobuan Kristian Paitanik Imusan, Kuamut, Pinangah
2 Kunatong Kristian Dusunik
3 Mangkaak Kristian dan Islam Dusunik Kiandungo, Langkabong, Menanam, Semundoh, Sogo-Sogo, Tongodon, Ulu Malagatan
4 Makiang Kristian dan Islam Paitanik Alitang, Bulot, Dewara, Kuala Pinangah, Kuala Tongod, Molikod, Purutawoi, Soguan, Talibu, Tangkong, Tongod, Ulu Kaintanao
5 Minokok Kristian Dusunik Simpang Entilibon, Sanan, Linayukan, Maliau, Namukon
6 Pingas Kristian Paitanik Pinangah, Pingas
7 Rumanau Kristian Paitanik Masaum, Mangkawagu, Minusu
8 Sinabu Kristian dan Islam Paitanik Lilingkuan, Malagatan, Talibu, Tampasak
9 Sinorupu Kristian Paitanik
10 Sukang Kristian dan Islam Dusunik Entilibon Asal, Koromuak, Kenang-Kenangan, Sogo- Sogo, Linayukan
11 Tangara Kristian Murutik Inarad
12 Tompizos Kristian Dusunik Simpang Entilibon, Sanan, Linayukan, Maliau, Namukon

Agama dan Kepercayahan

Penduduk Daerah Tongod majoritinya menganut agama Kristian dan Islam serta terdapat terdapat juga sebilangan kecil menganuti agama Buddha dan kepercayaan yang lain terutamanya agama nenek moyang.

Agama di Tongod - Bancian 2010 [3]
religion percent
Kristian
  
70%
Islam
  
29%
Buddha
  
0.8%
Lain-Lain
  
0.2%

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.sabah.gov.my/pd.tgd/Pages/Profail_Daerah.pdf
  2. ^ http://www.sabah.gov.my/pd.tgd/Pages/Profail_Daerah.pdf
  3. ^ "2010 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13