Orang Sungai
Rencana ini perlu dirapikan bagi memenuhi mutu piawaian Wikipedia. Masalah tertentu ialah: Gaya penulisan yang tidak teratur. (Februari 2013) |
Orang Sungai adalah merupakan salah satu gelaran bagi suku kaum asli tinggal di tepian Sungai-sungai utama di Negeri Sabah, Malaysia. "Orang Sungai" adalah istilah bangsa atau etnik yang dicipta secara politik dan mula di popularkan selepas Kemerdekaan.
Jumlah penduduk | |
---|---|
80,000-120,000 (Negeri Sabah) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Daerah Kinabatangan | Majoriti |
Daerah Ranau | Minoriti |
Daerah Telupid | Majoriti |
Daerah Sandakan | Minoriti |
Daerah Pitas | Majoriti |
Daerah Lahad Datu | Minoriti |
Daerah Beluran | Majoriti |
Daerah Kota Marudu | Minoriti |
Daerah Tongod | Majoriti |
Agama | |
Islam (majoriti), Kristian, Animisme | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Kadazandusun, Murut, Ida'an |
Sejarah Orang Sungai
suntingBerdasarkan sejarah awal, asal-usul mengenai Orang Sungai adalah bermula pada 1881, apabila residen pertama Sandakan iaitu Sir William Pryer menjalankan ekspedisi menyusur Sungai Kinabatangan sehingga ke Kampung Imbok yang masih wujud pada ketika ini. Sewaktu ekspedisi tersebut, rombongan beliau telah terserempak dengan sekumpulan masyarakat yang sudah bertamadun dengan berkebolehan mendirikan petempatan di tebing sungai serta pandai bercucuk tanam yang dicirikan dengan imej berambut panjang dan mempunyai kulit kemerah-merahan.
Disebabkan masalah komunikasi ketika itu, beliau tidak mengetahui asal-usul masyarakat tersebut dan untuk memudahkan, beliau telah menamakan kumpulan masyarakat ini dengan panggilan "THE RIVER PEOPLE". Selepas peristiwa tersebut dan semasa pemerintahan The British North Borneo Chartered Company (BNBCC)/ Syarikat Borneo Utara British (SBUB) panggilan ini telah dialihbahasakan kepada Orang Sungai dan telah kekal digunakan, bukan sahaja terhadap masyarakat yang mendiami Sungai Kinabatangan tetapi juga masyarakat yang menghuni sungai-sungai yang lain juga turut digelar sedemikian. Masyarakat yang tinggal di pinggir sungai yang dirujuk sebagai Orang Sungai terus berkembang dan petempatan mereka sering tertumpu di tebing-tebing sungai utama seperti Sungai Bengkoka, Sungai Labuk, Sungai Sugut, Sungai Paitan, Sungai Kinabatangan dan Sungai Segama. Pemilihan tempat ini boleh dikaitkan dengan cara hidup masyarakat ini yang gemar bercucuk tanam dan sentiasa mencari kawasan yang subur terutama kawasan lembangan sungai
Populasi dan Budaya
suntingMenurut banci yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Sabah pada tahun 2000 (Banci Penduduk dan Perumahan Tahun 2000), jumlah penduduk di Kinabatangan adalah seramai 86,783 orang (50,394 lelaki dan 36,389 wanita). Suku kaum yang terbesar di daerah ini ialah suku kaum Sungai (satu istilah yang diberikan kepada penduduk yang tinggal berhampiran sungai Kinabatangan yang terdiri daripada kelompok Idahan, Minokok, Makiang, Rumanau, Mangkaak, Sinabu dan Pingas). Selain itu, terdapat juga suku kaum lain seperti Suluk, Kagayan dan Bugis (suku kaum yang berasal dari negara jiran seperti Indonesia dan Filipina).
Suku kaum Orang Sungai ini merupakan Pribumi Sabah yang ramai terdapat di Pantai Timur Sabah. Tetapi banyak orang tidak mengetahuinya kerana kurangnya pendedahan di media cetak/internet. Orang Sungai ini merupakan satu suku/etnik yang paling banyak didapati di kawasan Sandakan, Beluran, Paitan, Kinabatangan (Bukit Garam, Sukau, Suan Lamba, Bilit, hingga ke Paris Satu), Kuamut, Segaliud, Ranau (Sugut), Labuk (Telupid), Segama & Sepagaya (Lahad Datu), Madai, Tongod dan juga terdapat di Pitas dan Beaufort (banyak di Kg. Bambangan) Suku kaum Orang Sungai ini terbahagi kepada beberapa sub-etnik iaitu dinilai melalui penggunaan bahasa sukuan/linguistik.
i) Orang-Orang Sungai di kawasan Beluran,Ranau (Sugut), Paitan, Labuk (Telupid), Pitas dan Beaufort mempunyai bahasa sukuan yang sama kerana menggunakan dialek Paitanik. Contoh ayat :
- Ombo kiat mu yuk ? ( Kamu dari mana yuk ) - “yuk” atau “ yuu’ “ merujuk kepada nama sapaan kepada kawan atau kenalan rapat lelaki.
ii) Manakala Suku Orang Sungai di kawasan Bukit Garam, Kuamut, Segama dan daerah Tongod mempunyai bahasa sukuan atau dialek yg cuma sedikit berbeza dengan bahasa Suku Orang Sungai yang saya sebutkan di atas (no.i). Orang Sungai di kawasan ini mempunyai pengaruh bahasa Dusun yang ketara dan berbeza. Contoh ayat :
- Tokouw tu tulun Sungai (Kita ini Orang Sungai ) - lihat " tulun" yang juga bermaksud Orang dalam bahasa Dusun, tapi dalam dialek Paitanik Orang diucap sebagai "lobu".
iii) Suku Orang Sungai di kawasan Segaliud dan Sukau pula mempunyai pengaruh dialek "Idahan" seperti Orang Sungai di kawasan kampung persekitaran Gua Madai dan Kg. Sepagaya di Lahad Datu. contoh ayat :
- Mbah suruu kau ? (Pergi mana kau ). - Panakai (tiada) - Mengan pi (makan kita)
Dari segi sosial, Orang-orang Sungai juga mempunyai perkembangan sosial yang boleh dibanggakan. Tarian Orang Sungai seperti Titikas, Karantikung, Mangalai Abai, Berunsai dan Tarian Gabang juga sering di persembahkan di majlis-majlis rasmi di Sabah. Peralatan muzik yang digunakan terdiri daripada Gabang Kayu, Kulintangan, Kapung dan Gong (ada yang diperbuat daripada besi dan kayu). Kesenian dan kebudayaan Orang Sungai juga sudah mula diperkenalkan melalui program-program kesenian dan kebudayaan iaitu termasuklah dari segi pertandingan tarian (Folklore Festival) dan juga program "Cultural Exchange" ke luar negara. Malahan, tarian suku kaum Sungai, iaitu tarian Mangalai Abai telah memperolehi pengiktirafan dalam pertandingan Piala Dunia Tarian di Sitges, Barcelona pada tahun 2018 yang telah berjaya merangkul gelaran juara dalam pertandingan tarian antarabangsa tersebut.
Perayaan suku kaum sungai juga dikenali dengan nama "Pesta Damas". Walaupun suku kaum Sungai tergolong dalam kategori "Kadazandusun", perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada simbolik perayaan yang mana kebanyakan kaum Kadazandusun dilihat lebih mengetengahkan "Penuaian padi" sebagai simbolik perayaan manakala suku kaum Sungai pula terkenal dengan simbolik perayaan yang berkait dengan "Sungai" terutama sekali sungai Kinabatangan. Antara aktiviti yang dijalankan termasuklah pertandingan ratu cantik (Olingkat Rora'ah), perahu berhias, pertandingan nyanyian dan pertunjukkan perahu berhias. Pesta Damas selalu diadakan di dataran utama Sukau, Kinabatangan.
Hubungan Orang Sungai dengan kaum-kaum pribumi Sabah yang lain juga adalah amat baik sejak zaman berzaman. Orang Sungai juga tinggal bersama dengan suku kaum Bajau, Bugis dan Suluk (Tausug) memandangkan penduduk tempatan di kawasan pantai timur majoritinya didiami oleh suku kaum ini. Oleh yang demikian, terdapat beberapa perkongsian budaya di antara suku kaum tersebut.
Begitu juga dari segi ekonomi. Jika kita lihat pada masa sekarang ramai Orang-orang Sungai yang sudah mempunyai tahap ekonomi yang baik, walaupun ada sebilangannya yang masih di paras kemiskinan seperti di Paitan, Sugut dan Kuamut. Sejak zaman British lagi suda banyak Orang-orang Sungai yang aktif dalam kegiatan ekonomi contohnya seperti Almarhum Pangiran Galpam yang terkenal sebagai antara peniaga sarang burung terkemuka Sabah di Gua Gomantong. Pangiran Galpam pernah menetap di Kampung Lanut, Suan Lamba. Orang Sungai juga masih mewarisi perniagaan sarang burung di Gua Madai. Sekarang , masih terdapat ramai Orang Sungai yang mempunyai ladang sawit/perladangan yang berdaya maju dan tidak kurang yang menjadi konglomerat perniagaan Sabah.
Kawasan Daerah Tongod terdiri daripada etnik Makiang, Sinabu, Milian, Saguon, Rumanau, Pinangah dan ada beberapa lagi etnik.
setiap etnik mempunyai dialek yang berbeza. contohnya etnik;
1. Rumanau, Sinabu, "ulun" (orang)
2. Makiang, saguon, Pinangah, Milian "labu" atau “lobu”(orang)
Namun etnik-etnik dikawsan Daerah Tongod sudah biasa mendengar perkataan tersebut dan sudah memahaminya. Bila orang bertutur dengan dialeknya kita dapat membezakan orang tersebut, "oh ini dari etnik sekian".
Untuk pengetahuan anda, etnik-etnik yang disebutkan tadi adalah etnik yang berada dikawasan Daerah Tongod, dan Majoriti di daerah ini beragama Kristian.
CONTOH PENGGUNAAN BAHASA SUNGAI:
Soalan : Anu abar mu? = Apa khabar kamu?
Jawapan : Awarong = Baik
Soalan : Ombo kiat mu? = Kamu dari mana?
Jawapan : Kiat aku dii’ waloi = Aku dari rumah
Soalan : Nakaa kan koyo? = Kamu sudah makan?
Jawapan : Oo’ nakaa kano = Sudah makan
Soalan : Ada' inakan mu? = Kamu makan apa?
Jawapan : Akanon om sansam = Nasi dan sayur
Penerangan:
Mangakan - makan ( sedang makan, akan makan )
Contoh :
Mangakon kayo - marilah makan kita
Inakan - dimakan ( perbuatan yang telah berlalu )
Contoh :
Ada' inakan muyu? - kamu makan apa?
Nangakan - makan, sedang makan
Contoh :
Nangakan nasiro - mereka sedang makan ( sedang makan, menceritakan perihal perbuatan orang lain)
Nangakan aku akanon - aku makan nasi ( perbuatan yang telah berlalu )
Nakaa kan - sudah makan
Contoh :
Nakaa kan aku yo - aku sudah makan ( sudah berlalu )
Nakaa kan koyo? - kamu sudah makan? ( ayat tanya )
Contoh:
Ohh langu’ .. muli’ kayo ki - Oh ipar .. kami balik dulu ya
Asuang marong situh - ini banyak sangat
Wang ku mugat suab-suab - saya ingin jalan pagi -pagi
Otongoh boh - janganlah/tidak perlulah
Diapit koyo si akak mu noh - dihantar kau oleh abangmu
Wang ku monosop - saya ingin minum
Apodok marong loloying situh - kecil sangat budak ini
Maayo’ marong ungau mu noh - kucing kamu sangat besar
Una-ei’ oku tumayi’/sumabu - temankan saya buang air besar/kencing