Daerah Beluran

daerah di Sabah, Malaysia
(Dilencongkan dari Daerah Labuk Sugut)

Daerah Beluran merupakan sebuah daerah yang terletak dalam Bahagian Sandakan, Sabah, Malaysia. Daerah Beluran sebelum ini dikenali sebagai Daerah Labuk dan Sugut.

Daerah Beluran
Pemandangan Pekan Beluran dari Bukit Balai Polis
Pemandangan Pekan Beluran dari Bukit Balai Polis
Bendera Daerah Beluran
Jata Daerah Beluran
Etimologi: Bukit
Nama panggilan: Labuk Sugut
Lokasi Daerah Beluran
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan
Pusat PentadbiranPekan Beluran
Kerajaan
 • BadanPejabat Daerah Beluran
 • Pegawai Daerah BeluranRoger Appolonius
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-PPBM) (Beluran)
Keluasan
 • Jumlah5,498 km2 (2,123 batu persegi)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah104,484
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Daerah KecilDaerah Kecil Paitan
Nombor platSS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/md.bln/
ww2.sabah.gov.my/pd.blrn/

Etimologi sunting

Nama Beluran pada masa dahulu ialah "Buludan" / "buudan" yang bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidung Sambel "buud" atau "bulud" bagi Tidung Bangaweng bermaksud bukit, manakala "buudan" / "buludan" bermaksud merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kedudukan balai polis sekarang ini. Orang Inggeris yang menguasai negeri Sabah pada waktu itu sukar untuk menyebut nama tersebut sehingga mereka menyebutnya Beluran. Nama tersebut telah digunapakai sehingga ke hari ini.

 
Deretan Kedai di Pekan Beluran

Sejarah sunting

Daerah Beluran, dahulunya lebih dikenali sebagai Daerah Labuk-Sugut dan telah wujud sejak awal Pentadbiran British North Borneo Charterd Company, ia merupakan antara Daerah yang terawal di Negeri Sabah. Nama Beluran diambil sempena nama bukit yang menjadi "Land Mark" pekan ini, iaitu dalam bahasa Dusun Labuk, Sungai dan Tidong disebut "BULUDAN" Pertukaran nama terjadi akibat daripada salah sebutan dan ejaan dalam surat menyurat oleh warga Inggris yang tidak fasih menyebut perkataan dalam bahasa tempatan menyebabkan BULUDAN bertukar kepada BELURAN dan kekal sehingga kini. Pejabat Pentadbiran Daerah Beluran telah ditubuhkan seawal tahun 1916, walaubagaimanapun semua rekod dan data berkenaan telah musnah akibat perang dunia ke dua, dan rekod Pegawai Daerah beberapa tahun juga musnah. Menurut sumber daripada orang lama, Encik B.S Willie telah dilantik sebagai Pegawai Daerah Beluran pada tahun 1945. KLAGAN merupakan Pusat Pentadbiran Daerah Labuk Sugut yang pertama, tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kaki bukit Beluran.

Geografi sunting

Daerah Beluran terletak di Bahagian Sandakan di Pantai Timur Sabah, yang menghadap Laut Sulu di sebelah Timur, Daerah Sandakan di Tenggara, Daerah Telupid di Barat Daya, Daerah Ranau di Barat dengan Daerah Kota Marudu di Barat Laut dan Daerah Pitas di Utaranya.

Sungai utama yang melalui Daerah Beluran ialah:-

  • Sungai Labuk
  • Sungai Sugut
  • Sungai Tongod
  • Sungai Sapi
  • Sungai Lingkabau
  • Sungai Paitan
  • Sungai Tangkarason

Demografi sunting

Penduduk Daerah Beluran adalah campuran pelbagai kumpulan etnik seperti Tidong, Orang Sungai, Kadazandusun dan Suluk, masyarakat menjadi lima komponen terbesar.

 
Masjid Pekan Beluran
No Bangsa Agama Populasi Kampung
1 Bajau Islam Kaniogan, Kolapis, Tetabuan
2 Banjar Islam
3 Bugis Islam
4 Cina Buddha
5 Dumpas Islam
6 Kadazandusun Kristian dan Islam
7 Kagayan Islam
8 Melayu Brunei Islam
9 Melayu Cocos Islam Kokos Pamol
10 Orang Sungai Islam dan Kristian Abuan, Air, Lingkabau, Sungai-Sungai
11 Rungus Kristian Rungus Baru
12 Suluk Islam Air, Babago, Hujung, Melalin, Munad 3,
13 Tombonuo Islam dan Kristian
14 Tidung Islam Klagan, Lidong

Orang Sungai di Daerah Beluran sunting

Daerah Beluran adalah Tanah Air bagi Orang Sungai Khususnya Orang Sungai yang bertutur dalam Bahasa Paitanik, seperti Suku Paitan, Tambanuo, Sugut, Lingkabau, Puawang, Inokang dan sebagainya.

Berikut ini adalah pecahan Etnik-etnik Orang Sungai yang terdapat di Daerah Beluran menurut Persatuan Bangsa Sungai Sabah (SABAS) :

No Suku Agama Bahasa Kampung
1 Dumpas Islam Paitanik
2 Inokang Islam dan Kristian Paitanik
3 Labuk/Dusun Labuk Kristian dan Islam Dusunik
4 Lingkabau Islam dan Kristian Paitanik Lingkabau
5 Liwogu Kristian
6 Paitan Islam Paitanik
7 Puawang Kristian dan Islam Paitanik
8 Putih
9 Sandayo Kristian dan Islam Dusunik
10 Sikubayan
11 Sogiliton
12 Sugut Islam Paitanik Sungai-Sungai
13 Sungangon
14 Tilau-Liau
15 Tombonuo Islam dan Kristian Paitanik
16 Tungud

Kadazandusun di Daerah Beluran sunting

Berikut ini adalah pecahan Sub-Suku Kadazandusun yang terdapat di Daerah Beluran, walaupun begitu terdapat sedikit pertindihan antara sukuan Bangsa Sungai dan Dusun di Beluran.

No Suku Agama Populasi Kampung
1 Dalamason
2 Dumpas
3 Gobukon
4 Labuk
5 Kavananan
6 Kimaragang
7 Koroli
8 Kudundung
9 Rungus
10 Pilantong
11 Putih
12 Sandayo
13 Sogiliton
14 Sonsogon
16 Tagahas
16 Talantang
17 Tinagas
18 Tindakon
19 Turavid

Pentadbiran sunting

Daerah Beluran dan Daerah Kecil Paitan terletak dibawah kuasa Majlis Daerah Beluran, Merangkumi kawasan seluas 5,498 kilometer persegi dan mempunyai dua Kawasan Utama iaitu Pekan Beluran seluas 3,840 ekar dan Pekan Kecil Paitan dengan keluasan 750 ekar. Mempunyai 11 buah Mukim terdiri daripada 131 buah Kampung.

Daerah Kecil Telupid. Namun Daerah Kecil Telupid telah dinaik taraf daripada Daerah Kecil kepada Daerah Penuh pada 1 Januari 2014.

Keluasan Daerah Beluran

  • Daerah Beluran - 3,316 km2 (1,280 sq mi)
  • Daerah Telupid - 1,935 km2 (747 sq mi)
  • Daerah Kecil Paitan - 2,466 km2 (952 sq mi)

Mukim dan Kampung di Daerah Beluran (Labuk dan Sugut)

  • Mukim Tetabuan
  1. Kampung Tetabuan
  2. Kampung Keniogan
  • Mukim Klagan
  1. Kampung Air Beluran
  2. Kampung Keramat
  3. Kampung Sri Menanti
  4. Kampung Kuala Pelandok
  5. Kampung Ulu Pelandok
  6. Kampung Muanad 1
  7. Kampung Muanad 2
  8. Kampung Muanad 3
  9. Kampung Ranpek Muanad 4
  10. Kampung Bukit Besi
  11. Kampung Biangkang
  12. Kampung Klagan Jaya
  13. Kampung Klagan
  • Mukim Kolapis
  1. Kampung Kolapis Laut
  2. Kampung Kolapis Pasir
  3. Kampung Kolapis Seberang
  4. Kampung Kolapis Darat
  5. Kampung Sungai Napas
  6. Kampung Sungai-Sungai
  7. Kampung Iran Baru
  8. Kampung Pelantong
  9. Kampung Cahaya Baru
  10. Kampung Sungai Nangka
  11. Kampung Balaban Jaya
  • Mukim Sapi
  1. Kampung Kuala Sapi
  2. Kampung Pandan-Pandan
  3. Kampung Bantun
  4. Kampung Sungai Sapi
  5. Kampung Manduring
  6. Kampung Bintang mas
  7. Kampung Ulu Sapi
  8. Kampung Toniting
  9. Kampung Ulu Muanad Batu 52-54
  10. Kampung Lubuk Dungun 1
  11. Kampung Lubuk Dungun 2
  12. Kampung Lidong
  13. Kampung Penimbanan
  14. Kampung Sualok
  15. Kampung Bambangan
  • Mukim Nangoh
  1. Kampung Bakong-Bakong
  2. Kampung Biru-Biru
  3. Kampung Perancangan
  4. Kampung Ganah Jati
  5. Kampung Rumidi Lama
  6. Kampung Tembidong-Bidong
  7. Kampung Terasak
  8. Kampung Nangoh
  9. Kampung Rancangan Nangoh
  10. Kampung Sinaputan
  11. Kampung Rumidi Baru
  12. Kampung Pinunakan
  • Mukim Pamol
  1. Kampung Bayok
  2. Kampung Tagas-Tagas
  3. Kampung Lumantik
  4. Kampung Kamansi
  5. Kampung Tolungan Tongod
  6. Kampung Kokos
  7. Kampung Cenderamata
  8. Kampung Botition
  9. Kampung Basinti Baru
  10. Kampung Basinti Lama (Dorom-Dorom)
  11. Kampung Basai Baru
  12. Kampung Rungus Baru
  13. Kampung Lintabung Darat
  14. Kampung Timbulus
  15. Kampung Dampiron
  16. Kampung Monopod 69

Kampung Dibawah Pentadbiran Daerah Kecil Paitan

  • Mukim Sungai-Sungai
  1. Kampung Sungai-Sungai
  2. Kampung Munungan
  3. Kampung Binsulung
  4. Kampung Matanggal
  5. Kampung Talidusan
  6. Kampung Sukang Talidusan
  7. Kampung Kurom
  8. Kampung Tagupih
  9. Kampung Linayukan
  10. Kampung Tampat
  11. Kampung Kinadaan (Kg. Ulu Sungai-Sungai)
  • Mukim Lingkabau
  1. Kampung Kuala Lingkabau
  2. Kampung Nakadong
  3. Kampung Tagapalang
  4. Kampung Waigon 1
  5. Kampung Waigon 2
  6. Kampung Abuan
  7. Kampung Penindakan
  8. Kampung Mangkasulap
  9. Kampung Bukit Kambing
  10. Kampung Suyan
  11. Kampung Pemotodon
  12. Kampung Tumandaa
  13. Kampung Melapi
  • Mukim Tangkarason
  1. Kampung Tangkarason
  2. Kampung Alongai
  3. Kampung Timpus
  4. Kampung Dalamas
  5. Kam0ung Tebatu
  6. Kampung Simpangan
  7. Kampung Lubang Buaya
  8. Kampung Lakang
  9. Kampung Kobambangan
  10. Kampung Kabuluh
  11. Kampung Batangon Darat
  12. Kampung Batangon Laut
  13. Kampung Sulit
  14. Kampung Binanjar
  15. Kampung Tanjung Nipis 1
  16. Kampung Tanjung Nipis 2
  17. Kampung Pinampadan
  18. Kampung Golong
  19. Kampung Kampung Kaindangan
  20. Kampung Pinangkau
  21. Kampung Tawanan
  22. Kampung Musinggapo
  23. Kampung Maidan
  • Mukim Jambongan
  1. Kampung Jambongan
  2. Kampung Pantai Boring
  3. Kampung Terusan Sugut
  4. Kampung Obah
  5. Kampung Semangat
  6. Kampung Bahanan
  7. Kampung Limau-Limau 54

Kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri sunting

Labuk Sugut merupakan satu kawasan parlimen yang telah bertukar nama kepada Parlimen Jambongan pada Pilihanraya Umum Malaysia 1986 dan kini kepada Parlimen Beluran. Daerah ini mempunyai sebuah kawasan Parlimen (Parlimen Beluran) dan dua kawasan DUN, iaitu Labuk, Sugut dan Telupid.

No DUN di P.183 Beluran Daerah Pengundi Bilangan Pengundi Keluasan Kawasan
N.47 Telupid
  1. Barayong
  2. Kiabau
  3. Lidong
  4. Nangoh
  5. Telupid
  6. Tongkungan
  7. Wonod
  8. Ulu Sapi
  • 7,862
  • 1,407
N.48 Sugut
  1. Abuan
  2. Alungai
  3. Bawang
  4. Binsulung
  5. Botitian
  6. Dalamas
  7. Golong
  8. Jambongan Utara
  9. Lingkabau Selatan
  10. Lingkabau Utara
  11. Lubang Buaya
  12. Malalin
  13. Nakadong
  14. Obah
  15. Paitan Barat
  16. Pamol
  17. Pantai Boring
  18. Sungai-Sungai
  19. Tampat
  20. Tanjung Nipis
  21. Terusan Sugut
  • 11,712
  • 3,844 km²
N.49 Labuk
  1. Kaniogan
  2. Klagan
  3. Kolapis
  4. Muanad
  5. Pekan Beluran
  6. Sapi
  7. Tetabuan
  • 8,952
  • 1,407 km²

Pautan luar sunting