Beluran

Pekan di Sabah

Beluran merupakan sebuah Pekan dan juga Pusat Pentadbiran bagi Daerah Beluran, Sabah, Malaysia.

Pekan Beluran
Pekan Beluran
Pekan Beluran
Jata Pekan Beluran
Lokasi Pekan Beluran
Lokasi Pekan Beluran
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianBahagian Sandakan
Daerah Beluran
Kerajaan
 • BadanMajlis Daerah Beluran
 • Pegawai DaerahEncik Yusof Haji Osman
 • MPYang Berhormat Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee (PN-PPBM) (Beluran)
Penduduk
 (2010)
 • Jumlah3,132
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Bandar KejirananTelupid dan Sandakan
Nombor platSS (1980-2018)
SM (2018-)
SK
Laman sesawangww2.sabah.gov.my/md.bln/
ww2.sabah.gov.my/pd.blrn/

Etimologi sunting

Nama Beluran pada masa dahulu ialah "Buludan" / "buudan" yang bermaksud bukit. Nama tersebut digunakan oleh setiap etnik yang tinggal disitu. Bagi suku kaum Tidung Sambel "buud" atau "bulud" bagi Tidung Bangaweng bermaksud bukit, manakala "buudan" / "buludan" bermaksud merujuk tempat yang berbukit iaitu tempat kedudukan balai polis sekarang ini. Orang Inggeris yang menguasai negeri Sabah pada waktu itu sukar untuk menyebut nama tersebut sehingga mereka menyebutnya Beluran. Nama tersebut telah digunapakai sehingga ke hari ini.

 
Deretan Kedai di Pekan Beluran

Geografi sunting

Lokasi pekan Beluran terletak di tebing Sungai Labuk yang bermuara di Laut Sulu.

Pusat pentadbiran pertama daerah Beluran atau ketika itu dikenali sebagai Daerah Labuk dan Sugut ialah di Klagan tetapi kerana kawasan tersebut seringkali dilanda banjir, Pemerintah British telah memindahkan pusat pentadbiran tersebut ke kawasan perkampungan masyarakat Tidung dekat kaki bukit Beluran.

Kemudahan sunting

Terdapat beberapa kemudahan yang terdapat di Pekan Beluran antaranya ialah Bank, Sekolah, Pejabat Pos, Pejabat Daerah, Majlis Daerah, Pasar ikan, Bangunan Perniagaan , Stesen Bas, Jeti/Pelabuhan, Shell Gas, Mini Kompleks Sukan, Hospital, Pejabat Kesihatan, Balai Polis, Balai Bomba, Pusat Kegiatan Mara, mini market dan lain-lain.

Ekonomi sunting

Dari segi sumber ekonomi Pekan ini banyak dipengaruhi oleh kegiatan ekonomi yang dijalankan oleh masyarakat setempat. Kegiatan ekonomi yang utama di Beluran ialah Pertanian Kelapa Sawit, Perikanan, dan Perniagaan. Dengan kewujudan Kilang-kilang memproses minyak kelapa sawit di Beluran banyak mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan sekali gus meningkatkan sosioekonomimasyarakat setempat. Begitu juga dengan kegiatan perikanan, perkembangan jaringan pengangkutandan jaringan komunikasi yang semakin maju menggalakkan para nelayan untuk memasarkan sendiri hasil pertanian mereka ke daerah-daerah lain seperti daerah sandakan dan telupid.

Kawasan Parlimen sunting

Pekan Beluran berada dibawah kawasan Parlimen Beluran dan DUN Labuk.

Penduduk sunting

Penduduk Daerah Beluran adalah campuran pelbagai kumpulan etnik seperti Tidong, Orang Sungai, Kadazandusun dan Suluk, masyarakat menjadi lima komponen terbesar.

Agama Islam merupakan agama majoriti di Pekan ini namun terdapat juga sebilangan besar penganut agama Kristian dikalangan masyarakat Kadazandusun dan Rungus.

 
Masjid Pekan Beluran

Pautan luar sunting