Tidung

kaum etnik yang berasal daripada Tidung di Sulawesi Selatan
(Dilencongkan daripada Tidong)

Tidung adalah satu suku kaum yang terdapat di pantai timur Sabah iaitu dari Kalabakan hingga di sungai Labuk di Beluran. Antara pecahan kaum Tidung yang begitu dikenali di Tawau ialah Tidung Apas, Tidung Indrasabah, Tidung Membalua, Tidung Kalumpang, Tidung Pasir Putih, Tidung Merotai dan Tidung Kalabakan. Terdapat juga ramai suku kaum Tidung di beberapa kawasan di Sandakan seperti di Beluran dan Labuk.

Tidung
Tidong
تيدوڠ
Rumah Tradisional Tidung, baloy from Kalimantan Utara, Indonesia.
Jumlah penduduk
76,000[1]
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
28,515 (Sabah)[2]

 Indonesia
19,000 (Kalimantan Utara)[3]


Bahasa
Bahasa Tidung, Bahasa Melayu dan Bahasa Indonesia
Agama
Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Murut, Bulungan, Ida'an, Banjar, Lun Bawang/Lundayeh, Paser

Selain itu, suku kaum Tidung juga boleh di dapati di beberapa tempat di Indonesia. Masyarakat suku kaum Tidung di Indonesia yang agak dikenali ialah Tidung Tarakan, Tidung Nunukan, Tidung Sembakung , Tidung Sesayap dan Tidung Malinau. Jika dilihat secara geografinya, masyarakat Tidung ini menduduki kawasan memanjang bermula di Beluran Sandakan hingga ke Tawau ( Apas , Merotai dan Kalabakan ) dan seterusnya di Tarakan , Sesayap , Sembakung dan Malinau di Indonesia.

Sejarah Tidung Sabah

sunting

Asalnya Tanah Tidung yang dimaksudkan adalah mencakupi kawasan dari daerah Beluran di Sandakan seterusnya di kawasan Batu Tinagat di sebelah timur Tawau ( bersama masyarakat Suluk ) hingga ke Apas dan ke sebelah barat Tawau di Merotai dan Kalabakan dan bersambung hingga ke Kalimantan Timur termasuklah Nunukan, Tarakan, Tanjung Selor ( bersama masyarakat Bulungan ), Sesayap, Sembakung sehinggalah sejauh ke daerah pedalaman di Melinau. Namun setelah zaman penjajahan, Tanah Tidung ini terpisah oleh pembahagian kawasan dan pentadbiran yang dilakukan Inggeris dan Belanda yang kemudiannya merdeka menjadi dua buah negara yang berasingan iaitu Malaysia dan Indonesia.

( Nota : Masyarakat Tidung di Sabah ( khususnya di Kalabakan, Merotai, Sebatik, Apas dan juga Beluran ) adalah masyarakat peribumi ( natives ) dan kedudukan ini diwartakan dalam Perlembagaan Negeri Sabah serta dilengkapkan dengan bukti kesahihan di Pameran Galeri Masyarakat Peribumi Sabah di Muzium Negeri Sabah . Mereka adalah penduduk asal di Sabah yang mendiami persisiran pantai timur dan tenggara Sabah dan Kalimantan Timur ( Borneo ) bersama masyarakat Sungai, Ida'an, Bajau dan Suluk )

( Walaupun terdapat masyarakat Tidung serumpun di sebelah sempadan Indonesia yang juga berada tanah besar yang sama ( Borneo ) namun masyarakat Tidung di Indonesia ( Tanjung Selor, Melinau, Tarakan dan Nunukan namun masyarakat Tidung serumpun di Indonesia tidak suka berhijrah kerana mereka lebih selesa di kampung halaman dan di tanah kelahiran sendiri yang juga turut berkembang maju taraf ekonominya sama seperti di Malaysia. Seperti juga masyarakat Tidung yang terpisah kerana sempadan negara, masyarakat Brunei Malaysia di Papar, Kawang dan Bongawan juga terpisah dengan masyarakat Brunei serumpun di negara Brunei Darussalam. )

( Masyarakat Suluk di tanah besar Sabah ( Borneo ) juga dipisahkan dengan masyarakat Tausuq di Filipina ( Kepulauan Sulu, Tawi-Tawi dan Basilan ) oleh sempadan negara walaupun jaraknya yang sangat dekat. Ini membuktikan masyarakat Tidung , masyarakat Brunei dan masyarakat Suluk di Sabah adalah masyarakat peribumi ( natives ) walaupun masyarakat ini terdapat di negara jiran kerana mereka semua berada di tanah yang sama namun dipisahkan oleh sempadan negara yang ditentukan ketika mencapai kemerdekaan daripada penjajah. )

Sejarah Masyarakat Tidung

sunting

Mengikut sejarah, orang Tidung berasal dari borneo dan merupakan sub suku murut. Mereka beragama islam dan menggunakan bahasa tidung yang tergolong dalam bahasa murutic untuk berkomunikasi dengan entiti masyarakat lain di sekitarnya seperti masyarakat Sungai ( Beluran dan Labuk ), masyarakat Suluk ( Lahad Datu dan Tungku ), masyarakat Idahan ( Silam dan Madai ), masyarakat Bajau ( Semporna dan Omadil ), masyarakat Bulungan ( Tanjung Selor), masyarakat Banjar ( Banjarmasin ), masyarakat Kutai dan masyarakat Berau yang merupakan penghuni asal di daerah Borneo Timur. Dalam catatan sejarah, sekitar tahun 1800an, terdapat beberapa buah kerajaan Kesultanan Melayu Islam yang wujud di Kalimantan Timur seperti Kesultanan Bulungan ( Sultan Kaharuddin I ) di Tanjung Palas, Kerajaan Tidung Tengara ( Amiril Pengiran Tadjuddin ) di Tarakan, Kesultanan Kutai, Kesultanan Berau, Kesultanan Paser (Sultan Sulaiman Alamsyah) di Balik Papan dan Kesultanan Banjar ( Sultan Tamjidullah II ). Menurut pembahagian suku kaum dayak di Kalimantan, Indonesia, Suku Tidung adalah suku Dayak Murut atau dikenali sebagai "Lun Pagun" iaitu Lun=Orang dan Pagun= Kampung.

Masyarakat Tidung dahulu kala tinggal di sepanjang sungai-sungai di pertengahan Borneo Timur hingga sejauh ke utara di Batu Tinagat berdekatan Tawau. ( Henry Roth : 1896 ). Bukti jelas kewujudan bangsa Tidung adalah yang terawal di kawasan daerah Tawau ialah nama tempat yang dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa Tidung seperti nama Tinagat yang bermaksud 'tebang' dan Membalua yang bermaksud 'hantu'. Batu Tinagat atau Batu Payung berasal daripada cerita masyarakat Tidung Tawau iaitu pada zaman dahulu kala ada seorang pemuda yang ternampak puteri-puteri kayangan yang turun ke bumi untuk mandi di kawasan batu berbentuk payung lalu menyembunyikan salah satu pakaian puteri tersebut sehingga puteri tersebut tidak dapat kembali ke kayangan. Pemuda dan puteri tersebut berkahwin dan apabila puteri tersebut menyedari pakaiannya yang disembunyikan, beliau membuat helah tidak boleh menari di suatu majlis keramaian sekiranya tidak memakai baju kayangan miliknya. Pemuda tersebut tanpa mengesyaki isterinya terus mengembalikan pakaian tersebut dan apabila isterinya memakai pakaian tersebut, puteri itu terapung-apung di atas batu payung itu. Pemuda itu menebang batu payung tersebut tetapi sia-sia kerana isteri atau puteri terus terbang ke langit dan tidak kembali lagi. Sebab itu kita tidak melihat lagi bentuk batu payung yang sebenar kerana telah ditebang. Cerita ini juga telah dijadikan salah satu lagu dan tarian klasik suku kaum tidung berirama zapin diberi nama Seludon Batu Tinagat. Kampung Membalua pula dulunya dianggap kawasan berhantu. Tawau sendiri dipercayai dinamakan menggunakan panggilan dalam bahasa tidung yang bermaksud "pancing" atau "nawau". Ini berlaku apabila seorang orang putih bertanyakan nama tempat dia berada kepada seorang orang tidung yang sedang memancing yang kemudian dijawab "nawau" oleh orang tidung itu kerana ti dak faham bahasa inggeris. Disangkanya orang putih tersebut bertanya apa yang dia sedang lakukan. Kemudian orang putih itu terus berjalan dan sampai di suatu tempat pula dia bertanya lagi nama tempat yang dia berada kepada seorang orang tidung yang ditemuinya dan sekali lagi disalah anggap yang disambut dengan jawapan "Murut Tai" yang bermaksud tahi orang Murut kerana tempat mereka berdiri itu penuh dengan tahi manusia yang dipercayai oleh orang tidung tersebut ia adalah tahi orang murut. Maka tempat itu dinamakan Merotai. Apas pula berasal dari perkataan "apos" atau "ampus" atau sesak nafas.

Tercatat dalam sejarah yang mengatakan pernah wujud sebuah kerajaan Tidung di Tarakan pada kurun ke 16 yang juga dikenali sebagai Kerajaan Tengara. Di dalam fakta sejarah Borneo, kerajaan Tidung di Tarakan bermula pada tahun 1557 dan lokasinya di kawasan Pamusian DI wilayah Tarakan Timur. Pemerintahnya yang pertama ialah Amir Rasyid ( Dato Raja Laut (1557-1571). Dinyatakan juga dalam fakta sejarah Borneo bahawa Sultan Tarakan yang ke 10 iaitu Amir Pengiran Jamalul Kiram ( 1844-1867 ) yang tiada waris lelaki, telah mengahwinkan puterinya, Putri Intan Dura dengan anak Sultan Bulungan Sultan Kaharudin II ( 1875-1889 ), Datu Maulana. Dan berikutan dari peristiwa itu, Datu Maulana telah menjadi Sultan Tarakan pada tahun 1867. Dan seterusnya putera mereka, Datu Adil ( 1896-1916 )adalah pemerintah Kerajaan Tidung Tarakan yang terakhir. Selain itu, terdapat juga bukti kewujudan penempatan masyarakat Tidung tertua di kawasan Pulau Kalumpang dan di sekitar Kuala Sungai Kalumpang berdekatan Semporna. Penempatan ini dikatakan dimulakan oleh seorang bangsawan bernama Pengiran Anum sekitar tahun 1800an. Kini di sana, masih wujud tapak perkuburan dan makam lama serta keturunan generasi ke 7 dan 8 kepada Pengeran Anum yang menjadi bukti kewujudan pemerintahan Pengiran Anum ini suatu masa dulu.

Masyarakat Tidung Tawau

sunting

Etnik Tidung di Tawau adalah orang asal di Tawau dan berstatus anak negeri. Penempatan asal ialah di kawasan yang kini dikenali sebagai Tawau lama iaitu di sekitar Kuala Sungai Tawau. Nama Tawau sendiri adalah mendapat nama dari bahasa Tidung asli iaitu 'Tawai' yang bermaksud 'mata pancing'. Ini adalah kerana rata-rata penduduk asal tempatan di kawasan yang dikenali Tawau Lama ini adalah golongan nelayan. Ramai di kalangan masyarakat Melayu Tidung memiliki perahu yang dipanggil perahu Kajang. Selain itu, mereka juga mengusaha tanaman padi bukit sebagai sumber makanan harian mereka.

Walaupun orang Tidung pernah menghuni di kawasan yang dikenali sebagai Tawau Lama ( Old Tawau ) ini namun setelah kawasan ini dimajukan oleh pihak British pada tahun 1896 , kebanyakan mereka telah berhijrah ke kawasan lain seperti di Apas ( di sebelah timur Tawau ) dan Merotai ( di sebelah utara Tawau ). Sehingga kini, mereka masih lagi menjadi penduduk asal dan pemilik tanah di sana. Manakala tidak lama selepas itu, Tawau Lama juga telah ditinggalkan dan Pekan Tawau yang baru telah diwujudkan di sebuah kawasan lain yang dikenali sebagai 'Tanjung'. Lokasi bandar Tawau ini kekal hingga ke hari ini dan kawasan ini juga dikenali sebagai Dewan Undangan Sri Tanjung.

Hari ini, etnik Tidung di kawasan sekitar bandar Tawau telah wujud sebagai Masyarakat Melayu kerana berlakunya perkahwinan hampir semua ahli masyarakat ini dengan masyarakat Melayu lain seperti Jawa, Bugis, badjau,Suluk, Banjar, Arab, Iban Muslim dan sebagainya sejak sekian lama. Mereka mengamalkan budaya Melayu dan hanya bertutur dalam bahasa Melayu. Namun sebaliknya di kawasan lain seperti Kalabakan dan Sebatik ( termasuk juga Inderasabah dan Membalua ), masih ramai lagi masyarakat Tidung yang kekal wujud sebagai bangsa Tidung kerana masyarakat di daerah ini agak kurang mengamalkan perkahwinan campur dengan masyarakat lain. Ini berlaku mungkin kerana faktor kedudukannya yang agak terpisah dengan masyarakat Melayu lain. Mereka kekal mengamalkan adat dan budaya Tidung asli hingga ke hari ini.

Penempatan Masyarakat Tidung

sunting

Mengikut sejarahnya dahulu, kawasan penempatan Tidung di Tawau adalah di bawah kekuasaan Kesultanan Melayu Sulu. Sebelum itu, telah lama wujud penempatan terawal masyarakat Tidung di Kalabakan, kampung tertua di Tawau yang terletak di bawah naungan Kesultanan Bolongan-Tarakan. Juga terdapat bukti sejarah kewujudan penempatan Melayu Tidung di Serudong ( berdekatan Kalabakan ) sewaktu ketika dahulu di bawah pimpinan Datu Alun yang pernah menjalinkan hubungan dengan Kesultanan Bolongan. Namun,penempatan itu tinggal sejarah setelah Datu Alun bersama para pengikutnya kembali ke Tanjung Selor, Bolongan kerana telah lanjut usia dan mahu mangkat di sana.

Manakala di kawasan-kawasan lain pula termasuk Tawau , Silam, Lahad Datu dan Sandakan pula adalah yang terletak di bawah naungan pemerintahan kesultanan Melayu Sulu. Dengan adanya pengaruh dan naungan Kesultanan Sulu inilah yang membawa kepada penyebaran agama Islam di kalangan masyarakat Melayu Tidung dimana penyampaian dakwah Islamiah ini disampaikan oleh pendakwah dan ulamak dari negara Arab yang berhijrah ke Kepulauan Sulu. Buktinya kini pengaruh Arab begitu kuat dalam adat resam dan kebudayaan etnik Tidung.

Pengaruh Melayu dalam etnik Tidung

sunting

Dalam budaya etnik Tidung, tarian zapin atau zipin serta alat muzik seperti gambus dan kompang yang berasal dari budaya Arab sudah lama digunakan sejak turun temurun. Di Tawau ini juga terdapat masyarakat Melayu keturunan Arab dan Habib yang merupakan golongan pendakwah Islam terdahulu yang telah menetap di sini dan berkahwin dengan masyarakat tempatan.

Dari segi cara hidup dan adat tradisi Tidung di Tawau ialah sama seperti hanya mengikuti masyarakat Melayu yang lain. Mereka juga berbaju Melayu atau lebih dikenali 'Baju Selangur' dan wanitanya memakai baju kurung. Mereka juga lebih biasa bertutur dalam bahasa Melayu lebih lebih lagi kerana mereka telah pun berkahwin campur dengan masyarakat suku kaum yang lain seperti Melayu Suluk, Melayu Bolongan, Melayu Banjar dan Melayu Arab. Oleh itu, tidak hairanlah makanan dan pakaian mereka juga adalah makanan dan pakaian orang-orang Melayu.

Pemimpin Tidung di Tawau

sunting

Pemimpin pertama Tidung yang diiktiraf di Kalabakan ialah Imam Salleh. Imam Salleh telah dilantik secara rasmi sebagai ketua masyarakat Melayu Islam Peribumi ( Native Chief ) di Kalabakan menggantikan abangnya Bujong Seripa yang meninggal dunia. Bujong Seripa sebelum itu telah lama menjadi pemimpin masyarakat di Kalabakan. Perlantikan Imam Salleh ini diiktirafkan Kerajaan British Borneo pada tahun 1923. Beliau memegang jawatan tersebut hingga tahun 1958 iaitu sehingga akhir hayat beliau ketika berumur 123 tahun. ( Rujuk : Buku ' Tawau The Making of a Tropical Community , tulisan Ken Goodlet , Opus Publication : 2009 )

Manakala di Tawau pula imam pertama yang dilantik adalah dari keturunan Tidung ialah Imam Sabah. Ramai lagi pemimpin Melayu yang berketurunan Tidung seperti Haji Imam Awang, Imam daerah sekitar tahun 1950an dan 1960an dan juga Imam Galundang , seorang pemimpin masyarakat di Kampung Tanjung Batu sekitar tahun 1950an hingga 1960an. Imam Mustapa iaitu imam dan pemimpin yang dilantik oleh Kerajaan British sebagai Ketua Masyarakat ( native chief ) di Tawau pada tahun 1925 ( sewaktu zaman penjajahan dahulu ) adalah dari keturunan Tidung. Begitu juga Penghulu dan Ketua Anak Negeri di Tawau sekitar tahun 1990an iaitu OKK Salleh Ajak juga adalah berasal dari keturunan Tidung.

  1. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama joshua
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama 2PAHC
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama ELOTW