Idahan
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (Februari 2013) (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini) |
Idahan (Idahan, Idaan, Ida'an, Eraan, Begahak) adalah satu etnik pribumi yang terdapat di Sabah dan menetap di sekitar daerah Lahad Datu di persisiran timur Sabah, Malaysia. Populasi semasa dianggarkan sekitar 6,000 (1987 est), tetapi terdapat bukti mereka pernah menduduki kawasan lebih luas sepanjang persisiran timur Sabah berbanding masa kini. Sebahagian besar orang Idahan adalah muslim, tetapi sebahagian kecil serpihan suku kaum yang dikenali sebagai Begak atau Begahak atau juga Dusun Begahak / Dusun Tungku (populasi sekitar 1,500 pada 1987) kekal animist.
![]() | |
Jumlah populasi | |
---|---|
7,000-20,000 | |
Kawasan ramai penduduk | |
![]() (Sabah) | |
Bahasa | |
Bahasa Ida'an, Bahasa Melayu | |
Agama | |
Islam (100%) | |
Kumpulan etnik yang berkaitan | |
Begahak, Subpan, Orang Sungai |
Selama beberapa abad, mereka memiliki hak esklusif bagi mengumpulkan sarang burung layang-layang di dalam gua batu kapur kawasan tersebut, terutamanya Gua Madai. Selama beberapa abad ethnik Idahan telah memiliki mekanisma sosial berasaskan sedarah, bagi mengawal capaian bermusim ke kamar batu yang memiliki sarang burung layang-layang, dan bergilir hak menuai antara pelbagai ahli suku kaum. Sebagai ethnik minoriti, Idahan beroperasi sebagai kumpulan korporate berkait rapat berkait dengan aktiviti menuai sarang burung layang-layang. Sistem pengagihan turut memastikan hubungan rapat di kalangan ethnik Idahan. Keuntungan tunggal tuaian yang diwarisi hanya dapat dikekalkan oleh mereka selagi mereka berkerjasama sebagai satu unit ekonomi dan masyarakat kerjasama.
Pautan luarSunting
- (Inggeris) Sejarah Idahan.