Subpan atau Dusun Subpan merupakan salah satu suku yang terdapat di Pantai Timur Sabah, khususnya di Mukim Segama, Daerah Lahad Datu.

Subpan
Subpan Segamo / Sepan
Jumlah penduduk
900-1,500
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Bahasa Subpan, Bahasa Melayu
Agama
Kristian dan Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Ida'an, Begak, Orang Sungai, Makiang

Bahasa

sunting

Bahasa Asal Etnik Subpan sebenarnya adalah tergolong dalam Keluarga Bahasa Ida'anik iaitu salah satu bahasa asli yang dituturi oleh Etnik Ida'an dan Etnik Begak. Namun selepas berlakunya perkahwinan campur antara Etnik Subpan yang ketika itu adalah minoriti dengan suku kaum Makiang dari Kuamut/Melian (Tongod) yang ketika itu adalah Majoriti, maka dengan itu terjadinya proses pengasimilasi bahasa dan budaya antara Etnik Subpan dan Makiang.

Keluarga Bahasa :

Austronesia

Austronesian
  • Malayo-Polynesian
    • North Bornean
      • Northeast Sabahan
        • Ida'anik
          • Subpan

Perbandingan Loghat Ida'an, Begak dan Subpan

Melayu Ida'an Begak Subpan
Satu Sa' Sa' Idoh
Dua Duo Duo Duwoh'
Tiga Tellu Telu Taluh
Empat Ppat Pat Apat
Lima Limo Limo Limo'
Enam Enom Enum Onom
Tujuh Turu' Turu' Turu'
Lapan Walu Olu Walu'
Sembilan Siwai Siwai Siwoi
Sepulu Pulu' Pulu' Pulu'

Bahasa Subpan pada hari ini telah banyak dipengaruhi oleh Bahasa Suku Makiang yang berasal daripada Mukim Kuamut.