Bagahak

atau Bagahak atau juga Begahak merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah

Begak atau Bagahak atau juga Begahak merupakan salah satu dari suku kaum di Sabah. Mereka kini digolongkan ke dalam kelompok kaum Orang Sungai disebabkan mereka berkongsi adat resam dan bahasa yang hampir serupa.

Begak
Begahak/ Bagahak
Jumlah penduduk
1,000-4,000
Kawasan ramai penduduk
 Malaysia
(Sabah)
Bahasa
Bahasa Ida'an, Bahasa Melayu
Agama
Kristian, Islam dan Pagan
Kumpulan etnik berkaitan
Ida'an, Subpan, Orang Sungai


Bahasa sunting

Bahasa Begak adalah tergolong dalam Keluarga Bahasa Ida'anik iaitu salah satu bahasa asli yang dituturi di Kawasan Pantai Timur Sabah.

Bahasa Begak adalah tidak sama dengan Bahasa Dusun, Ini disebabkan Bahasa Begak tergolong dalam Rumpun Bahasa Timur-Laut Sabahan iaitu dalam keluarga Bahasa Ida'anik manakala Bahasa Dusun pula tergolong dalam Rumpun Bahasa Barat-Daya Sabahan yang termasuk dalam kategori Keluarga Dusunik.

Keluarga Bahasa :

Austronesia

Austronesian
  • Malayo-Polynesian
    • North Bornean
      • Northeast Sabahan
        • Ida'anik
          • Begak