Buka menu utama
Gua Gomantong
Ulat bulu di Gua Gomantong

Gua Gomantong merupakan sebuah gua batu kapur yang terletak di Sandakan, Sabah iaitu pada koordinat 5.527058, 118.077708. Terdapat 27 buah gua-gua kecil batu kapur dan banyak dihuni jutaan burung layang-layang yang menghasilkan sarang burung dan menjadi sumber pendapatan kepada penduduk kampung sekitarnya.Gua Gomantong terpelihara kerana terletak dalam Hutan Simpan Gomantong Kelas IV dalam Daerah Kinabatangan berhampiran dengan Sungai Kinabatangan .Kerajaan telah melindunginya dari diceroboh menerusi Enakmen Pemeliharaan Hidupan Liar 1997 oleh Jabatan Hidupan Liar Negeri Sabah.

SejarahSunting

Gua Gomantong ditemui pada 1782 dan C. Bamfyles menyatakan bahawa Pengiran Sandukung, datuk kepada Pengiran Digadong Samah Al-Haj Bin Pengiran Ebey, adalah orang yang pertama menjalankan aktiviti memungut sarang burung di gua itu. Surat Keith H.G. kepada Gabenor Jeselton pada 31 Mac 1949, menjelaskan bahawa sebelum The North Borneo British Chartered Company mengambilalih pentadbiran di Sandakan, Gua Gomantong merupakan hak mutlak dan di bawah kawalan Pengiran Digadong Samah . Pengiran Ebey merupakan pemilik terakhir yang telah terkorban semasa menentang pentadbiran kolonial British.

Tangga sigai bagi mengutip sarang burung telah digunakan ratusan tahun.Antaranya ialah Gegolog, Piattau, Tallok Piattau, Sesungkit, Ambong, Sarapong, Dandan, Kettir dan Jampong. Alatan ini menggunakan bahan daripada rotan, kayu jenis keras, buluh dan dawai. Tangga sigai ini pernah juga digunakan di Gua Madai dan Gua Batu Timbang.

RujukanSunting

  • The Atlantic Monthly - Volume 188 - Page 45, 1952