Nabawan merupakan sebuah daerah di Bahagian Pedalaman, selatan negeri Sabah, Malaysia. Daerah ini merupakan daerah keempat terbesar di Sabah. Pusat pentadbirannya terletak di Pekan Nabawan. Antara pekan lain yang terdapat di daerah ini termasuklah Pensiangan, Sapulut dan Pagalungan. Majoriti penduduk di Daerah Nabawan merupakan penduduk beretnik Murut.

Daerah Nabawan
Peta daerah Nabawan
Peta daerah Nabawan
Lokasi Daerah Nabawan
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianKudat
Pusat pentadbiranNabawan
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Nabawan
 • Pegawai daerahPeter Jonu Moinjil
Keluasan
 • Jumlah6,113 km2 (2,360 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah28,349
 • Kepadatan4.6/km2 (12/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSK
Laman sesawangmdnabawan.sabah.gov.my

Sejarah

sunting

Pada tahun 1920, sebuah daerah kecil telah dibentuk di Nabawan yang berpusat di Pensiangan, dan digelar sebagai Daerah Kecil Pensiangan. Pada tahun 1964, Daerah Kecil Pensiangan telah dinaik taraf kepada sebuah daerah penuh. Pada tahun 1974, pusat pentadbiran daerah Pensiangan telah dipindahkan ke Nabawan, lalu menukarkan nama daerah ini kepada Nabawan.[2]

Geografi

sunting

Daerah Nabawan terletak di selatan negeri Sabah, selatan Bahagian Pedalaman. Daerah Nabawan bersempadan dengan Daerah Kalabakan dan Daerah Tongod di timur manakala Daerah Keningau dan Daerah Tenom di barat, serta Kabupaten Nunukan, Kalimantan Utara, Indonesia di selatan.

Bentuk muka bumi Daerah Nabawan majoritinya berbukit bukau dengan hanya sedikit kawasan daratan rendah. Tititk tertinggi di Daerah Nabawan ialah Gunung Antulai dengan ketinggian 1713 meter, Sungai terpanjang di daerah ini ialah Sungai Sembakung.

Pentadbiran

sunting

Daerah Nabawan ditadbir oleh Majlis Daerah Nabawan yang berpusat di Pekan Nabawan. Majlis Daerah Nabawan juga mentadbir Daerah Kecil Pagalungan yang terletak dalam Daerah Nabawan. Daerah Nabawan dibahagikan kepada tujuh mukim;

  • Mukim Nabawan
  • Mukim Pagalungan
  • Mukim Pamuntarian
  • Mukim Pensiangan
  • Mukim Salong
  • Mukim Sepulut
  • Mukim Tatalaan

Demografi

sunting
Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200025,285—    
201032,309+27.8%
202028,349−12.3%
Sumber: [3]

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Nabawan ialah seramai 28,349 orang dengan kepadatan penduduk lima orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk jarang.[4] Majoriti penduduk di daerah Nabawan merupakan Bumiputera termasuklah etnik Bajau, Kadazandusun, Lundayeh, Iban dan Melayu.[5][1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[4]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 146
Bumiputera lain 26,910
Cina 70
India 3
Lain-lain 46
Bukan warganegara - 1,174
Jumlah 28,349

Di daerah Nabawan, agama Kristian merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 73 peratus diikuti agama Islam sebanyak 26 peratus. Agama Buddha, Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Kemudahan

sunting

Daerah Nabawan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 29 buah sekolah rendah, tiga buah sekolah menengah, empat buah klinik kesihatan, dua klinik desa dan sembilan klinik komuniti di sekitar daerah.

Rujukan

sunting
  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "PEJABAT DAERAH NABAWAN". pdnabawan.sabah.gov.my. Dicapai pada 2024-04-17.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama :0