Daerah Tuaran

daerah di Sabah, Malaysia

Daerah Tuaran merupakan sebuah daerah di Bahagian Pantai Barat, barat daya negeri Sabah, Malaysia. Pusat pentadbiran daerah ini terletak di Pekan Tuaran. Antara pekan utama lain yang terletak di daerah ini termasuklah Tamparuli, Kiulu dan Tenghilan. Majoriti penduduk di daerah Tuaran merupakan masyarakat Kadazandusun.

Daerah Tuaran
Peta daerah Tuaran
Peta daerah Tuaran
Lokasi Daerah Tuaran
Negara Malaysia
Negeri Sabah
BahagianPantai Barat
Pusat pentadbiranTuaran
Pentadbiran
 • BadanMajlis Daerah Tuaran
 • Pegawai daerahHadzlan Jablee
Keluasan
 • Jumlah1,170 km2 (450 batu persegi)
Penduduk
 (2020)[1]
 • Jumlah135,665
 • Kepadatan120/km2 (300/batu persegi)
Zon waktuUTC+8 (WPM)
Nombor platSK
Laman sesawanghttps://mdtuaran.sabah.gov.my/

Etimologi sunting

Nama Tuaran dipercayai berasal dari perkataan “Tawaran” iaitu tawaran yang diperolehi semasa proses tawar-menawar semasa jual beli di Tamu. Para petani yang terdiri daripada suku kaum Dusun dari perkampungan tanah rata dan bukit datang ke Tamu untuk menjual hasil tanaman mereka kepada para nelayan pesisir pantai yang terdiri daripada suku kaum Bajau serta masyarakat Cina yang tinggal di kawasan pekan. Proses tawar menawar atau tawaran inilah yang menghasilkan nama Tuaran.[2]

Pentadbiran sunting

Daerah Tuaran terletak di bawah pentadbiran Majlis Daerah Tuaran yang berpusat di Pekan Tuaran. Terdapat dua daerah kecil dalam daerah Tuaran iaitu Daerah Kecil Tamparuli dan Daerah Kecil Kiulu. Daerah Tuaran juga dibahagikan kepada 16 mukim;

  1. Mukim Berungis
  2. Mukim Indai
  3. Mukim Mangkaladoi
  4. Mukim Mengkabong
  5. Mukim Lembah
  6. Mukim Nabalu
  7. Mukim Pantai
  8. Mukim Pekan
  9. Mukim Serusop
  10. Mukim Tambalang
  11. Mukim Tamparuli
  12. Mukim Tengah
  13. Mukim Tenghilan
  14. Mukim Topokon
  15. Mukim Tuaran Bandar
  16. Mukim Ulu

Dari segi politik, Daerah Tuaran merangkumi empat kawasan DUN iaitu Kiulu, Pantai Dalit, Sulaman dan Tamparuli yang terletak di bawah Parlimen Tuaran.

Geografi sunting

Daerah Tuaran terletak di barat laut negeri Sabah, bersempadan dengan;

Keadaan bentuk muka bumi Daerah Tuaran kebanyakannya merupakan kawasan tanah rendah di sebelah pesisir pantai manakala di kawasan pedalamannya pula merupakan kawasan tanah tinggi yang berbukit bukau. Titik tertinggi daerah Tuaran terletak di Gunung Alab yang mencapai ketinggian 1,951 meter, Sungai terpanjang di daerah ini pula ialah Sungai Tuaran manakala pulau terbesar ialah Pulau Lipan.

Demografi sunting

Sejarah kependudukan
TahunPend.±%
200084,974—    
2010105,435+24.1%
2020135,665+28.7%
Sumber: [3]
Agama di Tuaran- Bancian 2022 [4]
Agama Peratus
Islam
  
62.1%
Kristian
  
36.2%
Buddha
  
1.5%
Hindu dan lain-lain
  
0.1%

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di daerah Tuaran ialah seramai 135,665 orang dengan kepadatan penduduk 120 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk padat.[5] Majoriti penduduk di daerah Tuaran merupakan penduduk berbangsa Kadazan-Dusun, dan antara etnik lain termasuklah Bajau dan Melayu.[1]

Bilangan penduduk mengikut bangsa pada tahun 2020.[5]
Status Bangsa Jumlah
Warganegara Melayu 13,503
Bumiputera lain 110,580
Cina 3,035
India 159
Lain-lain 911
Bukan warganegara - 7,477
Jumlah 135,665

Agama sunting

 
Masjid An-Nur, Tuaran
 
Gereja Basel Tuaran

Di daerah Tuaran, agama Islam merupakan agama paling ramai penganut dengan peratusan lebih 62 peratus diikuti agama Kristian sebanyak 36 peratus dan agama Buddha sebanyak satu peratus. Agama Hindu dan lain-lain serta tidak beragama mencatatkan kurang satu peratus.[1]

Pecahan agama di Sipitang (2020)
Agama Jumlah penduduk
Islam 84,285
Kristian 49,119
Buddha 2,030
Hindu 118
Lain-lain 58
Tidak beragama 49

Kemudahan sunting

 
Hospital Daerah Tuaran

Daerah Tuaran dilengkapi dengan pelbagai kemudahan awam di sekitar daerah. Terdapat 75 buah sekolah rendah, 10 buah sekolah menengah, enam buah balai polis, sebuah balai bomba, satu hospital kerajaan, enam buah klinik kesihatan, 13 klinik desa dan dua buah klinik komuniti di sekitar daerah.

Ekonomi sunting

Perindustrian sunting

Seluas 70% daripada kawasan yang telah ditetapkan oleh Kerajaan sebagai Zon Perindustrian Kota Kinabalu adalah terletak di Daerah Tuaran. Ini sekaligus merapatkan lagi jurang tanah kosong diantara Daerah Tuaran dengan Bandaraya Kota Kinabalu.

Pertanian sunting

Kedudukan Ekonomi penduduk daerah Tuaran adalah bergantung kepada hasil pertanian. Pada asasnya, daerah Tuaran mempunyai keluasan kawasan yang berpotensi untuk pertanian. Sehingga kini, keluasan yang diusahakan berjumlah 16,165.55 hektar. Berikut adalah jenis tanam-tanaman yang ditanam:-

Pertanian[6]
No. Jenis Tanaman Keluasan yang ditanam (Ha)
1 Getah 9491.0
2 Padi 2,619 ha

(Sawah - 2,389) (Padi Bukit - 230)

3 Buah-buahan (Campuran) 20,519.3 ha
4 Kelapa Sawit 427.8 ha
5 Nenas 325 ha
6 Pisang 220 ha
7 Sayur-Sayuran 136.7 ha
8 Kelapa 43.9 ha
9 Tembikai 31 ha
10 Kontan 393.3 ha
11 Rempah

(Halia/Kunyit/Lengkuas/Serai)

56.0 ha

Pautan luar sunting

  1. ^ a b c "Indikator Utama Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020 Pihak Berkuasa Tempatan" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-253-697-0. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2023-07-24. Dicapai pada 2023-07-24.
  2. ^ "Asal Usul Nama Tuaran". Majlis Daerah Tuaran. Dicapai pada 19 April 2024.
  3. ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
  4. ^ "2020 Population and Housing Census of Malaysia" (PDF). Department of Statistics, Malaysia. Dicapai pada 17 June 2012. p. 13
  5. ^ a b "MyCendash-Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020". dosm.gov.my. Jabatan Perangkaan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-16.
  6. ^ "Ekonomi". www.sabah.gov.my. 2018-11-29. Dicapai pada 2020-02-11.